Cara buat duit dengan affiliate edisi bongkar abis, takde nak selindung-selindung lagi dah

cara buat duit dengan affiliateSape lagi yang nak tahu segala rahsia, teknik, dan cara buat duit dengan affiliate sampai dapat jadi top affiliate? Sila angkat ketiak 😀

Well, boleh jadi hari ni adalah antara hari-hari paling bertuah dalam hidup anda.

Sebabnya hari ni, hari di mana orang selatan tengah hepi beraya sakan sebab JDT menang Piala Malaysia malam tadi, adalah harinya saya nak kongsikan dengan anda STRATEGI SUPER AFFILIATE – PART 1 oleh Wazeen Azizan.

Wazeen Azizan ni sape? Beliau laa top affiliate yang saya dok cerita tu.

Tak nak cakap banyak, tak nak kona-kona, meh kita baca sama-sama apa yang bro Wazeen nak share tentang peluang perniagaan di rumah melalui bisnes affiliate.

Apa cara promosi produk yang dia guna sampai dapat kaut beribu-ribu RM dengan bisnes affiliate nih..

buat duit dengan affiliate

Ni masa bro Wazeen promote panduan buat duit dengan Instagram

kerja online dari rumah

Sales hasil promote software otai Raja Kamil

“Terima kasih kepada semua yang respon dan berminat nak tahu apa strategi yang biasa saya pakai untuk jadi top affiliate dalam mana-mana cabaran affiliate yang saya join.

Walaupun ada antara cabaran tu last-last minit jer saya dapat join, jika diizinkan Allah, tetap tersenarai sebagai salah sorang top affiliate.

Puas jugak saya pikir sama ada nak kongsi ke tak ilmu ni sebab saya ni boleh kira aktif jugak dok promote setiap kali ada cabaran affiliate daripada internet marketer (IM) lain.

Tapi tahun ni saya niat lain sikit sebab saya nak banyakkan perkongsian yang bermanfaat. Lagi banyak saya share, lagi banyak ilmu yang akan saya dapat.

Untuk post ni saya akan tulis dalam bentuk point dan sedikit jer details supaya anda paham apa yang anda kena buat. Tambahan pulak, tak lama lagi team saya akan adakan satu cabaran affiliate.

So, sementara nak nunggu hari cabaran tu, boleh la anda try praktik dulu awal-awal ilmu ni kat contest-contest affiliate lain yang sedang berlangsung sekarang.

Wokeh..tips ni sebenarnya mana-mana affiliate pun boleh guna. Dan dengan tips ni InsyaAllah boleh mantopkan lagi skil bisnes affiliate anda.

Mula-mula sekali kita biar kat tepi dulu sama ada nak kena kumpul list emel atau tak. Itu dah memang harus laa kan.

Sape-sape yang dah ada list besar tu, untung laa. Nak-nak lagi kalau guna tips ni. InsyaAllah, memang akan nampak kesan berkali ganda (hehe..sebenarnya ramai pesaing affiliate saya kat sini. Tapi takpe..kecik punya hal. Tetap saya nak share jugak).

TAPI, cara buat duit dengan affiliate ni tak semestinya wajib kena ada list dulu baru ada peluang nak bolot top affiliate. Ramai jer saya tengok sekarang ni yang takde list atau list ciput pun still berjaya menyelit dalam kelompok top affiliate.

Orait..jom kita start step-by-step dulu.

cara buat duit dari rumah

Layan XPDC selagu, “Hidup Bersama”..

 

Yang pertama, selalunya saya akan check dulu produk ni termasuk dalam niche atau kategori apa. Kalau ngam dengan niche saya, baru saya akan pertimbangkan untuk promote.

Untuk step kedua, biasanya saya akan diberi akses oleh owner produk untuk buat review dulu. Jadi, saya dapat tengok first hand apa content yang ada dalam produk tersebut.

Kalau isinya dapat bantu list atau subscribers saya, tambah lagi satu point untuk saya promote.

Tapi kalau tak dapat review free daripada owner produk, cuba beli dulu produk tersebut untuk kita paham apa kandungan yang ada dalam produk tu.

Lepas tu, saya akan tengok pulak pada salespage dan funnel produk tersebut. Kalau saya rasa conversion rate (purchase)-nya tinggi, tambah satu lagi point untuk buat saya promote.

Sebab tu, kadang-kadang saya akan test market dulu sekali dengan cuba jual kat subscribers saya.

Kalau dengan promote biasa-biasa pun saya masih dapat sales, itu maknanya ada something best tentang produk yang perlu saya bagi fokus lebih (tapi ni time produk dah launch kepada umum).

Saya tahu tips kat atas ni anda dah selalu sangat dengar dan biasa dikongsi oleh otai-otai tentang cara buat duit dengan affiliate.

Seterusnya, part yang paling penting iaitu preparation nak lawan pesaing anda. Kat sinilah TIPS penting yang anda kena tekankan. Tips ni jarang sifu nak share sebab ini adalah kunci utama yang boleh ‘musnahkan’ pesaing anda.

Bila dah cukup semua kriteria yang saya senaraikan di atas, anda wajib jadikan produk yang anda nak promote tu tak ubah macam produk sendiri.

Anggap macam produk tu anda sendiri yang hasilkan. Put your life and soul on the product.

Kemudian, BONUS. Wajib kena bagi bonus kalau nak jana pendapatan dari rumah dengan bisnes affiliate.

Cuma jangan pulak offer bonus sampah tapi sediakan bonus tahap premium. Bonus premium tu apa?

Bonus yang ada kaitan atau ada kena-mengena dengan produk utama. Saya bagi contoh, bonus yang ‘menampal’ bocor yang terdapat pada produk utama.

cara buat duit online

Kerana bocor sedikit, abih rosak basikal pinjam 😀

 

Kita kena terima hakikat bahawa produk yang kita nak promote tu tak semestinya perfect dalam semua aspek. Cover semua benda.

Jadi, tugas kita sebagai “owner baru” adalah untuk bantu kastemer kita dengan cukupkan apa yang tak ada untuk jadikan produk tersebut lebih sempurna.

Atas sebab yang samalah kadang-kadang saya cuma sediakan satu bonus jer. Tak banyak, janji bonus premium dan killer berbanding affiliate lain yang offer berlambak-lambak bonus tapi kebanyakannya tak kena atau tak masuk dengan produk utama.

Anda jugak kena pegang satu lagi tips iaitu UNIK. Cuba buatkan bonus anda unik, satu dalam sejuta berbanding orang lain yang promote produk sama.

Okeh..tips unik ni rasanya cikgu IM anda pun dah pernah share kan tentang “cara buat duit dengan affiliate” nih?

Kalau camtu, saya akan habiskan post ni dengan satu tips yang tak pernah orang share (saya rasalah kot..hehe).

Tips ni saya sentiasa buat bila saya betul-betul dah ready untuk “turun padang”.

Mungkin anda ada ternampak, kalau saya promote produk affiliate, saya takde fokuskan sangat pasal produk tersebut. Tapi saya akan tekankan tentang BONUS yang bakal kastemer saya dapat.

Saya try reverse balik dengan jadikan bonus saya tu sebagai produk utama berbanding produk asal yang sepatutnya saya promote.

Paham kan? Dengan teknik ni, saya akan terus explain secara detail tentang bonus yang akan saya bagi seolah-olah bonus tu adalah PRODUK UTAMA.

Apesal saya gi buat camtu? Yang tu biar laa rahsia dulu..haha..lagipun dah panjang sangat dah ni.

So, try amalkan dulu ilmu yang saya share ni dalam mana-mana cabaran affiliate yang ada sekarang. InsyaAllah, akan ada hasilnya. Tak kira affiliate tempatan mahupun antarabangsa.

Semoga CARA BUAT DUIT DENGAN AFFILIATE stail Wazeen ni bermanfaat untuk anda.

ps: jangan pulak ada yang ambik ilmu ni, gi buat ebook pastu jual 😀

pss: ada rugi apa-apa baca sampai hujung?

Jom baca PART 2 pulak kat sini.

Ikhlas,

Wazeen Azizan.

Sekarang anda dah pun khatam ilmu bisnes affiliate daripada bro Wazeen. Rasa macam cerah jer bijik mata kan? Sebab ada orang sudi suluhkan jalan macam mana nak jana pendapatan dari rumah dengan affiliate program Malaysia.

Dan sementara nak tunggu saya update PART 2, anda boleh jenguk-jenguk dulu air tangan terbaru daripada bro Wazeen kat website ni – SHOPIEVO 2.0.

kerja part time di rumah

SHOPIEVO ni asalnya bro Wazeen buat khas untuk tokey-tokey produk fizikal dan jugak ejen-ejen dropship.

Tujuannya nak bantu para tokey dan ejen ni untuk start buat sales menggunakan cara baru.

Tak perlu lagi dah nak penat-penat dan ambik masa berjam-jam untuk balas mesej dan reply WhatsApp, semata-mata nak layan pertanyaan prospek dan nak uruskan order kastemer.

Tapi SHOPIEVO ni tak terhad kepada produk fizikal jer. Nak guna sebagai panduan untuk promote produk affiliate pun boleh.

Kat website tu nanti anda dapat lihat testimoni daripada sorang hamba Allah yang dah berjaya buat tujuh angka dengan bisnes affiliate, hasil promote menggunakan teknik yang bro Wazeen ajar dalam SHOPIEVO.

Dan kalau anda tak nak terlepas satu lagi benda best tentang “cara buat duit dengan affiliate”, sila gagahkan diri untuk check kat sini dan perati tengok BONUS NO. 5 – BONUS SHOPIEVO.

Digiprove sealCopyright secured by Digiprove © 2017

Nak jadi antara orang pertama baca setiap kali ada artikel baru?

Isikan nama glamer dan alamat emel anda kat bawah yer..

Emel anda selamat bersama kami. Dan kami janji takkan SPAM, kerana seperti anda, kami jugak menyampah dengan SPAM!

Comments
  1. Kak Su
  2. reezluv
  3. titan
  4. Elih Japahar
  5. Anuar
  6. Lokman Amirul
  7. azrinros
  8. mrhanafi
  9. usry

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge