Macam mana nak cari duit lebih dengan bisnes modal rendah tapi menguntungkan

macam mana nak cari duit lebihAnda tengah ketuk-ketuk butang keyboard ke tadi? Kemain lagi khusyuk dok tanya Pakcik Google macam mana nak cari duit lebih dari rumah dengan bisnes yang tak pakai modal besar 😀

Kalau betul laa itu yang anda tengah cari, saya ada satu bisnes best nak rekemen kat anda.

Apa kata kalau anda try usha bisnes ebook?

Kenapa best?

Meh saya share kisah benar sorang cikgu kenapa dia rasa bisnes ebook ni best dan kenapa dia suka sangat-sangat dengan bisnes ni.

Cikgu yang saya nak cerita ni nama glamer dia CikguHafis.

Tak ramai orang yang tahu fakta bisnes ebook nih.

Bagi sebuah ebook yang kita dah siap tulis, dan ready untuk dijual, potensi pendapatan dia boleh cecah antara RM20,000 hingga la ke RM40,000.

Yup..untuk sebijik ebook. Bukan banyak-banyak bijik yer. Just tulis sebuah ebook jer.

Dan pendapatan ni bukan dapat sekali tu jer. Sebaliknya, anda jugak boleh hasilkan long term stable income dengan bisnes ni.

Nanti CikguHafis dedahkan cara dia macam mana nak buat semua ni.

Sekali pikir, pelik jugak kan CikguHafis ni..

Dah tahu boleh buat duit banyak, apasal nak bagitau orang pulak? Senyap-senyap dah la. Makan jer sorang-sorang..lagi syok, lagi kenyang.

Tapi bagi CikguHafis..

Lagi banyak yang kita kongsi, lagi banyak yang kita akan dapat.

Tu dia. Kita dengar pun rasa insaf. Rasa nak menitik air mata jantan. Gituu 😀

Mula-mula dulu, CikguHafis tak percaya jugak. Macam mana nak cari duit lebih dengan bisnes ebook nih. Yer ke boleh buat duit? Ada ke orang nak beli?

Tapi lepas dah buat sekali, Alhamdulillah, rezeki tak putus-putus.

cikguhafis

Botak itu mahkota lelaki..heh..

Sebelum kita terus sembang tentang bisnes ebook ni, meh kita kenal dulu sepintas lalu sape sebenarnya CikguHafis nih.

Kalau tengok dalam IC, CikguHafis ni nama panjang dia Mohamad Hafis Bin Mohammed Anuar.

Kerja dia mengadap Internet sepenuh masa, speaker dan jugak coach kepada ramai usahawan online, terutama sekali yang terlibat dengan bisnes produk digital.

Dalam dunia buat duit online, CikguHafis ni boleh tahan jugak dia punya tahap glamer. Sampaikan Astro Awani dan TV Al-Hijrah pun pernah jemput dia untuk share tentang bisnes yang dia buat ni.

buat duit online

“Meh saya ajar macam mana nak cari duit lebih cara online. Mula-mula buat gini..”

bisnes modal rendah

Ambik gambar sket..nanti nak post kat FB 😀

Rasanya cukup la kot kita up citer pasal CikguHafis. Sambung balik fokus tentang potensi bisnes ebook sebagai cara buat duit dari rumah.

Sebenarnya macam mana bisnes ni boleh bagi kita income yang kencang?

Sebelum nak hurai lebih detail, CikguHafis nak share dulu bukti pendapatan yang dia pernah terima hasil jual ebook:

buat duit dari rumah

5 angka seminggu

peluang perniagaan online

Berderet sales..dari hujung tahun sampai awal tahun

Boleh kata setiap minggu, purata sales yang dia dapat lebih dari RM10,000. Tu baru seminggu, belum lagi masuk sebulan..

Still rasa tak yakin macam mana nak cari duit lebih dengan bisnes ebook?

Jom kita tengok pulak sales daripada salah sorang student CikguHafis, jugak hasil jual ebook.

cara cari duit sampingan

Tulis jer apa yang kita minat, dan start buat duit

Student ni sebenarnya sorang akak yang umur pun dah masuk 5 series. Dia cuma tulis ebook yang ada kaitan dengan minat dan hobi dia jer, iaitu buat kek.

cara nak tambah pendapatan

Hilang penat menulis, duit pulak rasa macam jatuh dari langit..

Nak tengok ebook yang dia tulis? Ini laa rupa dia..

jana pendapatan dari rumah

Gunakan minat, pengetahuan, kepakaran atau pengalaman anda sebagai idea untuk tulis ebook

Dia cuma ambik masa seminggu untuk siapkan ebook yang ada 16 resepi ni. Jumlah muka surat semua sekali ada 35.

Semua resepi tu asalnya dia tulis atas kertas jer. Pastu dia bagi kat anak sedara mintak tolong taipkan, sebab dia tak reti nak guna Microsoft Words 😀

Senang cakap, sape-sape jer boleh jana pendapatan dari rumah yang lumayan dengan bisnes ebook..InsyaAllah.

Dan anda jugak boleh jadikan bisnes ni sebagai cara nak tambah pendapatan untuk jangka masa panjang, sebab:

#1) tulis ebook cuma sekali, tapi boleh jual berulang kali

Nak tulis ebook ni ada yang makan masa seminggu. Ada jugak yang sampai tiga bulan.

Kalau ada banyak tajuk ebook, maka kena laa anda ambik masa lagi lama. Sebab setiap tajuk perlu buat asing-asing. Satu tajuk, satu ebook.

Nak buat cemana..yer tak? Dah tu jer caranya “macam mana nak cari duit lebih” dengan bisnes ebook. Nak jual ebook, mesti kena ada ebook dulu 😀

Tapi yang seksa nak menulis sampai seminggu ke, tiga bulan ke, penatnya cuma sekali tu jer la.

Bila ebook siap jer nanti, terus boleh jual banyak-banyak kali. Seberapa banyak kali yang anda suka.

#2) almost zero cost

Daripada segi kos nak terbitkan ebook, boleh kata takde langsung sebab ebook ni anda tak perlu cetak atau print.

Tulis jer guna Microsoft Word, lepas tu tukar dan save dalam bentuk file PDF.

Kalau pun ada kos, cuma kos api dan Internet jer lah.

Nak hantar ebook pun kita takyah pakai pos. Dah nama pun produk digital kan? Nanti bila dah dapat jer bukti pembelian daripada kastemer, terus kita hantar guna emel.

#3) boleh jual harga mahal

Kalau anda perati tengok, harga buku di kedai buku di Malaysia nih rata-ratanya antara RM20-RM50. Lebih kurang gitulah..

Tapi kalau anda tengok harga ebook pulak, RM50 sebijik tu kira dah murah dah tuh.

Dan anda jangan tak tahu, ada ebook yang orang jual sampai RM700! Contohnya:

perniagaan online yang menguntungkan

Rasanya ni la kot ebook paling mahal pernah jumpa setakat ni

Dah macam bayar ansuran kereta untuk dua bulan. Tapi still jugak ada ramai orang yang sanggup beli hingga ke hari ni.

Dengar-dengar khabarnya, ebook ni dah pun terjual dekat RM500,000..setengah juta beb!

Macam mana harga ebook boleh cekik darah sampai camtu sekali? Patut laa semua orang pakat kalut nak tahu [macam mana nak cari duit lebih] dengan bisnes ebook.

Sebabnya..

Kalau kita beli buku biasa, selalunya penerangan yang ada dalam buku tu boleh kata general sangat. Tak detail mana.

Kalau ada perubahan terbaru pada isi kandungan pulak, biasanya pembeli memang takkan terima apa-apa update.

Tapi dengan ebook, setiap point akan diterangkan dengan lebih detail dan step-by-step, isi kandungan boleh ubah bila-bila masa, pembeli pulak akan dapat update percuma dan ada support daripada tukang tulis ebook; sama ada melalui emel, group FB dan lain-lain.

Tu pasal boleh kapak harga mahal 😀

#4) untung bersih hampir 100%

Disebabkan kos nak buat ebook ni ciput, kita akan dapat untung bersih yang sangat tinggi untuk setiap ebook yang kita jual.

Bayangkan satu ebook anda letak harga RM100. Anda buat marketing baik punya, dan target untuk dapat 100 sales sebulan. Dah cecah income RM10,000 tuu..

Dan RM10,000 tu jugak laa untung bersih anda. Kalau nak kira detail, tolak jer kos api air Internet..paling tinggi pun RM500. Still lagi untung RM9,500 dalam tangan..InsyaAllah.

Itu baru satu ebook. Kalau anda rajin tulis 2-3 ebook sebulan? Hoho..kira sendiri la yer 😀

So, amacam? Masih lagi tak nampak jalan macam mana nak cari duit lebih dengan jual ebook?

#5) tak banyak persaingan – unik

Selalunya bila orang nak start bisnes online, dia akan nampak produk fizikal jer yang boleh jual. Jual tudung, baju, perfume..

Kalau tudung tengah hot, pakat ramai-ramai jual tudung.

Kalau perfume tengah trending, pakat berjemaah promote perfume.

Hasilnya, timbul laa persaingan. Bila banyak persaingan, orang akan mula compare-compare harga. Dan yang geramnya, bila ada peniaga yang start main harga.

Jual harga murah giler, untung kecik pun tak kisah..janji dapat kejar sales.

Kalau dulu senang-senang nak untung RM20 untuk selai tudung, sekarang ni letak harga sama mesti orang cakap mahal. Konon-konon kat tempat lain ada yang jual lagi murah. Jemm..

Tapi dengan bisnes ebook, kita boleh buang semua persaingan tu dengan buat content yang unik.

Unik tak semestinya kena buat benda baru. Unik boleh jadi benda yang lebih kurang sama, tapi kita sampaikan dalam sudut yang berbeza-beza.

Ambik contoh dua ebook tentang cara nak kuruskan badan ni. Kita tengok macam mana cara ebook ni ditulis:

peluang perniagaan di rumah

Dua-dua ebook ni cerita tentang rahsia nak turunkan berat badan. Tapi disebabkan owner dia masing-masing tulis cara yang berlainan, maka kedua-dua ebook ni jadi unik. Idea sama, method lain-lain.

#6) boleh jual bundle dan lagi banyak untung!

Sebelum buat ebook, CikguHafis ni dulu pernah jugak jual t-shirt. Bisnes t-shirt ni boleh kata antara cara paling cepat macam mana nak cari duit lebih dari Internet.

cara nak buat duit

Untuk tarik lebih banyak sales, salah satu taktik yang CikguHafis selalu buat ialah offer t-shirt ni dalam bentuk bundle. Kastemer memang suka cara ni sebab boleh dapat harga murah.

cara bisnes online

Ingat nak beli selai..sekali kena ayat bodek, terus beli tiga

Cuma yang slacknya, walau macam mana murah sekalipun CikguHafis nak jual, harga dia tetap takleh nak turun hingga RM60-RM90 untuk pakej tiga helai t-shirt.

Paling murah pun CikguHafis boleh bagi, mungkin RM150 untuk ketiga-tiga t-shirt ni. Lepas tolak semua kos, boleh laa untung sikit-sikit.

Tapi bila CikguHafis jual bundle produk ebook, contohnya camni:

bisnes online malaysia

Banyak jugak produk CikguHafis nih

Kalau nak ikutkan jumlah semua sekali, pakej ni harga dia RM650. Tapi CikguHafis still boleh bagi diskaun kaw-kaw sampai harga RM200 untuk tiga-tiga produk ni.

Langsung takde rasa rugi atau terbeban. Kot-kot mana pun CikguHafis tetap untung.

Dengan strategi bundle camni, sales CikguHafis akan naik hingga 3-4 kali ganda berbanding hari biasa:

bisnes ebook

Hari-hari ada jer orang order

cara nak tambah pendapatan

Ni kalau nak screenshot semua, mau panjang lagi nih

#7) boleh buat pasif income

Pernah terpikir macam mana nak cari duit lebih dari Internet dan jadikan sebagai pasif income?

Ada sesetengah ebook (bukan semua yer – yang taraf evergreen jer) yang kita cuma kena buat sekali, setup apa yang patut dan lepas tu tinggal gitu jer.

Setiap bulan memang akan ada sale masuk. Contohnya:

perniagaan dari rumah

Senyum lebor tokey dia..

CikguHafis ada jugak korek-korek rahsia dengan tuan punya ebook ni.

Kata dia, ebook ni kalau tak silap dah ada kat Internet sejak tahun 2009 lagi. Tapi sampai ke hari ni, still ada orang yang tercari-cari untuk dapatkan ebook ni.

Bila anda taip jer keyword pelaburan emas, rahsia emas, nak labur emas, buat duit dengan pelaburan emas; ebook ni gerenti akan keluar kat first page Google.

Sekali dah pegang ranking first page tu, nak-nak pulak keyword yang ramai orang dok search, tu tandanya anda dah separuh jalan nak berjaya dengan bisnes Internet.

Yer la kan..asal orang cari jer keyword tertentu, terus jumpa ebook anda. Tinggal nak close sale jer.

Sekarang anda dah nampak potensi besar dan betapa bestnya peluang perniagaan online dengan bisnes ebook ni.

Kalau nak ikutkan, ada berlambak lagi point yang CikguHafis nak explain. Tapi dia stop dulu setakat ni..takut nanti anda naik boring pulak nak baca panjang sangat 😀

Bagi anda yang masih banyak masa free, tak kisah nak baca lagi banyak info untuk bantu lebih paham MACAM MANA NAK CARI DUIT LEBIH dengan bisnes ebook, boleh sambung tambah ilmu dengan CikguHafis kat sini – Rahsia Bisnes Ebook.

p.s: nak dengar apa kata student CikguHafis dan kenapa diorang excited sangat bila dah ada ebook sendiri? Tengok video ni..

Digiprove sealCopyright secured by Digiprove © 2017

Nak jadi antara orang pertama baca setiap kali ada artikel baru?

Isikan nama glamer dan alamat emel anda kat bawah yer..

Emel anda selamat bersama kami. Dan kami janji takkan SPAM emel anda, kerana seperti anda, kami jugak menyampah dengan SPAM!

Comments
  1. titan
  2. Ikhwan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge