AmirMazlan.com | Cerita Bisnes OnlineAdapun saya, Amirudy Mazlan, adalah tuan empunya sebenar blog AmirMazlan.com nih. Berumur tak kurang daripada 35 tahun, dan merupakan anak jati negeri Pahlawan Merah (The Red Warriors).

Dengan statusnya sebagai medium untuk buat duit, blog ini telah selamat saya senaraikan di bawah Perakuan Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama perniagaan AMIR MAZLAN eNIAGA, dan nombor pendaftaran KT0415620-P.

Segala panduan dan tips buat duit yang saya share melalui blog ini, adalah hasil pengalaman saya sendiri dan jugak pengalaman rakan-rakan bisnes online saya selaku pemilik atau penulis asal panduan tersebut (kalau ada dinyatakan).

Ada pasang niat nak prektis semua ilmu bisnes ni dan try buat duit sendiri?

Terus-terang daripada hati saya bagitau, panduan-panduan dan tips ni mungkin berkesan dan menjadik bagi saya dan rakan-rakan saya, tapi tiada gerenti yang anda juga dapat pulangan yang sama.

Rezeki kita semua tak sama, datang daripada Allah Taala dan hanya Allah yang layak bagi gerenti.

Tapi dengan mencuba sendiri sambil ada yang sudi suluhkan jalan, adalah seribu kali lebih baik berbanding cuba sendiri dan teraba-raba dalam gelap, yer tak?

So, kalau ada apa-apa nak tanya, atau nak beramah mesra, atau nak mengadu domba; boleh kontek saya kat FB yer – Amirudy Mazlan 😀

Wassalam..

Digiprove sealCopyright secured by Digiprove © 2018