Cara nak buat bisnes online step-by-step untuk tambah pendapatan dari rumah

cara nak buat bisnes online

Cara nak buat bisnes online tanpa produk dan tanpa kos marketing

Saya ada satu soalan – kalau orang tanya kita macam mana cara nak buat bisnes online, mula-mula sekali apa yang patut kita bagitau?

Kena ada modal besar? Kalau takde, gi pinjam dengan bank, mak, adik, kawan, sedara-mara?

Salah. Nanti bisnes tak jalan, mula la sakit kepala bila kena kejar dengan bank, masam muka tak bertegur sapa dengan keluarga, kawan pun tak pasal-pasal jadi lawan.

Kena ada stok produk bertimbun-timbun? Takut nanti takde barang bila order dah masuk tak berenti-renti?

Pun salah. Bukan order masuk tak berenti-renti, tapi kemungkinan besarnya langsung sunyi sepi takde orang order. Dan stok produk tu nanti boleh buat penyendal pintu, simpan bawah katil atau peram atas almari sampai berdebu (yang ni pernah jadi kat saya..heh..)

Modal bukan, beli stok pun tak payah, dah tu nak kena buat apa? Sewa kedai dulu? Bukak jawatan kosong untuk cari staf? Tempah bisnes kad cantik-cantik?

Aiseh..salah lagi. Pelanggan belum tentu ada, duit untung pun tak tentu lagi bila boleh dapat, tapi kita dah sibuk nak ‘longkangkan’ duit dengan bayar kos sewa, hias kedai dan gajikan staf tiap-tiap bulan.

Duit masuk takde, yang terbang keluar banyak. Last-last kering modal dan cukup tiga bulan, bisnes pun lingkup. Gulung tikar. Tutup kedai.

Oh yer..bisnes kad yang dah siap tu, nanti boleh letak dalam bilik dan buat pameran untuk diri sendiri (pun pernah jadi kat saya..haha..)

Fuhh..puas hati dapat mengarut sorang-sorang. Mood pun hepi semacam jer. Rasanya dah boleh la kot kita start dengan langkah pertama “cara nak buat bisnes online” ni 😀

cara nak buat bisnes online

“Isk..problem betoi la. Cemana nak setel ni?”

1) Cuba kenal pasti masalah:

Kalau hari ni anda baru nak mula berniaga untuk cari duit lebih, toksah dok risau pasal modal, toksah dok risau pasal produk dulu.

Kalau nak risau, gi risau pasal masalah apa yang sedang orang hadapi yang anda boleh tolong uruskan, apa ketakutan diorang bila masalah ni datang, dan apa impian diorang agar masalah ni dapat diselesaikan.

Masalah, ketakutan dan impian. Itu tiga perkara pertama yang anda kena ambik tahu sebelum nak buat bisnes.

Tapi, macam mana kita nak kenal orang yang ada masalah? Kat mana diorang selalu mengadu tentang semua masalah ni?

Tak perlu nak cari jauh-jauh sangat sebenarnya. Kat newsfeed Facebook anda pun, boleh jadi ada berlambak-lambak status yang penuh dengan masalah. Dari atas sampai bawah, masalah tak abis-abis. Kita yang tukang baca ni pun, elok-elok ceria jadi down.

Kalau tak jumpa kat FB, cuba pulak tengok kat forum-forum online. Cuba tengok pada thread yang ada banyak reply. Selalunya, anda kena rajin sikit jer untuk belek mana-mana topik yang ada kat situ. Dalam 4-5 kali skrol, mesti ada satu thread yang tengah hot dok bincang masalah-masalah tertentu.

Kalau kat FB takde, kat forum-forum pun payah nak nampak, apa kata anda try pulak spy masalah-masalah yang ada kat tempat lain selain online?

Ambik contoh dalam akhbar. Cuba perati tengok kat ruangan classified, atau kat bahagian surat dari pembaca. Kat situ pun kalau anda tajam mata dan pandai tengok peluang, mungkin ada satu dua masalah yang anda ada kepakaran atau tahu cara nak setelkan.

Kat taman perumahan anda? Mungkin anda sendiri pun dah naik bernanah telinga sebab hari-hari asyik dok dengar orang komplen masalah masing-masing. Tambah pulak kalau tinggal kat flat-flat, apartmen..lagi ramai orang, mesti lagi banyak songeh, tak gitu?

Macam mana pulak dengan musim-musim yang ada kat Malaysia? Kalau musim virus zika, apa masalah orang yang tengah trending? Kalau time pilihanraya, apa yang selalu orang cari-cari? Musim jerebu, musim banjir, musim mengawan kahwin…

So, anda dah kenal pasti dah apa masalah, ketakutan dan impian orang? Anda yakin? 😀

Baiklah..sekarang tiba la pulak masa untuk kita pikir nak jual produk apa, nak promote servis apa. Dan jawapan dia mudah yang amat..apa saja yang anda boleh offer sebagai penyelesaian kepada semua masalah, ketakutan dan impian tadi; itulah produk atau servis anda.

Modal untuk sediakan stok produk? Langsung takyah keluar sesen pun sebab anda boleh guna cara dropship.

Dropship ni maksudnya anda promote dulu guna gambar produk, bila dah dapat order dan terima bayaran dari pelanggan, baru deal dengan supplier. Nanti supplier yang akan poskan produk kepada pelanggan anda.

Jom kita tengok satu contoh mudah. Katakanlah golongan warga emas dengan masalah penyakit kencing manis.

Semua orang tahu..penyakit ni kalau dah kronik, selalunya doktor akan cadangkan supaya potong kaki. Itu yang orang paling takut. Kan best kalau ada penawar yang boleh bantu sembuhkan kencing manis 100% tanpa jumpa doktor, tanpa operate. Cukup dengan makan ubat dan sapu-sapu jer.

Nak jadi cerita, anda tahu ubat apa yang pesakit-pesakit ni perlukan. Anda tahu kat mana nak dropship atau dapatkan ubat-ubat ni dengan mudah.

Dan anda pun slow-slow tunjuk gigi cuba nak senyum sebab anda dah ada produk untuk bantu orang selesaikan masalah dan tunai impian. Dah takde apa lagi dah yang nak takut 😀

2) Validate dulu:

Masalah dah tahu, produk pun dah ada, so sekarang ni dah boleh la kan kalau nak borong dan simpan stok banyak-banyak? Terus keluar modal untuk iklan dan marketing pulak?

Sabarrr..belum masanya lagi bos.

Walaupun dah kaji masalah, dah tahu produk apa yang sesuai, langkah seterusnya yang anda kena buat ialah validate, atau test market, atau sahkan permintaan. Senang cerita, proses ni seolah-olah anda tanya dulu:

Kalau saya nak jual produk ni, ada yang nak beli tak?

Proses validate ni penting untuk elak kita syok wasangka sendiri yang konon-kononnya produk kita ni, bila dah jual nanti, gerenti laku keras.

Kat mana kita boleh buat validate nih?

Well..kat port biasa pun boleh, iaitu media sosial.

Kalau anda kaki Facebook, boleh try validate di wall sendiri atau di group-group yang anda join. Dan untuk pilih group tu, jangan lupa tengok pada produk dulu.

Kalau nak promote panduan buat duit, boleh validate kat group-group bisnes atau group iklan.

Kalau nak jual barangan bayi, boleh tanya kat group-group yang banyak bincang topik keibubapaan dan kekeluargaan.

Bagi yang ada ramai follower kat Instagram atau Twitter, boleh cuba validate kat sana. Gunakan hashtag apa yang patut yang ada kaitan dengan produk anda.

Tapi, katakanlah anda nak jual produk untuk golongan pakcik makcik yang mungkin berusia 50-60 tahun, contohnya macam ubat kencing manis tadi.

Kalau anda validate produk camni kat media sosial, jangan laa cepat kecik hati kalau nampak macam takde sambutan atau takde sape yang respon.

Sebabnya, pakcik makcik yang dah umur 50 tahun ke atas ni, dah sah-sah diorang tak minat dah nak main Facebook atau Instagram. Kalau ada pun, berapa ramai laa sangat. Tak caya? Cuba tanya Atuk dan Uwan anda, rasa-rasanya diorang layan tak Facebook dan Instagram nih? 😀

Jadi, anda kena pandai agak, kat mana geng-geng orang lama ni selalu berkumpul yang akan mudahkan anda untuk validate. Tak dapat cara online, mungkin anda kena keluar peluh sikit untuk validate cara offline melalui masjid-masjid, persatuan veteran, hospital dan lain-lain.

cara nak buat bisnes online

Belobang sikit jer pun dah rasa tak selesa nak pakai..so, kita tampal mana yang patut

3) Market loophole:

Cemana yer nak translate istilah ni? Lobang dalam pasaran? Boleh la kot..haha..

Okeh..anda dah buat validate kan? Dah confirm, kan..ada prospek yang sanggup seluk poket ambik duit untuk beli produk anda kan? Kan?

Kalau camtu, anda dah boleh teruskan apa saja langkah yang anda nak buat awal-awal tadi. Nak buat website produk ke, nak order bisnes kad ke…

Tapi sebelum anda nak borong dan simpan stok, nak start buat iklan atau marketing besar-besaran, pastikan anda kaji dulu market loophole nih.

Maksud market loophole ni, anda kenal pasti apa kekurangan atau kecacatan yang ada dalam pasaran produk anda, terutama sekali kalau produk anda tu ada ramai pesaing.

Apa perbezaan yang boleh anda tawarkan dengan produk anda yang takde pada produk orang lain? Perbezaan yang akan buatkan produk anda tu tak perlu bersaing untuk dapatkan perhatian daripada prospek atau pelanggan dalam pasaran yang sama.

Kiranya nanti, pesaing anda bertarung dalam gelanggang lain, dan anda pulak berlawan dalam gelanggang lain. Masing-masing takkan bertemu sesama sendiri.

Tak paham? Meh saya tunjuk satu contoh simple. Contoh ni selalu diulang-ulang oleh mentor saya setiap kali dia nak terangkan konsep market loophole ni.

Kat Malaysia ni, kompeni mana yang mula-mula sekali terlibat dalam industri penerbangan? MAS kan?

Dulu, masa MAS ni selamba jer monopoli pasaran kat Malaysia, boleh kata hanya orang yang berkot, ber-tie, berDatuk-datuk jer yang biasa dapat peluang terbang di langit biru.

Bagi yang selalu bersinglet dan berkain pelikat pulak, mungkin kena tunggu panggilan daripada Tabung Haji dulu. Tak pun, waktu nak tunai umrah. Masa tu laa baru dapat merasa naik kapal terbang.

Nak bagitaunya, kalau takde keperluan mendesak, rakyat biasa memang takkan saja-saja habiskan duit mahal-mahal gi beli tiket kapal terbang.

Selang berapa lama entah, Air Asia pun datang masuk pasaran.

Bila Air Asia ni muncul, dia tak target kepada pasaran orang kaya-kaya. Dia tak berminat nak berebut pelanggan dengan MAS, jenama yang dah terlalu otai dan sangat-sangat dikenali.

Tapi dia nakkan prospek daripada kalangan orang biasa-biasa, yang mungkin pelajar universiti yang nak balik kampung setiap kali abih semester, anak-anak rantau yang nak balik beraya…

Jadi, bila dah target orang biasa, orang yang berpendapatan rendah atau sederhana, Air Asia tak perlu lagi nak jual tiket dengan harga tinggi.

Dan otometik buat kali pertama, kita dapat tengok harga tiket kapal terbang yang jauh lebih murah kalau nak banding dengan harga tiket MAS. Malah kadang-kadang tu, lebih murah daripada harga tiket bas.

Kalau kena time promosi pulak, siap ada tiket free lagi Air Asia bagi. Semua orang memang betul-betul dah boleh terbang sekarang ni (Now Everyone Can Fly) 😀

Psst..rasa-rasanya, syarikat bas pun tak pernah buat offer bagi tiket free kan?

Tapi, nak kata semuanya indah-indah, bulan bintang dan sinar mentari jer dengan AirAsia ni, pun tak boleh jugak. Biasa laa kan..bila dah lebih dalam satu perkara, mesti ada kurang dalam perkara yang lain. Yang tu kita kena terima.

Arwah pakcik saya pernah sekali naik AirAsia. Dia ada cerita betapa tak selesanya guna AirAsia nih bagi orang yang tinggi dan bertubuh besar seperti dirinya. Yer lah..nak luruskan kaki pun tak lepas sebab jarak antara tempat duduk tu sempit sangat (bagi pakcik saya).

Jadi, kat sini kita nampak satu lagi kecacatan atau kekurangan yang ada dalam pasaran. Tiket dah murah, tapi pengalaman dalam pesawat tu boleh jadi kurang menyeronokkan bagi sesetengah pelanggan.

Dan kita nak tahu, sape pulak yang bakal perasan market loophole ni dan tak tunggu lama untuk sambar peluang?

Jawapannya, Malindo Air.

Kalau anda pergi ke page Wikipedia Malindo Air ni, kat situ nanti anda boleh baca info tentang cara operasinya yang mengutamakan servis premium, tapi harga tiket tetap pada kos rendah.

Senang cakap, perkhidmatan setanding MAS, tapi harga tiket tetap tak kalah dengan AirAsia.

Sekarang anda nampak tak? Dah jelas? Macam mana market loophole ni membawa kepada kewujudan syarikat-syarikat seperti MAS, AirAsia dan Malindo Air.

4) Bina customer Avatar:

Ah..sudahhh. Amende pulak customer Avatar nih?

Yang penting, bukan budak botak tu kan? Yang kepala dia ada anak panah tuh? Kan? Kan?

Orang tinggi galah yang kaler biru tu pun bukan jugak kan?

Yer..yer. Dua-dua bukan 😀

Anda biasa tak dengan situasi ni..sorang usahawan yang bila ditanya:

Produk tu nanti nak jual kat sape?

Sape-sape pun boleh bang. Laki, pompuan, tua, muda..semua boleh guna.

Nak jual kat mana?

Kat mana-mana pun tak kisah. Janji ada lantai tanah, bumbung langit. Lagi ramai orang tahu, lagi bagus. Lagi banyak sale..tak gitu?

Memang tak laa.

Salah satu kesilapan biasa yang selalu dibuat oleh usahawan baru ialah, suka promote produk kat semua orang. Seboleh-boleh nak semua orang tahu. Sedangkan, bukan semua orang perlukan produk kita.

Macam mana nak tahu sape yang perlu, dan sape pulak yang tak perlu?

Haaa..kat sini laa gunanya customer Avatar nih.

Customer Avatar ni maksud dia kita kaji, kenal dan ramal dulu secara terperinci apa ciri-ciri prospek atau pelanggan yang paling sesuai untuk beli produk kita.

Dari segi jantina, sape yang patut beli, lelaki atau wanita? Sesuai tak kalau nak promote kain telekung kat orang laki? Walaupun anda pernah tengok ada lelaki yang pakai telekung waktu perhimpunan agung UMNO (tu pun sebab gimik jer tuh..dia pun meniaga kain telekung jugak sebenarnya) 😀

Tahap pendidikan pulak macam mana? Lagi tinggi kelulusan, maknanya lagi tinggi laa jawatan dan gaji dia, yer tak? Jadi, bila kita tengok pada harga produk kita, dan tengok pulak pada orang dengan kelulusan tertentu, cuba pikir dulu sama ada dia mampu tak nak beli sebelum kita start promote.

Kat mana prospek kita tinggal, pun kita patut ambik tahu jugak. Bandar-bandar atau kampung-kampung? Kalau kita ketuk pintu rumah apartmen atau kondo-kondo, lepas tu kita tanya dia punya tuan rumah:

Abang nak beli baja kompos tak? Saya nak tolak murah-murah jer ni..harga member-member…

Bila dia cepat-cepat kata tak minat, patut tak kita salahkan takdir dan tanya kenapa laa orang kita ni susah sangat nak support bisnes bangsa sendiri? 😀

Cara nak buat bisnes online guna customer Avatar ni, kalau anda paham betul-betul, anda jugak akan paham kenapa setiap kali bila kita baca surat khabar, tengok TV, atau dengar radio; tak pernah sekali pun kita nampak atau dengar iklan daripada jenama-jenama mewah, contohnya Ferrari dan Lamborghini.

Dan satu lagi kelebihan customer Avatar ni, kita akan nampak time nak buat ayat untuk iklan atau copywriting.

Tak payah nak risau sangat kalau anda rasa anda tak berapa mahir nak tulis headline memukau, ayat-ayat power, jampi serapah dan segala bagai tuh; semata-mata nak bagi orang tergila-gila untuk beli produk anda.

Sebabnya, bila anda dah tahu produk anda ni nak jual kat sape, otometik ilham untuk buat ayat iklan tu akan datang dengan sendiri..InsyaAllah.

Dan anda gerenti akan terkejut bila tengok ayat straight to the point atau ayat biasa-biasa pun sebenarnya dah lebih daripada cukup untuk yakinkan prospek kita untuk buat pembelian.

cara nak buat bisnes online

Soheh..esok kena gi cari burger bakar

5) Buat tawaran meleleh:

Ni kalau tanya mat saleh, dia akan cakap irresistible offer. Macam yang Don Vito Corleone dah pesan lama dulu:

Make him an offer he can’t refuse.

Bila kita buat bisnes ni, satu perkara yang paling susah nak elak ialah, wujudnya pesaing-pesaing.

Walaupun produk anda tu satu-satunya yang ada dalam pasaran, takde lagi orang lain yang jual, tapi bila bisnes anda dah maju, lambat-laun gerenti akan ada pesaing yang muncul.

Dia tengok anda macam senang-senang jer boleh buat duit, dia pun teringin nak merasa buat duit jugak.

Dan bila dah ramai sangat peniaga yang jual produk yang sama, masing-masing bersaing sebab nak tarik perhatian prospek yang sama, satu benda biasa yang akan kita jumpa ialah perang harga.

Kononnya sape yang jual lagi murah, dialah yang akan dapat paling ramai customer.

Taktik zaman dinosaur ni, kalau dah ramai-ramai terjebak, yang untungnya nanti cuma pelanggan. Sebab diorang dapat beli produk jauh lebih murah daripada harga pasaran.

Kita yang geng meniaga ni pulak, walaupun sale nampak macam makin banyak yang masuk, tapi untung yang kita dapat untuk satu-satu produk tu sebenarnya ciput yang amat. Langsung tak cukup nak cover balik segala kos yang kita keluarkan semasa nak promote produk tersebut.

Bila duit untung sikit, tak mampu nak cover kos marketing, gaji staf dan lain-lain; nak tak nak kita terpaksa guna dan tambah lagi duit lain. Duit simpanan contohnya.

Lama-lama nanti, bila duit simpanan pun dah kering, kita terpaksa pulak ambik bahagian modal yang patutnya kita guna untuk beli stok produk.

Last-last baru kita perasan; kononnya meniaga, ada sale masuk, ada untung, stok produk semua abih licin, tapi duit untung asyik kena guna untuk cover kos overhead jer. Nak kembangkan bisnes pun takde can.

Semuanya sebab nak sangat jual produk harga murah kannn?

Jadi, takde ke cara lain untuk kita bersaing dalam bisnes tanpa perlu buang harga dan bunuh pasaran?

Kalau nak cara lain, cara yang lebih mujarab, maknanya anda kena laa guna teknik tawaran meleleh nih.

Untuk promote produk melalui teknik ni, anda cuma perlu offer nilai tambah, bonus special atau apa saja tawaran menarik yang jarang-jarang boleh jumpa atau mustahil nak dapat kalau beli dengan pesaing anda atau kat tempat lain.

Cuba bagi jaminan-jaminan tertentu, yang akan buatkan pelanggan rasa lebih selamat untuk beli dengan anda berbanding dengan peniaga lain.

Cuba kenal pasti, apa benda yang pelanggan selalu dok risau sangat, setiap kali nak beli mana-mana produk dengan kebanyakan penjual.

Kalau barang tak sampai, apa jaminan yang boleh anda bagi?

Kalau barang sampai tapi rosak, atau pelanggan rasa tak sama macam yang anda iklankan, sanggup tak anda ganti dengan yang baru?

Buatnya produk tak berkesan, berani tak anda bagi money back guarantee dua kali ganda harga produk?

Ada tak apa-apa ganjaran (loyalty point, tebus hadiah atau lain-lain) yang anda nak bagi untuk tarik prospek jadi pelanggan setia?

Masukkan elemen tawaran meleleh ni dalam promosi anda, dan anda boleh terus tidur lena dan buat tak reti jer kalau dengar ada peniaga yang main harga.

Takyah dok pikir-pikir takut pelanggan lari ke apa. Bukan setakat tak perlu kalut turun harga, nak jual dengan harga lagi mahal pun pelanggan tak kisah.

6) Cari starving crowd:

Kalau time-time bulan Ramadan, apa antara benda yang orang paling excited nak buat? Benda ni biasanya akan bertambah hot dan trending bila sampai lagi 2-3 jam nak bukak posa.

Yup..upacara pilih dan beli juadah berbuka kat bazar Ramadan 😀

Yang sebenarnya, kita tak pilih pun. Nampak yang tu sedap, kita beli. Tengok yang ni murah, kita sambar. Kalau boleh, segala juadah yang ada kat bazar tu kita nak beli sikit-sikit. Biar dapat rasa semua. Al-maklum laa..terliur punya pasal. Dah sehari suntuk tak jamah nasik kan?

Tapi bila masuk jer waktu Maghrib, pekena air sirap barang segelas, abih nasik sepinggan, terus hilang rasa lapar dan terliur tadi.

Baki segala kuih-muih yang dah terbeli tuh? Tak makan, takut dikata membazir. Nak makan, perut dah tak larat nak isi.

Sudahnya, terpaksa laa simpan dulu bawah tudung saji atau masuk dalam peti sejuk. Balik Terawih karang baru sambung makan balik. Tak pun, kira ‘jamak’ jer terus dengan waktu sahur nanti. Tu pun kalau tak basi lagi laa 😀

Bila pikir-pikir balik, baru kita sedar. Kita ke bazar Ramadan dan ter-shopping tanpa niat, bukan sebab juadah tu dah setahun kita tak jumpa, bukan jugak sebab awek cun atau abang sado yang jaga gerai, dan bukan jugak sebab murah, tapi lebih kepada sebab kita rasa lapar semata-mata.

Jadi, berbalik kepada cara nak buat bisnes online, lepas dah buat tawaran meleleh, tugas yang seterusnya ialah cari starving crowd kepada produk anda, atau “pelanggan yang tengah lapar”.

Jenis pelanggan yang memang takkan cakap banyak dan tak sabar-sabar nak cucuk ATM untuk hulur duit kepada anda 😀

Cer tengok pemandu kereta yang tersadai tepi jalan sebab kehabisan minyak. Kalau kita offer nak tolong dia untuk belikan minyak, memang dia takkan memilih dah tu minyak Petronas ke, Shell ke, Caltex ke…

Begitu jugak orang yang lari maraton. Kalau kita bagi air sejuk kosong pun, satu botol besar tu pun dia boleh habiskan. Memang mengada-ngada la kalau dia tolak sebab nak air sirap limau atau 100PLUS.

Kita ambik satu lagi contoh. Katakanlah anda nak promote ebook panduan buat iklan berbayar FB atau FB Ads.

Kalau anda target orang yang dah biasa layan FB, atau orang yang baru nak start meniaga di FB, atau mungkin jugak orang yang baru nak kenal FB Ads, rasa-rasanya dah cukup syarat kot untuk anda tarik prospek yang mungkin minat nak beli ebook anda.

Cuma adalah lebih afdal kalau anda target prospek dari kalangan orang yang dah biasa guna FB Ads, pernah rugi beratus atau beribu-ribu ringgit duit modal FB Ads, tapi still tak berjaya untuk dapatkan walau satu sale pun dari Facebook.

cara nak buat bisnes online

Otai ada pesan..nak bisnes takleh malu-malu

7) Promote atau iklankan produk:

Buat iklan ni sebenarnya cara untuk kita bagitau orang yang kita ada jual satu-satu produk atau servis.

Orang takkan datang beli walaupun cuma kita sorang jer yang jual batu permata dari bulan. Tapi orang akan mula datang beli bila dia TAHU yang cuma kita sorang jer yang jual batu permata dari bulan 😀

Sebab itu otai-otai bisnes selalu share tip ni:

Kalau ada modal untuk start bisnes, lebihkan bajet untuk marketing, bukannya bajet untuk stok produk.

Bila masuk bab buat iklan ni, ramai antara kita yang lebih suka pilih cara free berbanding cara berbayar, betul tak? Sebab nak jimat kos katanya. Tak pun, sebab sayang nak keluar duit.

Buat cara free ni, tak bermakna takde langsung “kos tersembunyi”. Dah jimat kos duit, maknanya anda kena laa banyak guna tenaga dan masa. Nak tepek iklan di group FB, nak aktif di forum online…

Dan itulah ‘harga’ atau kos tersembunyi yang anda perlu bayar kalau pilih nak iklan cara free.

Bagi yang tak banyak masa dan tenaga, yang cuma boleh bisnes time malam-malam jer sebab siang hari kerja, balik kerja pulak dah penat dan tak suka cara susah untuk promote bisnes; diorang akan pilih cara berbayar sebab lebih cepat. Cepat nak buat dan cepat nampak hasil.

Untuk anda yang minat cara free, saya rekemen anda cuba dulu iklankan produk kat website Lelong.com, Mudah.my atau Majalah.com.

Zaman-zaman aktif kat Lelong dulu, sale yang saya dapat adalah untuk produk seluar Docker’s dan simkad nombor VIP.

Kat Mudah.my pun sama. Cuma kat sini, orang lebih suka deal cara COD. Jumpa depan-depan, tengok barang dulu, puas hati baru bayar.

Untuk bisnes print kad nama pulak, pelanggan pertama saya datang dari website Majalah.com.

Bagi anda yang ada modal lebih sikit, rasa nak try iklan berbayar, mungkin boleh cuba promote produk melalui iklan FB atau FB Ads.

FB Ads ni sempoi sikit sebab dia ada setting yang boleh kita guna untuk target prospek berdasarkan umur, jantina, lokasi, keje kat mana, masih single atau dah berpunya, dan lain-lain.

Senang cakap, kalau anda dah buat customer Avatar sebelum ni, guna FB Ads ni ibarat anda boleh tayang terus iklan kat depan mata prospek yang berminat.

Ada banyak lagi sebenarnya medium, tempat atau cara untuk buat pengiklanan berbayar nih. Tapi saya cerita pasal FB Ads jer sebab FB Ads ni saya selalu guna. Setakat ni, untung paling lumayan yang pernah saya dapat ialah RM475, dengan kos iklan lebih kurang dalam RM15. Masa tu, saya promote video panduan buat duit dengan Facebook.

Walau kat mana pun anda nak iklan nanti, nak guna cara apa sekalipun, ia tetap berbalik kepada point nombor 4 – prospek atau bakal pelanggan yang anda nak, diorang ada tak kat tempat-tempat yang anda nak iklankan tu?

8) ‘Pinjam’ audiens pelanggan:

Pinjam audiens ni kira short-cut atau jalan paling targeted, mudah dan cepat untuk anda capai prospek anda.

Untuk lebih paham maksud pinjam audiens ni, anda boleh tengok cara Bill Gates promote Sistem Operasi Windows (OS).

Masa mula-mula nak pasarkan Windows ni dulu, dia dah tahu yang bakal pelanggannya nanti mestilah orang yang dah ada komputer.

Jadi, apa yang dia buat? Dia cuma perlu deal dengan IBM untuk buat satu joint-venture atau partnership.

Dan IBM ni pulak, selaku pengeluar komputer, memang takde apa-apa masalah untuk bekerjasama dengan Bill Gates. Sebabnya pada masa tu, fokus IBM cuma dalam bidang pembuatan dan pemasaran komputer, dan bukannya sistem operasi komputer.

Kalau anda perati tengok industri bisnes online kat Malaysia, teknik pinjam audiens ni sebenarnya teknik biasa yang anda boleh jumpa hari-hari.

Untuk promote produk panduan buat duit online, cara paling mudah untuk dapat sale ialah melalui bantuan otai-otai bisnes Internet.

Macam mana nak mintak diorang tolong promote produk kita?

Para otai nih, biasanya diorang ada simpan database pelanggan dalam bentuk beribu-ribu friendlist, pengikut atau likers di page, nombor phone WhatsApp dan jugak senarai emel.

Bila dah masuk dalam database otai, kira confirm la yang semua pelanggan ni jenis minat perniagaan Internet, yer tak?

Jadi, untuk mudahkan kerja promosi, anda boleh kontek dan tanya para otai nih kalau-kalau diorang ada buat servis blast emel promosi kepada database pelanggan tu tadi.

Biasanya, diorang memang ada offer servis ni, dengan caj berbeza-beza dan bergantung pada ramai mana jumlah pelanggan yang diorang ada.

Kesimpulannya, check balik produk anda tergolong dalam bisnes atau kategori apa. Cuba siasat sape otai dalam bisnes tersebut, dan cer acah-acah tanya kot-kot dia sudi untuk bekerjasama dan bantu promote produk anda.

cara nak buat bisnes online

“Pacik..kalau saya tanya macam-macam tapi tak beli, pacik marah tak?”

9) Seni untuk close-sale:

Marketing anda buat dah cukup power, yang respon tanya pasal produk pun kemain ramai. WhatsApp tak berenti-renti masuk, yang call pun naik jenuh nak layan, yang kat FB pulak toksah cakap laa..berderet-deret komen “PM, PM, PM”.

Tapi yang peliknya, lepas kita reply, terus senyap. Bila kita bagitau jer pasal harga, terus hilang. Apa kes? Tadi beriya-iya sangat suruh PM.

Kalau itulah kesnya, tu maknanya kita sendiri yang silap. Silap sebab kita lupa nak mantopkan diri dengan ilmu close-sale, atau ilmu “nak dapatkan jualan”.

Pertama sekali kita kena paham, yang pelanggan ni macam kita jugak, manusia. Dan kita sebenarnya dah cukup bertuah sebab diorang sanggup ambik masa untuk kontek kita, dan sudi bagi peluang untuk kita cerita pasal produk.

Tapi sayang, bila kita reply WhatsApp, kita reply guna template yang penuh dengan emotikon iklan, garisan perenggan dan lain-lain. Macam bercakap dengan robot. Langsung takde human-touch.

Bila bagitau harga pulak, kita gagal untuk yakinkan pelanggan tentang nilai produk dan kenapa dia perlu bayar sebanyak tu.

Tu tak masuk lagi part untuk buat order dan bayaran. Dah la terlampau banyak step, ayat yang kita guna pulak dah macam tok mandur tengah bagi arahan kat kuli batak. Sape yang tak sentap? Niat nak beli terus tak jadi.

Lepas ni, kalau tak nak lagi terlepas sale, kena laa perbaiki cara kita berkomunikasi dengan pelanggan. Belai pelanggan dengan bahasa santai dan ayat yang lemah lembut lagi lentok 😀

Kalau pelanggan ada nak tanya apa-apa, jawab dulu soalan yang dia tanya. Soal harga kita cerita kemudian. Dan paling penting, buat pelanggan rasa selamat untuk berurusan dengan kita.

10) Buat sales tracking:

Ingat lagi kan tentang dua benda ni?

Bila kita buat pemasaran cara free, walaupun dapat jimat dari segi modal duit, tetap ada modal lain yang kita kena ‘laburkan’; iaitu tenaga dan masa.

Bila buat pemasaran berbayar, kita mungkin dapat save bajet untuk tenaga dan masa. Tapi sebagai ganti, kita kena berani untuk keluarkan lebih modal duit.

Dan mana-mana cara pemasaran pun yang kita pakai, free atau berbayar, dah tentulah kita tak buat kat satu tempat, atau guna satu teknik jer kan?

Ambik contoh cara free. Kita mungkin akan promote produk kita melalui wall FB, group FB, Instagram, blog dan forum online.

Untuk cara berbayar, mungkin kita akan guna FB Ads, Google Adwords, tempah slot banner iklan kat blog yang banyak trafik…

Bila dah promote macam-macam cara ni, timbul pulak satu tanda soal – nanti dah dapat sale, anda tahu ke sale tu datang dari mana?

Kat sini laa pentingnya kita buat sales tracking. Biar kita tahu, sumber jualan tu datang dari iklan yang mana satu.

Kenapa gelabah sangat nak kena tahu sumber jualan pulak nih?

Sebab kita nak kenal pasti iklan mana yang betul-betul berkesan dan berjaya tarik orang untuk beli produk kita. Lepas ni, untuk dapat sale, kita promote jer kat tempat atau guna cara yang sama.

Kalau guna cara berbayar, double atau triple-kan lagi modal iklan untuk dapat lebih banyak jualan.

Bagi iklan yang tak berjaya buat sale pulak, jangan lagi kita susah-susahkan diri untuk tampal iklan kat tempat sama. Bazirkan tenaga, masa atau duit, tapi hasilnya kosong. Telur ayam 😀

cara nak buat bisnes online

Best ada database nih..ada promosi buleh roger-roger

11) Simpan database pelanggan:

Selalunya, bila ada prospek kontek anda nak tanya pasal produk, dah semestinya anda jawab semua yang dia nak tahu kan? Bagitau detail tentang produk, cerita pasal harga dan segala macam lagilah, kan?

Dah tahu harga produk, katakanlah dia senyap. Langsung takde bagitau jadi beli ke tak. Lepas tu, apa anda buat? Anda pun senyap jugak? Dah tak kontek-kontek lagi dah prospek tu tadi?

Tak pun, yang biasa jadi, anda terus delete nombor WhatsApp dia? Yer lah..dah orang tak nak beli, takkan kita nak paksa pulak, yer tak?

Anda silap. Prospek yang belum bertukar kepada pelanggan ni, sekali dia tak minat nak beli, tak bermakna selama-lamanya dia tak hingin nak jadi pelanggan anda.

Prospek ni anda boleh kontek balik dan tanya atau promote lagi di lain masa. Teknik ni biasa orang panggil follow-up. Dan anda pasti rasa tak sangka bila tahu kali pertama dia tak beli bukannya sebab apa sangat, tapi sebab lupa.

Maklum laa..shopping online kat pejabat, kena pulak dekat-dekat time nak balik kerja. Aci jer nak tanya detail payment, tiba-tiba laki call, cakap dah tunggu kat bawah. Ingat nak bank-in kat rumah, tapi bila dah uruskan anak-anak, nak masak lagi untuk makan malam, terus tak ingat apa dah 😀

Itu untuk prospek yang belum jadi pelanggan. Macam mana pulak dengan pelanggan yang dah pernah membeli dengan anda? Lepas dia dah order, buat payment, anda pun dah pos barang, terus abih kat situ? Nanti nak buat sale lagi, cari pelanggan baru?

Yang tu satu lagi rugi besar bila kita tak simpan nombor kontek pelanggan. Nak dapat pelanggan baru, kita terpaksa kena keluarkan kos untuk marketing lagi dan lagi dan lagi. Setiap kali nak buat iklan, kena pakai modal.

Sedangkan, kalau kita simpan database pelanggan dari awal, kita dah boleh jimat kos untuk marketing. Dah tak perlu dah nak pikir kat mana nak cari pelanggan. Bila nak buat promosi produk, kita cuma perlu call, SMS atau WhatsApp jer pelanggan lama untuk dapatkan sale.

Tak caya? Saya pun takleh nak jamin sebab rezeki masing-masing Allah SWT yang tentukan.

Tapi fakta yang kita kena tahu, pelanggan lebih mudah membeli dengan orang yang dia dah kenal atau orang yang dia percaya. Bila dah pernah beli kali pertama, maknanya dia dah percaya laa tu..tak gitu?

Jadi, lepas ni kena ingat, tukar rutin biasa anda. Daripada delete nombor WhatsApp prospek atau pelanggan, adalah lebih baik anda simpan dulu dan kumpul dalam satu database. Nanti lain kali gerenti boleh guna lagi. Takde luak mana aih memori kad smartphone anda 😀

Wokeh..sekarang anda dah pun tahu semua step-by-step [cara nak buat bisnes online]. Rasanya dah boleh la kot kalau anda nak terus terjun buat bisnes sekarang. Tapi dalam pada tu, mungkin ada antara anda yang tertanya-tanya:

Ni untuk orang yang belum ada produk. Kalau saya dah ada produk, cemana pulak? Agak-agaknya boleh adjust tak kalau tak nak bagi produk tu terus jadi bahan penyendal pintu?

Takde masalah sebenarnya. Tengok balik langkah pertama dan cuba apply pada produk anda – apa masalah orang yang produk anda boleh bantu selesaikan? Mulakan dari situ.

Dan terpulang pada anda kalau anda nak skip mana-mana step selepas tu. Kalau anda dah skip dan bisnes anda masih menjadi, maka itu dah rezeki anda..Alhamdulillah.

Apa yang saya tulis ni adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri, pemerhatian bila tengok cara otai-otai buat bisnes, dan perkongsian ilmu serba sedikit yang saya kutip daripada panduan-panduan bisnes dan seminar perniagaan yang pernah saya hadiri.

Kalau anda rasa apa yang “serba sedikit” ni masih lagi tak cukup, kalau boleh nak jugak merasa “serba sebanyak”, saya rekemen anda gali dan korek lagi rahsia bisnes ni dengan bro Faisal Abdullah melalui video panduan Cara Mula Bisnes RM2,000 atau MB2000.

Bro Faisal ni adalah sahabat merangkap cikgu bisnes saya.

MB2000 ni akan dedahkan pada anda macam mana nak start meniaga online dalam masa 48 jam dan jana RM2,000 sebulan tanpa sebarang produk dan kos marketing.

Ingat lagi step pertama tentang validate produk?

Kalau anda was-was tak tahu cara betul untuk validate, ayat macam mana yang paling mujarab untuk tarik orang komen, dalam MB2000 ni bro Faisal ada sertakan skrip ‘berhantu’ yang boleh kita guna. Cuma perlu copy and paste, dan sesuaikan dengan produk yang kita jual.

Anda minat nak berniaga, tapi malu-malu nak menjual? Mudah rasa down bila orang reject produk anda? Bro Faisal ada cara untuk selesaikan masalah ni, cara yang betul-betul lain daripada biasa. Tengok video MB2000 ni, nanti anda akan tahu.

Point nombor 10 “cara nak buat bisnes online”, saya ada terangkan tentang sales tracking kan? Sebenarnya, ilmu ni saya share daripada bro Faisal sendiri.

Nanti bila anda dah jadi klien MB2000, anda boleh tanya direct dengan bro Faisal macam mana teknik paling sempoi, paling senang nak buat untuk detect satu-satu sales tu sumbernya dari mana.

Bagi anda yang dah buat keputusan untuk upgrade-kan diri dengan ilmu bisnes MB2000 ni, hari ni memang hari bertuah anda.

Sebabnya, saya tengah berkira-kira nak hadiahkan satu lagi video panduan cara buat duit dari rumah sebagai bonus tambahan bila anda dapatkan MB2000 ni melalui link yang akan saya bagi kat bawah nanti.

Untuk bonus tambahan ni, anda boleh pilih SALAH SATU daripada tiga pakej video berikut (ke nak semua? Err..kalau nak semua, kena tunggu saya buat offer baru di lain masa 😀 ):

cara nak buat bisnes online

Buat duit dengan Facebook tanpa produk sendiri

1) FB Affiliate Income:

Video tutorial macam mana nak buat duit dengan bisnes affiliate melalui FB. Cara nak promote bisnes pun cuma guna wall dan group FB.

Video ni, kalau anda beli terus dari website owner, harganya RM200. Tapi dengan MB2000 ni, anda dapat free of charge (jangan risau..video ni dalam BM).

cara nak buat bisnes online

Sistem, teknik dan setting-setting bisnes untuk dapatkan customer berduit dari FB

2) Sistem X – FB Stable Income:

Pun video dalam BM (tajuk jer mat saleh). Dalam video ni, anda akan dapat lihat sistem, teknik dan strategi yang diguna pakai oleh sorang otai usahawan Internet untuk jana empat ke lima angka setiap bulan dari FB, secara konsisten.

Kalau anda pernah kena satu dua masalah ni, agaknya video ni memang dah ditakdirkan untuk jadi milik anda:

– like banyak tapi sale takdak

– duit iklan dah banyak abis tapi tak berbaloi dengan sale masuk

– dulu pelanggan ramai, tapi sekarang dah makin susut

– tak pernah merasa repeat order daripada pelanggan

Video ni kalau beli kat luar, kena ready siap-siap RM100. Tapi dengan MB2000 ni, saya nak bagi free jer.

cara nak buat bisnes online

Cara nak cari produk hot, trusted supplier dan promote di FB

3) Mudahnya Bisnes Facebook:

Video panduan cara-cara nak promote produk fizikal di FB, termasuk la senarai hot 50 jenis produk kecantikan dan jugak senarai nama supplier yang boleh dipercayai.

Video ni saja nilai dia RM100. Tapi kalau tak nak melayang RM100 ni, anda wajib kena dapatkan MB2000 dulu 😀

Dah pilih masak-masak dah bonus mana satu yang paling anda berkenan? Kalau dah, anda klik dan tengok dulu video percuma ni – MB2000.

Nanti dah tengok sampai hujung, bro Faisal akan tunjuk jalan macam mana nak grab versi penuh pakej video MB2000.

Bila bro Faisal dah confirm anda sebagai salah sorang klien VIP, sila hantar emel kat saya di alamat admin[@]amirmazlan.com dan bagitau bonus nombor berapa yang jadi pilihan anda (gantikan [@] dengan @).

Digiprove sealCopyright secured by Digiprove © 2016-2017

Nak jadi antara orang pertama baca setiap kali ada artikel baru?

Isikan nama glamer dan alamat emel anda kat bawah yer..

Emel anda selamat bersama kami. Dan kami janji takkan SPAM emel anda, kerana seperti anda, kami jugak menyampah dengan SPAM!

Comments
  1. Kerja Sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge