Cara promote produk di Instagram guna teknik sempoi tapi berbisa

cara promote produk di instagram

Cara promote produk di Instagram tanpa kos

Anda ada promote produk di Internet? Promote kat mana? Blog? FB? Sales macam mana sales? Kencang? Cukup-cukup makan? Ke tak balik modal?

Perghhh..soalan. Dah macam kena soal siasat lak 😀

Sebenarnya tak kisah anda iklankan produk kat mana pun. Lagi banyak tempat anda promote, kena pulak atas batang hidung target audiens yang tepat, lagi cerah masa depan anda untuk dapat orang yang sudi hulurkan duit 🙂

Berapa banyak sales harian anda pun tak jadi hal.

Kalau sales OK, kita cari dan tambah lagi pelanggan kat tempat lain. Kalau tak berapa nak OK, apa kata kita cuba plak pancing ikan kat kolam baru?

Sebut pasal kolam baru nih, hari ni saya bercadang nak hasut anda untuk promote kat Instagram plak. Siap saya share sekali cara promote produk di Instagram guna teknik free tapi berbisa.

Kenapa Instagram? Ikut kajian, sehingga Januari 2015, tak kurang daripada 5.5 juta rakyat Malaysia kita ni ada akaun IG.

Err..kalau campur tolak mungkin tak sampai kot 5.5 juta. Al-maklum laa, dalam ramai-ramai tu mesti ada punyalah sorang dua yang nak lebih..siap pulun 3-4 akaun sekali daftar 😛

Tapi, apa-apa hal pun, jumlahnya masih lagi dalam juta. Maknanya, prospek untuk produk kita boleh jadi jugak ada dalam juta-juta..tengah bersembunyi di celah-celah Instagram tunggu masa untuk kita jumpa. Cuma kena pandai cari jer kat mana diorang selalu lepak.

Dengan jumlah lebih 5 juta pengguna ni, saya cuba-cuba jugak Google dia punya detail statistik.

Berapa lingkungan umur, lelaki ke pompuan lagi ramai, majoriti dari negeri mana, tahap pendidikan sampai takat mana, dah kahwin ke belum..

Tapi sayang, statistik yang spesifik kepada pengguna dari Malaysia tu sampai sudah tak jumpa.

Yang ada pun cuma data umum yang melibatkan pengguna Instagram dari seluruh dunia secara keseluruhan.

Kat bawah ni saya senaraikan beberapa fakta best tentang IG yang mungkin berguna kepada penjual online:

  • 90% pengguna berumur kurang daripada 35 tahun. 41% berumur antara 16-24 tahun
  • lelaki paling ramai join IG dengan 51%
  • 47% pengguna dewasa lebih suka layan IG melalui smartphone. 53% lagi guna tablet
  • 70% pengguna akan login paling kurang sekali sehari
  • cuma 23% yang betul-betul guna fungsi direct message atau PM
  • produk yang paling banyak dapat like dan komen? Produk keperluan isi rumah
  • 25% daripada kompeni-kompeni besar yang tersenarai dalam Fortune 500, aktif menggunakan IG. Biasanya, diorang akan post update setiap hari Khamis
  • daripada 1,000 video yang paling banyak di-share di IG, 40% daripadanya adalah video yang di-post oleh jenama produk
  • secara purata, 100 daripada jenama terkenal dunia akan post update 5.5 kali seminggu. 43% daripadanya akan post setiap hari
  • IGers akan lebih banyak like dan komen pada post bergambar, peningkatan 1.5% berbanding post dalam bentuk video
  • foto yang ada wajah manusia selalunya akan mendapat 32% lebih banyak like

Kalau tengok pada data ni, rasa-rasanya anda dah dapat idea tak nak promote apa kat Instagram? Dah nampak jalan tak macam mana nak buat post promosi nanti?

cara promote produk di instagram

Tips menjual di Instagram ni dah bantu sorang student untuk jana 4 angka dalam masa dua minggu

Okeh..macam yang saya bagitau awal-awal tadi, meh saya share plak cara promote produk di Instagram. Promote gaya bro Aulis Uwais 🙂

Ingat lagi tak dengan nama Aulis Uwais ni? Dalam entri sebelum ni saya ada petik nama pakar pemasaran Instagram nih.

Promote cara otai ni sempoi sikit. Satu, sebab banyak guna teknik free. Dan satu lagi, sebab dah terbukti berkesan untuk dapat jualan.

Salah sorang student bro Aulis yang pernah guna teknik ni, sekarang ni dah berjaya jana RM2,000 sebulan dengan menjual di Instagram. Masa ni, akaun IG dia cuma ada 126 orang follower.

Antara teknik promosi produk di Instagram yang selalu dia buat ialah:

1) teknik giveaway – macam mat saleh selalu pesan, “the more you give, the more you get”. Guna teknik ni untuk tarik minat prospek untuk beli produk kita

2) strategi hashtag (#) – teknik ni kita takleh main bubuh jer. Ada seninya. Kena tahu pilih hashtag macam mana yang dapat mainkan psikologi prospek dan seterusnya dapat bodek diorang untuk jadi pelanggan kita

3) joint venture (JV) – pernah dengar tentang swap review? Owner akaun IG saling promote akaun masing-masing.

Biasanya, tengok pada bilangan follower. Kalau follower ada ratus-ratus, saling promote dengan owner yang ada ratus-ratus follower. Kalau 10,000 follower, promote dengan yang ada 10,000 jugak. Dan begitulah seterusnya..

Tapi kalau ikut cakap bro Aulis, teknik swap review ni sebenarnya dah lapuk dah walaupun masih berkesan. Ada cara lain yang lagi mudah untuk berJV dan lagi senang untuk up-kan jualan.

4) viral contest – buat contest yang simple-simple jer, yang mudah orang nak join. Cuma sebelum buat tu elok kita plan dulu, dan ada step-by-step yang kita kena ikut.

Teknik ni jugak mungkin akan makan modal sikit sebab kita perlu sediakan hadiah kepada pemenang. Tapi kalau kreatif, kos hadiah mungkin jugak boleh jadi free.

Empat cara promote produk di Instagram yang bro Aulis share ni, sekali tengok macam ada yang tak cukup, kan? Yer..tak cukup detail 😉

Dia takde bagitau ke kat mana nak belajar teknik ni step-by-step? Kalau dah tahu detail, senang sikit nak tiru, yer tak? Copy jer bulat-bulat..

Well..ada sebenarnya. Dan bukan setakat empat teknik ni jer, ada lagi 6 teknik rahsia yang dia simpan. Satu-satu bro Aulis ceritakan, cara betul macam mana nak buat, complete dari kulit sampai laa ke tulang 😀

Nak tahu kalu, meh klik dan jenguk kat sini – Gerila Instagram

Digiprove sealCopyright secured by Digiprove © 2016-2017

Nak jadi antara orang pertama baca setiap kali ada artikel baru?

Isikan nama glamer dan alamat emel anda kat bawah yer..

Emel anda selamat bersama kami. Dan kami janji takkan SPAM emel anda, kerana seperti anda, kami jugak menyampah dengan SPAM!

Comments
  1. Inspirasi Huda
  2. akubiomed
  3. Datin Tyka
  4. wandin4114
  5. Myliferia
  6. titan
  7. ikhwanfahmi
  8. Malaysia Tercinta
  9. ~uncle gedek!
  10. Hamacaan
  11. Shiddiqin
  12. Khairul Zamri
  13. Aaqib
  14. sohoque
  15. uber lejen
  16. Ismail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge