Belajar Google AdWords kalau nak tahu tempat paling strategik untuk pacak iklan

belajar google adwordsKalau kita meniaga online di Facebook, atau Instagram; wajib tak kita belajar Google AdWords untuk promote produk kita?

Yer la..kalau nak guna iklan berbayar, kat Instagram dah ada Instagram Ads. Kat Facebook pun dah ada FB Ads.

Jadi, wajib tak untuk kita tambah satu lagi channel pemasaran dengan Google AdWords?

Untuk jawab soalan ni, apa kata kita try dulu bongkar misteri ni..

Pernah tak anda tengok kawan anda, atau mungkin jugak kita sendiri; bila kita cuba jual produk di Instagram tapi takde sape pun yang berminat.

Orang lain jual, elok jer boleh dapat sales. Tapi bila turn kita yang jual, liat pulak nak dapat order. Langsung takde sambutan.

Sama jugak bila kita promote kat Facebook. Orang kata, jumlah pengguna FB ni ada juta-juta. Kemain lagi dia punya ramai.

Kalau dapat 1% jadi pelanggan kita, tu pun kira syukur dah. Dah lebih daripada cukup.Β Tapi, toksah kata 1%, satu orang pun belum tentu lagi ada yang sudi nak beli.

Padahal, segala macam taktik menjual kita dah buat.

Promote kat wall dah, iklan kat group pun sampai dah naik lenguh tangan..siap kena ban lagi dengan admin group. Tu tak kira lagi duit hangus buat FB Ads, tapi sales tetap jugak segan nak masuk.

Musykil sungguh dibuatnya.

Tapi kan..tak perlu nak musykil sebenarnya. Sebab takde apa pun yang pelik.

Ada dua sebab kenapa produk kita tak berapa nak laku di IG atau FB.

Yang pertamanya, boleh jadi sebab prospek atau pelanggan yang kita nak cari tu, takde kat Facebook atau Instagram. Senang cakap, diorang memang jenis tak lepak di IG atau FB.

Yang keduanya pulak, sebab dah adat orang layan media sosial.

Diorang login akaun bukan sebab nak cari atau beli barang, tapi sebab nak update status, nak tengok post malam tadi dapat berapa like, nak komen-komen gambar..

Orang tengah mood suka-suka, hepi-hepi, tapi kita pulak sibuk dok suruh diorang tengok iklan produk. Memang cabaran maha besar laa nak buat para kaki like dan komen ni bertukar kepada pembeli.

Jadi, kat mana tempat 90% orang akan selalu pergi kalau nak cari apa-apa info, testimoni atau review tentang mana-mana produk?

Jawapannya, dah sah-sah diorang akan search pakai Google.

So, belajar Google AdWords hari ni dan ambik tahu cara buat iklan di Google.

Bila kita letak iklan di Google, InsyaAllah sale pun lebih mudah nak dapat sebab kita promote kepada orang yang tengah ‘lapar’, atau dalam kata lain, prospek yang lebih berkualiti.

Lebih berkualiti sebab bila diorang dah Google tentang satu-satu produk, itu tandanya diorang serius berminat dengan produk tersebut, yer tak?

Bila dah minat, kita cuma tinggal sikit jer lagi kerja untuk yakinkan dan tukarkan diorang kepada pelanggan.

Kalau tak nak tepek iklan kat Google pun tak jadi hal. Ada jer medium iklan berbayar lain yang boleh kita guna untuk bagitau orang tentang produk kita.

Salah satu contohnya, letak iklan kat website atau blog popular yang ada trafik tinggi.

Tapi anda tahu ke berapa kos untuk iklankan produk kat website dan blog-blog power nih? Cer tanya admin Berita Harian Online, atau blog Che Det contohnya; berapa diorang caj kalau nak promote produk?

tutorial google adwords

Kalau tak ratus-ratus, mau ribu-riban peginya..

Dengan Google AdWords, dia punya caj takde laa mahal sampai camtu sekali. Terpulang pada kita berapa banyak bajet iklan yang sanggup kita laburkan. Nak start dengan modal iklan paling sikit RM5 sehari pun boleh.

Err..ada saya bagitau tak yang kita tak perlu bayar sebelum guna? Yer..letak iklan dulu, bila ada orang klik, baru bayar.

Satu lagi yang best, Google AdWords ni boleh kira sebagai “jalan tikus” untuk kita promote produk kat website-website atau blog-blog popular tadi.

Kita tak perlu deal secara direct pun dengan owner atau admin blog terbabit, tapi iklan kita still akan keluar kat blog/website diorang. Dan caj iklan yang kita perlu bayar pun jauh lebih rendah berbanding harga asal.

Belajar Google AdWords ni dan nanti anda akan tahu rahsia macam mana nak guna “jalan tikus” nih πŸ˜€

Bagi anda yang ada blog, ada website, tapi trafik pulak takde atau tak ramai; Google AdWords ni laa ubat paling mujarab untuk ‘penyakit’ anda.

Kalau takde trafik, takde orang yang tahu pasal website anda, macam mana nak dapat sale, betul tak?

Buat blog penat-penat, hias website cantik-cantik sampai sanggup tak tido malam; tapi bila orang Google tentang produk anda, link website anda keluar nun jauhhh kat page belakang.

Ibarat bukak kedai kat lorong belakang, nak orang datang membeli tapi takde sape pun yang tahu kat celah mana kedai kita.

Jadi, kena berani keluarkan modal untuk iklan. Baru laa cepat boleh lompat ke first page Google. Baru senang nak dapat trafik dan prospek.

Dah ada prospek, bagi ayat-ayat mantop sikit, terus tukar jadi kastemer..InsyaAllah πŸ˜€

Dah BELAJAR GOOGLE ADWORDS sampai pandai, anda jugak akan kuasai satu lagi ilmu iaitu cara nak tentukan sama ada produk yang anda nak jual tu hot atau tidak.

Nak tahu hot ke tak, senang jer..anda cuma perlu check, setiap bulan berapa ramai orang yang demand atau tercari-cari produk tersebut.

Dan Google AdWords ada sediakan tool yang boleh kita guna untuk check demand untuk produk nih.

Dah tahu jumlah permintaan untuk produk, dah tahu keyword apa yang diorang selalu guna untuk search tentang produk, kerja kita untuk menjual pun jadi makin mudah sebab kita dah kenal sape target audiens kita..kepada sape kita patut tayang iklan kita.

Takde lagi masalah iklan sesat sampai ke laut..nak buat ayat iklan pun dah tak perlu perah otak sampai stress. Modal untuk buat iklan pun tak terbakar sia-sia.

Bagi anda yang belum biasa, iklan Google AdWords ni boleh keluar kat banyak tempat. Port biasa dah semestinya page Google search:

cara pasang iklan di google search

First page Google, result atas sekali..itu yang orang klik dulu..

Kat website-website berita pun boleh jumpa iklan nih:

google adwords malaysia

Google AdWords biasanya ada tulis “Ads by Google” atau “Iklan oleh Google”

panduan google adwords

Kosmo Online

kursus google adwords

Tu dia..besar tak agak iklan

Kat YouTube, yang selalu dok kacau kita time tengah syok tengok video tuh:

google adwords adalah

Filem tak tengok lagi, novel pun tak baca lagi..heh..

Sampai kat apps game pun diorang sapu:

google ads malaysia

Jangan pikir bukan-bukan lak..ni bukan game judi tau. Game card biasa jer nih..

Sekarang bayangkan..bila iklan anda berlegar-legar kat semua tempat ni. Confirm hilang terus masalah takde trafik atau pengunjung ke website kan?

Dan bukan setakat berlegar-legar jer, siap iklan tu boleh ikut lagi prospek anda. Alaaa..macam yang selalu kita kena dengan Lazada tu laa.

Asal klik kat mana-mana pun, mesti terpacak iklan dia. Dah macam kena ‘saka’ pulak rasanya πŸ˜€

Jadi, kalau anda pun ada cita-cita nak meng’saka’kan prospek dengan iklan anda, meh “belajar Google AdWords” dan jangan sayang poket untuk try iklan berbayar.

Jangan malas-malas nak buat iklan. Tak cukup kalau setakat buat blog/website sekali, pastu duduk goyang kaki tunggu kastemer datang bank-in duit.

Kata nak sales kencang macam Lazada, tapi malu-malu kucing pulak nak buat marketing dan promosi macam Lazada πŸ˜€

Lazada lain laa bang..diorang modal iklan jer pun dah juta-juta RM..

Memang laa..dah diorang pun “ikan jerung”. Modal pun mesti laa tahap jerung, tak gitu?

Kita yang main liga ikan bilis ni, jangan la pulak terikut-ikut nak spend juta-juta jugak. Yang penting, start small dulu.

Start daripada asas. Belajar cara nak buat kajian pasaran. Belajar macam mana nak tarik prospek yang tepat.

Belajar cara nak buat iklan terbaik dengan modal kecik. Apa yang patut kita tulis dalam iklan, apa yang patut kita biar dulu. Jangan sampai semua benda nak sumbat dalam iklan.

Belajar macam mana nak pastikan iklan anda keluar kat page yang betul, sesuai dengan target audiens.

Belajar cara nak jimatkan kos iklan. Labur modal jangan sampai lebur.

Dan last sekali (tapi bukan cikai sekali), belajar Google AdWordsΒ ni dengan sifu yang betul. Orang yang betul-betul ada pengalaman, dan betul-betul dah buat duit lepas guna Google AdWords.

Kalau nak belajar sendiri pun takpe. Takde masalah. Cuma akan makan masa sikit dan lebih banyak modal sebab nanti anda kena godek-godek sendiri, nak kena try and error sendiri..

Kalau nak pendek masa dan jimat modal, saya rekemen anda gi berguru dulu dengan sifu Aulis Uwais.

Bro Aulis ni bukan calang-calang sifu orangnya. Bukan sekadar cikgu jadi-jadian. Dia punya pangkat Google AdWords Certified. Kiranya Google bagi sijil khas kat dia untuk ajar orang tentang AdWords.

Panduan ilmu Google AdWords ni dia tak ajar kat kelas atau seminar yer. Tapi dia rekodkan semua step by step dalam 16 video tutorial.

Kalau sebelum ni anda dah pernah bazir masa buat iklan free tapi hasilnya tak setimpal dengan usaha, atau dah pernah buat untung dan ada pasang niat nak gandakan lagi jumlah sales sedia ada, apa kata anda bagi peluang pulak kat diri anda untuk belajar Google AdWords kat sini – Gerila AdWords.

Panduan ni anda boleh dapatkan pada bila-bila masa anda suka. Website-nya InsyaAllah takkan tutup sampai bila-bila.

Cuma yang bro Aulis tak pasti, adakah pengerasnya jugak akan kekal sampai bila-bila? Sebab dah pernah naik harga beberapa kali sebelum ni πŸ˜€

Nasihat saya, tu pun kalau layak nak bagi nasihat, sambar la Gerila AdWords ni cepat-cepat sebelum harganya meroket lagi..

Digiprove sealCopyright secured by Digiprove © 2017

Nak jadi antara orang pertama baca setiap kali ada artikel baru?

Isikan nama glamer dan alamat emel anda kat bawah yer..

Emel anda selamat bersama kami. Dan kami janji takkan SPAM, kerana seperti anda, kami jugak menyampah dengan SPAM!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge