Cara berniaga online di Instagram yang sebijik macam stail gerila

cara berniaga online di instagram

Cara berniaga online di Instagram gaya gerila – guna jer apa yang ada sebagai ‘senjata’ jualan

Bagi anda yang minat tegar dan kaki promosi produk di Instagram, sebelum ni saya ada publish dua artikel yang mungkin boleh bantu anda sikit sebanyak berkaitan dengan cara berniaga online di Instagram.

Dalam artikel pertama, saya ada tulis tentang dua silap besar yang selalu kita buat bila nak berniaga di Instagram. Kalau anda tak sempat nak baca hari tu, boleh baca kat sini.

Dalam artikel kedua pulak, saya ada berikan tips tentang empat cara promote produk di Instagram yang tak perlukan kos.

Teknik-teknik free ni saya share daripada salah sorang pakar pemasaran Instagram iaitu bro Aulis Uwais. Kalau yang ni pun anda tak baca lagi, meh baca kat sini.

Kedua-dua artikel ni, kalau anda baca sampai abis, kat hujung-hujungnya nanti saya akan bagitau kat mana anda boleh dapatkan satu panduan power yang akan dedahkan lagi banyak rahsia pemasaran Instagram.

Panduan dalam bentuk video ni nama dia Gerila Instagram dan diterbitkan oleh bro Aulis sendiri.

Dibuat special untuk anda yang masih baru dalam pemasaran Instagram dan sangat-sangat perlukan teknik free untuk dijadikan strategi marketing di Instagram.

Tapi, hebat sangat ke panduan nih? Macam mana nak tau teknik-teknik yang diajar tu betul-betul berkesan ke tak?

Kalau ikut adat orang meniaga tepi-tepi jalan, untuk umpan pelanggan supaya beli, biasanya dia akan bagi kita try sampel dulu sikit.

Bagi yang meniaga buah, bila dah merasa sikit, baru kita tau buah tu manis ke tak..

Bagi yang jual keropok lekor, dah cuba sekeping, baru kita tau keropok tu rangup ke tak..

Jadi, nak tau hebat ke tak, bro Aulis nak bagi can kat kita untuk ‘merasa’ dulu sikit tiga video pertama yang ada dalam panduan ni 😀

Video 1: Pengenalan

Untuk tengok keseluruhan video ni, anda perlu ambik masa lebih kurang dalam 13 minit.

Lepas dah tengok nanti, anda akan tahu kenapa kita kena kenal dan fahami dulu tentang Instagram sebelum nak promote apa-apa produk.

Kalau tak kenal, tak paham, maka tak cinta jangan mengadu kat mak tanya kenapa post anda takde yang like atau takde engagement dengan follower.

Biasa dengar tentang algorithm IG? Yang ni pun bro Aulis akan sentuh dalam video ni dan macam mana tool power ni boleh bantu anda untuk buat sales di Instagram.

Cara untuk mula bisnes online di Instagram, apa yang boleh dan apa yang takleh buat untuk elak akaun kena ban, pun bro Aulis akan cerita.

Tak cukup tu semua, bro Aulis akan kongsikan pulak cara untuk buat akaun IG kita kekal efektif, sentiasa boleh tarik sales dan sebab apa kita wajib kena ada loyal customer.

Instagram Ads anda tahu? Instagram Ads ni cara marketing yang paling cepat untuk kita tayang iklan kepada prospek yang kemungkinan besar akan berminat dengan produk kita. Topik ni pun bro Aulis ada masukkan sekali dalam video ni.

Walaupun kita boleh promote apa saja produk di Instagram, tak semua produk boleh dapat pelanggan bila kita promote melalui Instagram.

Jadi, kalau sebelum ni anda pernah join Instagram, pernah cuba-cuba jual produk tapi tak berapa nak laku, dalam video ni nanti bro Aulis akan bagitau kenapa boleh jadi macam tu.

Cara berniaga online di Instagram ni dijamin serasi untuk anda yang tak mahir copywriting. Tak perlu nak risau kalau anda tak yakin dapat buat ayat-ayat power untuk promote produk anda. Nak tahu kenapa?

Tengok video ni, nanti anda akan dapat jawapan 😀

Dan yang paling best antara semua ni, bro Aulis nak bocor rahsia besar macam mana nak kumpul 10,000 follower dalam masa kurang enam bulan..InsyaAllah.

Tapi, jangan teruja sangat. Ramai follower tak semestinya dapat banyak sales tau. Jadi, bro Aulis akan tunjuk cara betul untuk dapat follower dan kenapa kita takleh follow orang sesuka hati.

Okeh..cukup sudah berkenapa-kenapa, meh kita layan dulu video pengenalan nih:

Kalau video problem takleh nak tengok, sound tak clear ke, anda boleh download terus kat sini yer – Video Pengenalan

Video 2: Username

Video kedua ni pendek sikit kalau nak banding dengan video pertama. Dekat-dekat 12 minit jer untuk kita tengok sampai abis.

Dia punya isi berkaitan dengan cara setup username untuk akaun IG kita nanti.

Tapi sebelum masuk bab username ni, bro Aulis akan bagi intro sikit..Instagram nih sebenarnya apa dia, sape yang boleh dan tak boleh guna, macam mana teknik menjual yang sesuai dan macam mana pulak teknik yang dilarang.

Dalam video pertama, bro Aulis ada cakap; nak menjual di Instagram ni, kalau tak pandai copywriting pun takpe.

Yang penting, satu benda ni kena power dan menarik. Nak tahu apa benda, tengok video kedua ni.

Untuk tips pilih username pulak, bro Aulis akan dedahkan mana satu yang patut kita guna sebagai teknik pemasaran Instagram: pakai username panjang atau pendek.

Kalau nak guna yang panjang, maksimum berapa patah perkataan yang sesuai. Kalau pendek, paling kurang berapa pulak patah perkataan yang sesuai.

Daripada segi ejaan pulak macam mana, dan cara nak tau sama ada patut atau tak kita pilih username yang kita berkenan sangat-sangat nak guna.

Bro Aulis siap bagi contoh lagi username yang tak patut kita guna, dan username yang paling dia galakkan untuk kita guna.

Dan last sekali yang bro Aulis kongsi, tips bisnes Instagram yang akan bantu username kita untuk muncul paling atas dalam search result, setiap kali prospek cari mana-mana keyword untuk satu-satu produk.

Orait..penat dah nak membaca, jom kita terkam tengok video kedua ni pulak untuk “cara berniaga online di Instagram” yang betul:

Kalau video problem takleh nak tengok, sound tak clear ke, boleh download terus kat sini yer – Video Username

Video 3: Bio & Link

Antara ketiga-tiga video nih, yang nombor tiga ni paling panjang. Tepat-tepat 16 minit waktu ke udara..heh..

Dan macam tajuknya jugak, 100% isi video ni akan berkisar kepada cara nak edit profile dalam Instagram anda. Apa yang patut anda isi kat ruangan bio, apa yang patut anda letak kat ruangan link, kat mana nak sumbat keyword produk..

Nak tulis profile ni jugak takleh panjang-panjang sangat. Ada had jumlah huruf yang Instagram benarkan. Jadi, bro Aulis nak bagi tips apa yang sepatutnya anda tulis kat ruangan kecik nih.

Lepas orang dah klik dan tengok Instagram anda, macam mana nak buat dia terus jadi follower? Rahsia dia ada dalam video ni.

Termasuk sekali, teknik untuk orang mudah nak contact anda dan mudah nak buat order.

Satu lagi tips menjual di Instagram, jangan bagi prospek mesej kita secara direct di Instagram. Kenapa tak boleh? Dengar betul-betul apa yang bro Aulis bebelkan dalam video ni:

(Kalau video tak jelas, sound tak clear, boleh download terus kat sini yer – Video Bio & Link)

Amacam? Puas hati tak layan semua video gerila nih? Dapat tangkap cara berniaga online di Instagram yang bro Aulis ajar? Ke tak puas sebab rasa macam banyak lagi ilmu yang tak cukup?

Kalau nak bagi puas, tak susah mana sebenarnya. Apa kata kalau saya rekemen anda untuk sambar terus dia punya versi penuh?

Versi penuh ni ada lagi 18 video step-by-step teknik pemasaran Instagram yang belum anda tengok dan memang patut anda tengok.

Tapi kalau serius nak tengok, anda kena tunggu lepas raya 2017. Sebab sekarang ni Bro Aulis tengah sibuk sikit nak update website Gerila Instagram nih.

Nanti dah abis solat sunat raya, dah ziarah semua sanak famili, ketupat pun dah tinggal daun jer, anda boleh singgah dan try check balik kat sini – Gerila Instagram.

Mana tau kot-kot masa tu dia punya website dah OK dan dah ready nak sambut anda sebagai tetamu 😀

Digiprove sealCopyright secured by Digiprove © 2016-2017

Nak jadi antara orang pertama baca setiap kali ada artikel baru?

Isikan nama glamer dan alamat emel anda kat bawah yer..

Emel anda selamat bersama kami. Dan kami janji takkan SPAM, kerana seperti anda, kami jugak menyampah dengan SPAM!

Comments
  1. Raihanah
  2. zool
  3. jual kolagit
  4. titan
  5. Ultraman X Video
  6. Fororo
  7. Noriza Rahman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge