Nak bisnes online di Instagram tapi tak kena strategi
Kalau tengok pada perkembangan semasa, nampak macam menjadi-jadi plak sekarang ni trend untuk promote servis atau produk di Instagram.
Dengar-dengar khabarnya, ramai kaki bisnes dah mula beralih port..dah tak lalu tekak dah nak guna FB dan nak “bisnes online di Instagram” lak. Lebih senang dan free nak viral katanya..sama macam FB enam-tujuh tahun lepas.
Tapi, mungkin sebab main ikut jer apa yang orang lain buat, majoriti IGers baru ni biasanya tak kisah sangat pun nak ambik tahu ilmu atau strategi marketing di Instagram.
Apa yang diorang tau; turun ramai-ramai ke dunia pemasaran Instagram, pakat promote produk masing-masing, lepas tu check akaun kalau-kalau ada customer yang dah bank-in.
Lepas sebulan dua, mula bising-bising cakap main Instagram ni payah..penat promote tapi sale tak masuk-masuk 😛
Kalau kita perati betul-betul, antara kesilapan biasa peniaga yang baru nak start bisnes online di Instagram ialah suka sangat follow orang itu ini atau artis semata-mata tamak nak naikkan follower.
Betul..cara ni memang best kalau nak cepat dapatkan follower. Yang tak bestnya, follower tadi belum tentu akan engage atau berinteraksi dengan kita.
Sebab tu kita dah selalu sangat dapat tengok ada akaun IG yang follower dia sampai 10,000, yang cecah 80k pun ada; tapi setiap kali bila post gambar, tak sampai pun 20 orang yang like dan komen.
Pelik kan? Tapi takde apa yang nak pelik sebenarnya.
Ini perkara biasa yang akan berlaku bila kita tak jaga apa yang kita post kat IG..baik daripada segi content, cara post, kandungan gambar dan lain-lain.
Fokus benda-benda ni semua, InsyaAllah, dengan sendiri bilangan follower kita akan naik sikit demi sikit.

Tips bisnes online Instagram
Satu lagi yang nak sentuh ialah tabiat suka buat akaun IG jadi private.
Sekali imbas macam taktik power..sape-sape yang nak tengok apa yang kita post, kena request to follow dulu. Otometik bilangan follower pun akan cepat naik.
Tapi nak tahu? Dengan akaun private, kita sebenarnya dah ‘tutup’ 300% peluang untuk orang kenal atau tahu tentang produk kita. Ibarat kata nak meniaga, tapi asyik tutup kedai sepanjang masa.
Tutup kedai satu hal. Satu hal lagi kalau kita belum perasan, akaun private ni jugak akan buatkan segala hashtag, explore tabs dan ads jadi tak berfungsi.
Kalau nak diikutkan, tiga benda ni laa yang paling penting sekali bagi seorang usahawan yang serius nak bisnes online di Instagram. Tapi, mandangkan akaun pun dah private, nak tak nak terpaksa laa harapkan follower yang ada jer untuk beli segala produk kita.
Yang bukan follower, langsung tak nampak kedai dan takde can nak jadi pelanggan sebab kita dah santau dan sihirkan kedai kita sendiri 😉
Ok lah..tu jer dua kesilapan hot yang saya nak ceramahkan kali ni. Kesilapan yang rajin sangat kita amalkan dalam pemasaran melalui Instagram. Harap-harap lepas ni dah tak buat dah..pesan saya untuk anda dan jugak diri sendiri 😀
Kalau anda nak tahu apa lagi kesilapan dan kesalahan yang mungkin kita ada terrrbuat waktu nak bisnes di Instagram, meh klik sini dan baca apa yang sahabat saya iaitu bro Aulis Uwais kongsikan – Gerila Instagram
Bro Aulis Uwais ni adalah salah sorang pakar pemasaran Instagram.
Bukan setakat kesilapan dan kesalahan jer yang beliau bagitau, segala macam teknik dan rahsia pemasaran tanpa kos pun ada sekali..khas untuk sape-sape saja yang masih baru dan zero pengalaman tentang cara nak bisnes online di Instagram.

About Author
Amir Mazlan
Mula mengorat-ngorat dengan bisnes online pada 2006. Masa tu kerja part-time dan tertengok member satu opis window-shopping RC helikopter melalui portal Lelong. Terus jatuh minat. Kitab pertama yang dirujuk ialah ebook TsunamiWang. Sumber kedua, buku sifu Irfan Khairi; Rahsia Jutawan-jutawan Internet Terbongkar.
Tahniah, seronok baca penerangan Tuan. Hebat cara Tuan tarik orang untuk baca & juga kilk link Tuan – soft selling kan. Boleh follow ni blog Tuan. Sekali lagi tahniah Tuan Amir.
Alhamdulillah dah bertemu sifu instagram, so lepas ni mudah-mudahan semakin naik sales dari insta pula
saya memang tak suka akaun private…pernah sekali tu saya follow Ig private, lepas tengok takde apa pun yang menarik saya unfollow hurmmm
saya ada acc tapi tak aktif sangat bisnes kat sana. tak menang tangan
satu perkongsian yang hebat. terima kasih tuan sudi kongsi
Kalau nak private IG, better untuk personal IG saja la. 🙂
Terima kasih untuk artikel ini sedikit sebanyak membantu tentang Instagram
sekarang banyak yang buat servis naikkan follower.. memang sia-sia jika tak mampu nak buat sale..
Mus recently posted…Ooha Chill Donut Boat Ride Tarikan Baru Di Tebingan Kuching, Sarawak
makasih bos infonya dan salam sukses