Apa yang best bila buat duit dari rumah dengan bisnes dropship

buat duit dari rumahAnda ada kat rumah ke sekarang ni? Tengah buat apa? Baring-baring? Tengok TV? Bestnyaaa…

Nak tahu apa yang lagi best? Kalau dapat buat duit dari rumah dengan bisnes dropship..sambil baring-baring dan tengok TV πŸ˜€

Buat duit online dari keselesaan rumah..sape yang tak nak kan?

Tambah pulak kalau tak perlu simpan stok, tak perlu bungkus barang dan tak perlu pos barang. Semua ni nanti orang lain yang akan tolong buatkan untuk anda.

Bila tak perlu simpan stok barang, otometik tak perlu susah-susah nak sewa kedai atau premis. Modal untuk sewa kedai ni boleh kita simpan untuk benda lain atau guna untuk kos pengiklanan dan marketing.

Malah, dengan bisnes dropship ni, kita tak perlu nak ambik staf pun. Untuk permulaan ni, kita buat dulu sorang diri. Nanti bila bisnes dah kencang sikit, baru kita pikir mana nak cari staf.

Untuk menjoinkan diri dengan bisnes dropship nih, yang pertama-tama sekali anda kena buat ialah research atau kaji pasaran/permintaan untuk produk.

Selalunya, untuk langkah pertama ni, kita suka buat terbalik. Cari produk dulu, lepas tu baru nak cari pelanggan.

Bila dah promote, takde sales masuk. Sebab kita syok sendiri konon-kononnya produk tu confirm laku. Tu yang jadi stok menimbun tak gerak-gerak tuh…

Okeh..dah tahu produk apa yang paling orang cari-cari, produk apa yang tengah trending, sekarang tiba pulak masa untuk cari supplier produk.

Nak deal dengan supplier ni kena perati dan pilih-pilih jugak..boleh percaya ke tak, kalau nak order dalam kuantiti sikit boleh ke tak, boleh order bila-bila masa ke tak, boleh pos tepat pada masa ke tak…

Dah tahu produk, dah jumpa supplier, untuk langkah seterusnya anda dah boleh promote.

Oleh sebab perniagaan dropship ni tak perlukan kita untuk simpan stok, anda boleh jer promote guna gambar produk yang boleh kita mintak terus daripada supplier atau ambik saja daripada laman web supplier.

Bila dah promote, dah ada yang minat nak beli, dah berjaya close-sale, maknanya anda dah terima order la kan? Klien pun dah buat bayaran la kan?

Untuk jumlah bayaran yang anda terima daripada klien tu, anda tolak dulu berapa jumlah keuntungan yang anda nak untuk satu-satu produk.

Lepas tu, anda ambik jumlah keuntungan ni masuk poket. Baki daripada jumlah bayaran klien tadi anda guna pulak sebagai modal untuk order produk daripada supplier.

Masa nak order tu, jangan lupa untuk update sekali alamat klien anda kepada supplier. Semua kerja yang ada kena-mengena dengan bungkus barang dan pos barang nanti supplier yang akan setelkan. Anda cuma perlu duduk goyang kaki dan kira berapa untung masuk hari ni πŸ˜€

Amacam? Senang kan? Ke ada yang tak paham? Masih blur-blur?

buat duit dari rumah

Konpius laa weh cara buat duit dari rumah dengan bisnes dropship nih..

Takpe..tengok contoh ni yer:

Katakanlah anda nak buat bisnes dropship baju atau t-shirt.

Supplier letak harga RM20 untuk sehelai t-shirt, termasuk kos pos. Anda pulak bercadang nak caj untung RM15. Jadi, harga untuk anda jual selai t-shirt ialah RM35.

Anda pun promote la gambar t-shirt ni di FB anda. Ditakdirkan, Allah SWT bagi ilham kepada salah sorang friendlist anda dan dia minat nak beli.

Dah booking order, dia pun bank-in RM35 masuk akaun anda.

Untuk sejumlah RM35 yang anda terima ni, RM15 daripadanya anda simpan.

Baki lagi RM20, anda bank-in pulak ke akaun supplier sebagai modal untuk order t-shirt. Dah siap order, bagi sekali alamat rumah kawan anda tu tadi kat supplier untuk urusan pos t-shirt.

Itu jer..takde susah mana pun aih.

Tapi, bisnes dropship ni sesuai untuk semua orang ke? Sape-sape jer ke boleh buat?

Yup..tak kisah la anda lelaki ke, pompuan ke, bujang ke, dah nak kahwin ke, baru nak cari keje ke, dah nak pencen ke..semua boleh cuba. Takde nak pilih-pilih bulu, takde nak pilih-pilih kasih πŸ˜€

Kalau anda suri rumah, boleh jadikan sebagai sumber untuk cari duit lebih untuk bantu suami. Sambil-sambil tu, dapat la jugak release tension daripada beban urus rumahtangga..tak gitu?

Bagi anda yang tak dapat nak kerja luar atau merantau jauh, mungkin sebab perlu tengok-tengokkan ahli keluarga yang kurang sihat di rumah, dan tertanya-tanya kalau-kalau ada cara yang lebih mudah untuk buat kerja part time di rumah, bisnes dropship ni mungkin jawapan yang anda tunggu-tunggu selama ni.

Untuk orang kelainan upaya (OKU) yang mungkin terhad sikit peluangnya nak dapat tawaran kerja, boleh timbang-timbangkan untuk cuba perniagaan dropship ni sebagai salah satu cara untuk “buat duit dari rumah”.

Bagi pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang dah pencen yang patutnya rilek-rilek jer di usia emas, tapi tak reti nak duduk diam sebab dah biasa kerja keras sejak daripada muda dan masih bersemangat nak cuba cabaran baru, bisnes dropship ni gerenti boleh tawarkan macam-macam pengalaman yang belum pernah anda jumpa.

Tak caya nanti tunggu tengok..terutama sekali dalam bab-bab nak melayan kerenah pelanggan yang pelik-pelik. Bukan selalu, tapi sekali-sekala tu mesti ada.

buat duit dari rumah

Jaga, jaga! Hero dah nak bertukar tuh..

Macam mana pulak kalau anda ni sorang superhero macam Superman, Supermak, Cicakman, Ejen Ali mahupun Deadpool? Pun tak jadi hal kalau anda betul-betul minat nak tambah satu lagi kerja part time di rumah.

Kalau shif anda untuk selamatkan dunia daripada orang jahat bermula malam, pagi tu boleh tido kejap untuk kumpul tenaga, tengah hari lepas Zohor dah boleh start buat kerja-kerja marketing untuk promote bisnes dropship. Kan ada banyak masa lagi tu…

Apa, ingat superhero tak terkesan ke dengan GST dan harga barang naik? Haha…

Rugi sebenarnya kalau anda tolak gitu jer peluang nak buat duit dari rumah dengan perniagaan dropship nih.

Sekalipun tak nampak jalannya dan rasa macam payah jer nak ikut, jangan laa sampai anda langsung tak nak bukak hati untuk sekurang-kurangnya try dulu.

Sebab apa..dengan bisnes dari rumah cara dropship ni, mula-mula sekali anda dah ada kelebihan rumah sendiri yang boleh dijadikan sebagai premis/pejabat/kedai/tapak operasi anda.

Takde lagi nak risau tentang trafik jem, duit tol, duit minyak dan segala kos yang tak perlu yang biasanya wajib untuk bisnes offline. Sebabnya, semua urusan anda boleh setelkan dari rumah jer..bermula daripada terima order sampai laa barang selamat tiba ke tangan pelanggan.

Nak kata bisnes dropship ni makan banyak masa untuk diuruskan, pun tak jugak. Buat satu-dua jam sehari pun dah ok.

Bagi yang betul-betul takde masa, dan niat pun sekadar nak buat secara sambilan, dua-tiga jam seminggu pun dah cukup.

Untuk iklan dan promosi pulak, guna jer cara free dulu. Promote di FB anda, di group-group yang anda selalu aktif…

Tak perlu nak keluar jauh-jauh dari rumah gi gantung poster flyer kat pokok, traffic light, tiang lampu segala bagai..semata-mata nak promote produk.

Dah ada modal lebih nanti, promote pulak cara berbayar guna FB Ads, AdWords dan lain-lain. Dengan cara berbayar ni cepat sikit nak dapat trafik dan lagi senang nak dapat prospek yang berminat.

Senang cakap, semuanya kita boleh buat cara online..kata nak buat duit dari rumah, yer tak?

Dan paling penting, anda dapat manfaatkan kelebihan laptop/PC/smartphone dan kemudahan internet yang anda ada tu untuk buat duit, bukan bazir duit dengan sekadar layan FB, sembang di WhatsApp dan lain-lain πŸ˜€

Hmmm..sempoi jugak yer buat bisnes dropship nih. Banyak yang best-best. Kecur air liur tengok. Nak-nak pulak kalau tambah satu lagi benda best. Yang ni dijamin paling best antara semua yang best..

buat duit dari rumah

Nanti bleh guna untuk download movie, layan lagu dan ambik gambar jer πŸ™‚

Apa kata anda kalau saya bagitau: dengan bisnes dropship ni, kita sebenarnya tak perlu pun nak layan SMS, reply WhatsApp mahupun jawab call daripada pelanggan?

Dengar macam syok. Anda tahu-tahu aje la kan..betapa banyak masa yang selalu kita ambik untuk uruskan semua order yang kita terima melalui SMS dan WhatsApp.

Itu tak masuk lagi bab nak melayan prospek-prospek yang berminat. Tanya soalan bertalu-talu, last-last tak jadi nak beli.

Tapi macam tak logik pun ada jugak. Yer lah..kalau tak jawab SMS, tak reply WhatsApp, macam mana kita nak dapat info pelanggan? Nak bagi nombor akaun, nak tanya alamat pos lagi…

Sebenarnya, semua ni kita boleh buat kalau kita guna satu platform khas, dan promote produk di pasaran antarabangsa.

Yup..kita promote produk kepada mat dan minah saleh, merangkap orang putih. Supplier produk pun kita guna supplier mat saleh.

Orang putih ni, diorang tak macam orang Malaysia kita. Diorang mana biasa order-order barang pakai SMS atau WhatsApp nih.

Untuk shopping online, diorang lebih suka guna borang online atau shopping cart online. Klik-klik sikit, booking order, bayar guna kad kredit, tunggu barang sampai. Simple, otometik, takde banyak songeh.

Bila dah otometik, orang nak order bila-bila masa pun takde masalah. Kita pun takde risiko nak terlepas order.

Tengah-tengah malam time kita sedap tido ada order masuk, esok pagi bangun, klik-klik proses, last sekali serah kat supplier untuk pos produk. Abis cerita.

Tapi kalau speaking pun berterabur, macam mana bos? Nanti mat saleh tu paham ke saya nak jual apa?

Terabur ke tak, kalau anda pernah lulus kertas English PMR, tu maknanya anda dah cukup syarat dan takde masalah nak meniaga dengan orang putih.

Tentang bayaran pulak, kita akan dibayar dalam matawang dollar untuk setiap produk yang terjual. Satu dollar lebih kurang sama dengan RM4. Peluang untung empat kali ganda tuh..berbanding kalau kita promote untuk pasaran Malaysia.

Rasa hepi jer kan orang yang meniaga dropship nih? Kalau boleh, rasa nak senyum sampai ke cuping telinga πŸ˜€

buat duit dari rumah

Jom bisnes dropship, cepat sikit nak kaya..

Ehem..semangat berkobar-kobar nampak? Kemain kembang-kempis lubang hidung. Nak try buat duit dengan orang putih jugak ke? Ada berani?

Kalau berani, jom kita start hari ni jugak. Tapi, main serbu gitu jer ke? Takpe ke kalau tak pakai helmet nih? Asal ada produk, jumpa mat saleh, terus promote?

Err..boleh jugak. Try la buat camtu..kalau nak merasa penat promote, terbakar modal, terbazir masa, terhabis tenaga, tapi hasil telur ayam. Zero. Kosong. Boleh diamalkan selalu..heh..

buat duit dari rumah

Bukan Ramlee, Ajis dan Sudin..tapi Wazeen, Faqimi dan Sidiq πŸ™‚

Tapi kalau tak nak buat kerja sia-sia, meh kita bertapa dulu dan gali ilmunya dengan tiga orang mahaguru dari Timur nih. Mahaguru yang dah pernah tertiarap, rugi besar meniaga dengan mat saleh, tapi last sekali berjaya jana lebih RM400,000 dalam masa dua bulan..jugak dengan menjual produk kepada mat saleh.

Agaknya jurus apa laa diorang pakai..dah kena hentam sekali, bangkit lawan balik, terus dah tak putih mata dah πŸ˜€

Ilmu atau teknik nak “buat duit dari rumah” dengan bisnes dropship antarabangsa ni ada diorang perturunkan dalam pakej video panduan yang dipanggil SHOPIEVO. Ada 50 video panduan semuanya (mungkin lebih) untuk anda study nanti.

buat duit dari rumah

Bukan DVD fizikal yer..tapi versi online. Nanti boleh tengok online atau download terus..

Bila dah khatam video SHOPIEVO ni, anda akan tahu produk apa yang mat saleh paling suka beli online, cara nak bukak kedai online, rahsia bagi produk free-free jer tapi tetap boleh dapat untung, lubuk supplier mat saleh, cara nak tarik mat saleh datang ke kedai online anda dan cara nak cari mat saleh yang kemungkinan besar akan berminat nak beli produk anda.

Itu baru sikit..ada bertimbun-timbun lagi sebenarnya rahsia, ilmu, teknik dan strategi yang nak dikongsikan oleh tiga orang anak muda ni. Nak tahu apa dia, anda boleh klik dan intai sendiri melalui link yang akan saya bagi kat hujung-hujung artikel ni nanti.

Cuma sebelum tu, saya ada spoiler sikit nak bagitau awal-awal.

Pakej SHOPIEVO ni, dia datang dalam bentuk panduan berbayar. Dan pengerasnya pulak bukan kecik-kecik anak..mau seram sejuk satu badan, terketar-ketar kepala lutut, berpeluh-peluh tapak tangan nak bukak dompet ambik duit.

Untuk dapatkan panduan saja dah dekat empat angka.Β RM997. Ni kalau menabung duit gaji, mau makan masa dua-tiga bulan jugak nak tunggu cukup.

Kenapa mahal sangat? Kalau tengok pada harga jer, mungkin anda akan rasa tak puas hati dan rasa macam cekik darah.

Tapi kita kena paham..ini rahsia orang. Rahsia yang diguna untuk jana pendapatan sampai RM400,000 lebih. Dan bayangkan, mereka rela nak bogelkan semua rahsia ni pada harga tak jejak pun seribu ringgit.

RM1,000 daripada RM400,000..agak-agaknya berapa persen jer tu diorang caj…

Tu tak campur lagi banyak mana masa yang diambik untuk siapkan satu-satu video, dengan internet slownya, tak tido malamnya, abis puluh-puluh ribu lagi untuk testing trial & error..senang cakap, peritnya tuh, hanya tim SHOPIEVO yang tahu πŸ˜€

Dah rembat dia punya panduan, anda kena pulak laburkan modal dalam USD29 (lebih kurang RM116) sebulan untuk setup kedai online anda. Untuk daftar nama kedai online, tambah lagi USD13 (lebih kurang RM52) setahun.

Untuk kos iklan pulak, anda kena bajet siap-siap lebih kurang dalam RM15 sehari, untuk sebulan. Tapi tak semestinya. Salah sorang yang dah beli panduan ni berjaya dapat sale pertama dan untung kasar RM40, dan dia cuma iklan sekali jer dengan kos RM13.

Jadi, kira pi kira mai, anda mungkin perlukan modal lebih kurang dalam RM1600Β lebih sebelum dapat nak “buat duit dari rumah” dengan mat saleh. Amacam..ada cukup modal?

Tapi kalau duit kat tangan anda cukup-cukup jer ada RM1600, kiranya tu jer duit simpanan last yang anda ada, saya rekemen anda jangan beli dulu panduan SHOPIEVO nih.

Kalau boleh, anda cari dulu jalan untuk sekurang-kurangnya double-kan jumlah tersebut. Dah ada back-up duit lebih nanti, baru la anda pertimbangkan sama ada nak sambar pakej video ni atau tak.

Bukannya apa..saya takut nanti anda salahkan saya kalau-kalau tak berjaya buat duit dalam bisnes dropship ni, walaupun dah ikut bulat-bulat semua langkah yang diajar dalam SHOPIEVO. Duit simpanan pulak dah abis licin buat modal.

Memang takde istilah gerenti untung..sebab dah namanya lagi meniaga. Kita boleh jer usaha macam-macam, tapi yang bagi rezeki tetap jugak Allah Taala, bukannya video panduan SHOPIEVO πŸ˜€

buat duit dari rumah

Musuh jangan dicari, rezeki USD jangan ditolak..

Jadi sekarang macam mana? Dah pikir masak-masak dah? Dah ready dah nak grab panduan nih?

Bagi anda yang dah nekad nak beli, saya ada dua berita baik nak kongsi dengan anda.

Pertamanya, peluang untuk anda jadi pelanggan SHOPIEVO dan bayar pada harga diskaun. Diskaun 20%. Cuma 200 orang jer yang boleh rebut harga diskaun ni..dan sekarang ada lagi 150 tempat kosong.

Untuk claim diskaun, masukkan kod hellopievo waktu anda nak isi borang tempahan online nanti.

Tapi kalau anda tak berjaya claim harga diskaun ni nanti, itu maknanya anda dah sedikit terlambat. Kod kupon dah abis orang tebus πŸ™‚

Berita baik yang kedua, kalau anda dapatkan SHOPIEVO melalui link kat bawah ni, saya akan bagi TUJUH bonus tambahan sebagai free gift.

Anda akan dapat t-shirt selai, satu plugin rahsia (untuk anda yang guna blog WordPress), dua software rahsia dan tiga pakej video tutorial premium daripada CikguHafis.

Kalau anda nak tengok design t-shirt ni lawa ke tak, dan nak tahu macam mana plugin & software ni berfungsi, boleh klik sini – Bonus SHOPIEVO

Dah puas tengok dan rasa macam berkenan, boleh cepat-cepat sambar panduan ni kat sini – Video Panduan SHOPIEVO

Lepas dah bank-in bayaran, dah isi borang tempahan apa semua, hantarkan emel ke amirudymazlan[a]gmail.com dengan tajuk “Claim bonus SHOPIEVO”. Gantikan [a] dengan @. Nanti saya uruskan penghantaran semua bonus yang saya janjikan sebelum ni.

(psst..kalau anda nak tahu panduan ni power ke tak, yer ke boleh BUAT DUIT DARI RUMAH dengan mat saleh, boleh baca berderet-deret testimoni yang ada kat website SHOPIEVO.

Ada akak sorang tu, dia cuba guna teknik SHOPIEVO untuk promote produk dalam masa 30 hari. Hasilnya, tak kurang USD7,500 (RM30,000) mengalir masuk akaun. Alhamdulillah)

update: haa..ni ada berita terkini yang baru kami terima. Lagi 2-3 hari, lebih tepat lagi pada 30 Oktober 2017 nanti, Tim SHOPIEVO akan buat pelancaran besar-besaran untuk versi terbaru iaitu SHOPIEVO 2.0.

perniagaan dropship di malaysia

Wajah baru, semangat pun kena baru..

Bagi anda yang tak nak terlepas pelancaran awal versi update nih, meh daftar nama dan emel kat sini – SHOPIEVO 2.0.

Kalau versi lama dia cerita cara nak buat duit dari rumah dengan pasaran mat saleh, versi terbaru ni pulak khas untuk bisnes dropship pasaran Malaysia.

Kita meniaga cara baru, takde lagi sengal-sengal tangan nak melayan SMS/WhatsApp, semuanya kita buat secara auto..dan tak perlu speaking omputeh.Β Yeaaa!!! πŸ˜€

Digiprove sealCopyright secured by Digiprove © 2016-2017

Nak jadi antara orang pertama baca setiap kali ada artikel baru?

Isikan nama glamer dan alamat emel anda kat bawah yer..

Emel anda selamat bersama kami. Dan kami janji takkan SPAM, kerana seperti anda, kami jugak menyampah dengan SPAM!

Comments
  1. raihanah
  2. akubiomed
  3. Afif Rayyan
  4. Hami Asraff
  5. titan
  6. shasafiez
  7. gja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge