Pakar pemasaran Instagram ni dedah rahsia kenapa orang sekarang lebih suka layan IG berbanding FB

pakar pemasaran instagram

Pakar pemasaran Instagram yang bagitau..

Lebih kurang dua tiga hari yang lepas, saya ada terbaca satu tulisan yang di-share oleh salah sorang pakar pemasaran Instagram iaitu Bro Ismail Arsad.

Dalam tulisan tu dia ada cerita tentang kisah dia bersama sanak saudara masa hari raya yang lepas.

Bila time-time raya ni, memang benda biasa la kan kalau malam-malam ahli keluarga duduk rilek-rilek sambil sembang-sembang sesama sendiri; borak pasal kerja, cakap pasal bisnes, tanya khabar tentang keluarga..

Sambil dok santai-santai tu, sempat jugak Bro Ismail perhati tengok gelagat sebahagian ahli keluarganya, terutama sekali yang level anak-anak sedara, yang masih muda belia.

Ramai antaranya yang Bro Ismail perasan kemain syok lagi dok tilik smartfon masing-masing.

Ada yang chatting WhatsApp, komen FB, dan yang paling femes; layan Instagram.

Kejap-kejap skrol gambar, kejap-kejap komen gambar, last-last senyum sorang-sorang.

Itu time raya.

Ada sekali tu Bro Ismail diajak untuk berkongsi ilmu tentang bisnes online dengan student-student universiti.

Dah nama pakar pemasaran Instagram, sekali-sekala memang takleh lari kena bagi talk depan orang ramai 😀

Terlanjur dah bagi talk tu, Bro Ismail cuba jugak tanya-tanya dengan budak-budak U nih – antara Facebook dan Instagram, mana satu lagi best?

Diorang cakap, diorang lagi suka lepak di Instagram.

Aik..cemana buleh jadi gitu? Bukan Facebook lagi syok ke?

Antara jawapan yang Bro Ismail dapat, diorang dah menyampah dengan Facebook sebab banyak sangat iklan. Atas bawah tengah tepi iklan tak berenti-renti.

Dan diorang jugak lagi suka jamu mata tengok gambar kawan-kawan daripada ngadap status kosong FB. Boring.

Jadi memang betul laa orang dok sok-sek sok-sek selama ni. Ramai kaki FB yang sekarang ni dah start packing dan pakat pindah ke Instagram.

buat duit dengan instagram

#akuyangselfiekoyangpanas #igakuakupunyasuka

Tapi ni jugak berita baik sebenarnya untuk orang yang berniaga..sebab kita dah tahu kat mana port baru geng-geng orang muda nih.

Kalau sebelum ni kita promote bisnes di FB, sales pun mungkin dah slow sikit, sekarang ni memang timing yang paling sesuai untuk kita tambah lagi channel pemasaran dan mula berniaga di Instagram.

Tapi, dalam dok excited nak buat duit dengan Instagram tu, jangan pulak kita lupa satu benda ni.

Orang makin bosan dengan FB sebab FB sendat dengan iklan. Senang citer, orang lari dari FB sebab diorang tak larat dah asyik kena paksa tengok iklan.

Kalau layan Instagram, diorang hanya akan nampak post dan gambar dari akaun yang diorang follow jer.

Cuma baru-baru ni jer timbul Instagram Ads dan tu pun sekali-sekala jer kita nampak iklan selang beberapa post.

Bila dah jadi macam ni, mesti kita terpikir:

Macam payah jer nak menjual di Instagram ni. Kalau dah semua tak lalu nak tengok iklan, macam mana kita nak promosi produk di Instagram?

Rilekkk. Jangan stress dulu. Dalam setiap kepayahan, pasti ada banyak kesenangan. Pakar pemasaran Instagram kita ni gerenti ada buah idea untuk setel problem ni.

Ikut pengalaman Bro Ismail, konsep Instagram ni, sekali orang dah tertarik dengan akaun kita dan isinya, diorang pasti akan jadi follower tanpa banyak cakap.

Ada cara yang betul untuk buatkan diorang klik butang follow tanpa disuruh. Dan daripada follower, bertukar pulak jadi kastemer.

Walaupun asalnya meluat dengan iklan, tak bermakna diorang ni langsung tak berkenan nak cuci-cuci mata tengok produk yang diorang minat.

Jadi, mandangkan diorang dah memang minat dengan produk kita, ada strategi yang boleh diguna untuk bolehkan diorang follow kita.

Secara tak langsung, diorang akan rela hati untuk tengok iklan kita dan tak kisah pun sebab kita cuma bagitau tentang sesuatu yang memang ada kena-mengena dengan apa yang diorang minat.

berniaga di instagram

U follow, I follow? Tak..U follow, I minat, baru I follow 🙂

Facebook vs Instagram

Dalam Facebook, setiap page ada butang likes masing-masing. Kita klik like bila kita suka dengan satu-satu bisnes atau kedai di FB.

Cuma yang tak gemornya FB ni, bukan setakat iklan dari page yang kita like jer akan muncul kat newsfeed.

Iklan-iklan dari page lain, page yang kita tak pernah like pun, confirm akan ada sekali.

Itu baru kat newsfeed. Tak masuk lagi kat group-group. Memang berlambak-lambak iklan yang takde kaitan dengan kita.

Baik iklan sponsored, mahupun iklan free daripada kaki-kaki bisnes di FB.

Tak macam Instagram.

Bila kita follow mana-mana IGshop atau akaun, cuma iklan atau post dari diorang jer laa yang akan kita nampak kat IG feed.

Takde la serabut sangat sebab kita follow kerana minat. Memang dah niat awal-awal yang satu hari nanti kita nak beli produk diorang.

Kalau ada pun iklan tentang produk lain, tu cuma iklan berbayar dari Instagram Ads.

Kadang-kadang kita nampak la iklan jenis ni. Biasanya lepas beberapa post kita skrol, baru dia muncul sekali.

Pakar pemasaran Instagram – ada apa dengan IG?

Kata Bro Ismail, IG ni asasnya tempat atau platform untuk kita share gambar dan video pendek dengan followers kita.

Jadi sebagai usahawan, kita boleh guna Instagram ni untuk kembangkan bisnes, jenama dan jugak sebagai pasaran baru untuk produk kita.

Memang rugi kalau kita tak ambik peluang ni untuk buat duit dengan Instagram sebab:

  • nak buka akaun Instagram ni free jer
  • tempat lepak popular dan penggunanya makin bertambah tiap hari
  • selain untuk buat sales, boleh manfaatkan sebagai empayar branding
  • senang nak guna dan tak banyak fungsi yang boleh peningkan kepala
  • lubuk untuk cari prospek baru, sebab ramai antara diorang ni memang dah jarang singgah Facebook
promosi produk di instagram

Tilik IG, makan IG, tido IG..

Cuma sebelum nak start pemasaran di Instagram tu, pastikan kita paham dulu yang IG ni tak lebih sekadar satu alat.

Macam mana bagus sekalipun alat ni, kalau kita tak reti lenggok cara nak guna, memang takkan datang apa-apa kesan untuk bisnes kita.

Boleh jadi stail kita menjual di FB mujarab untuk tarik sales. Tapi bila guna cara sama kat IG, langsung takleh pakai.

Begitu jugak dengan pilihan produk. Tak semua produk boleh laku bila kita promote, nak-nak lagi kalau kita tak ambik tahu sape audience yang ada di IG.

Untuk bantu anda kuasai semua skil penting ni, Bro Ismail sedia tunjukkan kat mana jalan pintasnya.

Dan yang buatkan lagi power, bukan dia sorang jer nanti yang akan guide anda. Tapi dia bergabung sekali dengan tiga orang lagi “pakar pemasaran Instagram”.

Anda bayangkan la..bila empat orang jeneral Insta join sekapal.

Semuanya dah ready siap-siap untuk berparang dan berperang. Semata-mata nak bantu anda untuk cover selok-belok ‘pertarungan’ bisnes di Instagram.

Oh yer..ada satu lagi benda mahal yang empat orang cikgu ni nak bagi kat anda.

Sambil-sambil anda study rahsia pemasaran Instagram ni sampai muntah, nanti diorang akan tolong senyap-senyap untuk naikkan followers IG anda.

Servis naikkan followers ni diorang akan bagi free-free kat anda selama tiga bulan. Bukan fake followers yer, tapi real dan targeted followers. Giler punya best..tak nak ke?

Kalau nak, jom ambik masa kejap dan check detail kat sini – Combo Insta.

Dengar khabarnya, tawaran hot lagi meleleh ni diorang bukak sampai tengah malam 11 Mei ni jer.

Masuk jer 12 Mei, anda still lagi boleh belajar skil pemasaran di Instagram nih.

Tapi daripada empat orang sifu, anda cuma boleh berguru dengan sorang cikgu jer lagi.

Cikgu ni nama dia bro Aulis Uwais. Segala rahsia dan teknik nak buat duit dengan Instagram ni ada dia ajar step by step kat sini – Gerila Instagram.

Cuma buat masa ni bro Aulis tengah nak update website Gerila Instagram nih. Dia tak janji pulak bila boleh siap. Paling cepat pun, mungkin lepas raya nanti.

Digiprove sealCopyright secured by Digiprove © 2017

Nak jadi antara orang pertama baca setiap kali ada artikel baru?

Isikan nama glamer dan alamat emel anda kat bawah yer..

Emel anda selamat bersama kami. Dan kami janji takkan SPAM, kerana seperti anda, kami jugak menyampah dengan SPAM!

Comments
  1. Ikhwan
  2. aziana

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge