Cara buat duit dengan affiliate edisi bongkar abis (Episod 2)

cara buat duitMemandangkan artikel PART 2 tentang cara buat duit ni boleh tahan jugak panjangnya, so saya share terus la yer, STRATEGI SUPER AFFILIATE daripada bro Wazeen Azizan nih.

Kebetulan pulak saya tengah malas sikit nak tulis ayat intro. Tengah kejar masa sebab nak layan Counting Cars jap lagi..haha..

“Dah baca dah tips-tips yang saya share sebelum ni? Kalau belum, baca dulu PART 1 kat sini okey.

Dah abis baca, nanti datang balik tengok artikel ni 😀

Untuk bahagian kedua ni, saya nak tekankan kepada TIPS terakhir yang saya bagitau dalam artikel pertama, iaitu FOKUS KEPADA BONUS PREMIUM.

Jadikan BONUS PREMIUM tak ubah macam PRODUK UTAMA

Apa saja teknik dan strategi yang kita guna, mesti ada psikologi tertentu di sebaliknya. Sama jugak macam tips di atas.

Saya bukan suka-suka atau saja-saja buat tuh. Tapi sebab “ada udang di sebalik mi”.

Sebelum saya cerita lagi detail, saya nak bagi dulu contoh-contoh BONUS PREMIUM ni. Sebab ada ramai yang tanya:

Saya ni newbie jer. Apa bonus best yang boleh saya offer?

Tu la saya nak bagitau. Tak kisah laa anda newbie ke, otai ke, petai ke..yang penting semua orang boleh jadi top affiliate.

Contoh dan ciri-ciri bonus premium:

1) Bonus original

Mula-mula sekali, wajib bagi bonus yang ORIGINAL. Bukannya bonus white label/PLR/MRR/RR yang sape-sape jer boleh bagi, termasuk laa pesaing anda.

Tapi kalau nak jugak offer bonus yang white label/PLR/MRR/RR, pastikan takde orang lain yang offer bonus yang sama dengan anda.

Kalau boleh, biar la idea asli daripada diri sendiri. Mungkin anda boleh tulis ebook tentang pengalaman anda buat sales dalam niche tertentu (pastikan berkaitan dengan produk yang anda nak promote).

Kalau anda pernah buat produk digital sendiri sebelum ni, niche pulak sama dengan produk yang nak di-promote..haa..lagi la senang hidup anda.

Kalau rasa tak berapa rajin nak tulis ebook, rakam video. Buat video bersiri step-by-step macam mana anda tarik sales dalam niche tertentu.

Idea lain, kalau anda dah tau apa kandungan produk yang anda nak promote, cuba cari kalau-kalau ada yang ‘bocor’ tentang produk tersebut. Jadi, tugas anda cuma ‘tampal’ jer apa yang bocor.

Meh saya bagi contoh.

Katakan laa PRODUK UTAMA tak hurai detail pasal topik-topik tertentu. Dan anda pulak rasa topik tu penting dan patut diperkemaskan lagi untuk bagi pembeli lagi mudah paham.

So, apa yang perlu anda buat, anda kaji balik topik tersebut dan cuba buat content baru untuk bagi impak yang lebih baik.

Buat dalam bentuk ebook, audio, video atau webinar; dan hadiahkan kepada kastemer yang beli melalui link anda sebagai bonus.

Pernah tengok affiliate yang offer bonus dengan tajuk ni – “MISSING CHAPTER XXXX”?

Haa..itu antara contoh jelas cara buat duit online dengan bagi bonus original.

cara buat duit dengan affiliate

Saling bekap-membekap..

2) Bonus after-sales

Buat group support! Bonus mudah ni sape-sape pun boleh offer. Newbie, otai..semua boleh. Klik jer dua tiga kali, terus siap satu group.

Group support ni fungsi dia untuk anda bantu atau jawab apa-apa soalan daripada pembeli berkenaan dengan produk yang anda promote.

Bagi tunjuk ajar tentang produk supaya pembeli tadi lebih rapat dengan anda. InsyaAllah, diorang akan hargai jasa baik anda walaupun anda bukan la owner sebenar produk.

Kalau nak tengok contoh, anda boleh refer idea ni:

BONUS EKSKLUSIF SUPPORT: Saya akan add anda ke dalam group support selama 30 hari untuk anda tanya apa saja soalan tentang produk XXXX!

Kalau ada yang tak jelas, anda boleh tanya, tanya dan tanya lagi..sampai laa anda paham.

Saya akan cuba jawab dan bantu anda sebaik mungkin sehingga anda berjaya buat sales pertama, kedua, ketiga..dan seterusnya.

Komisen affiliate pun dah dapat kan? So, apa lagi? Bagi support seperti yang anda janjikan tu 😀

3) Bonus product launch

Yang ni memang sah-sah original daripada anda. Walaupun anda tak pernah terpikir pun sebelum ni untuk launch produk digital sebagai “cara buat duit”.

Tapi disebabkan bonus ni, anda kena jugak lancarkan produk. Bonus camni memang paling ohsem kalau anda boleh offer kepada pembeli.

Buat satu course terus berkenaan dengan niche produk yang anda nak promote tu.

Pada bulan pelancaran PRODUK UTAMA, anda tak perlu bagi sekali gus satu course ni kepada pembeli.

Bagi masa dulu sikit untuk pembeli hadam PRODUK UTAMA, dan anda pun takde la tertekan sangat nak siapkan course bonus ni.

Sebaik saja tempoh pelancaran tamat, course pun dah siap tersedia, baru laa anda bagi bonus ni secara percuma kepada kastemer yang beli PRODUK UTAMA melalui link affiliate anda.

Dengan course ni, anda bukan setakat boleh jadikan bonus kepada produk orang lain. Tapi anda jugak boleh buat launching untuk promote produk ni kepada prospek baru.

Tak perlu pikir sangat kalau-kalau nanti takde orang pun yang nak beli course anda nih.

Sebabnya, anda dah pun ada ‘pembeli’, iaitu orang yang awal-awal lagi berminat nak dapatkan course ni sebagai bonus dan sanggup beli PRODUK UTAMA melalui link anda.

So, anda tak rugi apa-apa sebenarnya kalau ditakdirkan course ni tak laku nanti.

Okeh..tu antara beberapa jenis bonus yang boleh saya share kat sini. Kalau nak diikutkan, ada banyak jenis lagi bonus yang boleh kita offer sebagai cara buat duit dengan affiliate.

Nanti bila ada masa, InsyaAllah saya senaraikan lagi.

jana pendapatan online

Psiko prospek sampai dia terbeli melalui link kita 😀

PSIKOLOGI DI SEBALIK BONUS PREMIUM:

Setiap kali bila tiba jer tempoh pelancaran mana-mana produk, anda mungkin akan dapat lihat geng affiliate turun padang ramai-ramai untuk promote produk yang sama.

Kalau kena produk hot, owner produk pulak ada network kukuh, tambah lagi dengan hadiah cabaran affiliate yang lumayan, memang ramai la askar affiliate yang akan jadi pesaing anda.

Kalau ada 200 affiliate yang join sekaki, maka ada 200 link affiliate laa yang akan muncul bersilih-ganti dan bersimpang-siur kat newsfeed FB dan lain-lain tempat.

Dan kita pulak kena sedar yang market Malaysia ni tersangat la kecik kalau nak banding dengan pasaran antarabangsa, nak-nak lagi untuk niche internet marketing (IM).

Jadi, kat sini la pentingnya kita atur strategi secara SMART. Ingat lagi tak dalam PART 1 saya ada sebut satu perkataan tentang cara nak bezakan diri dengan pesaing affiliate lain?

Tak ingat? Takpe..baca sikit lagi sampai bawah 🙂

Rasa-rasa anda la kan, apa CARA BUAT DUIT yang selalu top affiliate amalkan sehingga diorang berjaya tinggalkan pesaing sikit punya jauh?

  • BUNUH MARKET? (buang harga produk gila-gila)
  • SANTAU? (guna ilmu hitam)
  • BURUKKAN PESAING? (ngumpat sana, ngumpat sini)
  • PEDAJAL? (curik kastemer kat page orang 😀 )
  • BONGKAK & SOMBONG? (rasa dia jer yang hebat)

Salah! Semua salah! Tak betul semua tu..

Diorang jadi top sebab benda pertama yang diorang buat, jadikan diri UNIK berbanding dengan pesaing affiliate lain. Keyword UNIK ni ramai antara kita yang suka buat tak reti.

Kaji dulu sape pesaing kita. Dah kenal pesaing, dah tahu apa taktik bonus dia, baru la senang kita nak atur langkah untuk jadikan diri UNIK.

So, dengan BONUS-BONUS PREMIUM ni laa nanti yang akan bantu anda untuk lebih mudah jadi ‘magnet’ kepada pembeli, berbanding dengan pesaing anda.

Cuba bayangkan bila tiap-tiap hari prospek anda tengok link yang sama. Tiap-tiap hari diorang tengok salespage yang sama.

Tambah pulak kalau prospek tu berada dalam kelompok friends yang sama dengan pesaing anda. Maka, akan ada 200 link affiliate yang dia kena hadap setiap hari.

Sekarang anda nampak..betapa prospek ni boleh kata dah naik loya anak tekak sebab hari-hari disuap dengan info tentang PRODUK UTAMA. Sampai dah boleh hafal apa yang ada dalam produk utama.

Senang cakap, tugas utama anda bukan lagi kena cerita tentang produk asal, produk affiliate yang anda nak promote tuh.

Jadi, apa TUGAS UTAMAnya? Macam mana nak buat prospek supaya pilih LINK AFFILIATE kita, bukan link orang lain?

Jadilah seorang yang UNIK dan RARE. Sediakan BONUS-BONUS PREMIUM sebagai cara buat duit dengan bisnes affiliate.

Lebihkan promote tentang BONUS anda. Cerita dengan detail apa yang prospek akan dapat bila diorang grab bonus anda.

Apa yang best kalau bonus anda menjadi regu kepada produk utama? Mungkinkah sehebat dream team Lin Dan – Chong Wei? 😀

Kesimpulannya, daripada semua teknik dan strategi yang saya dok share dalam PART 1 dan PART 2 nih, apa yang saya cuba nak terangkan sebenarnya ialah SKIL PROMOSI.

Skil atau cara promosi tu laa yang anda kena bagi fokus lebih. Promote dulu BONUS PREMIUM anda jelas-jelas. Lepas tu baru cerita sedikit info tentang PRODUK UTAMA.

Semoga bermanfaat wahai pejuang affiliate sekalian. Semoga ada ilmu yang boleh anda cedok hari ni.

ps: abis laa ID jengz lepas ni..dah takleh nak cari makan dalam mana-mana cabaran affiliate 😀

pss: ada dapat sesuatu daripada artikel ni? Untung banyak atau rugi sikit?

Ikhlas,

Wazeen Azizan.

Amacam? Best tak perkongsian bro Wazeen tentang “CARA BUAT DUIT” dengan affiliate marketing nih? Okey atau terlajak okey?

Kalau terlajak okey, nanti boleh laa anda singgah jenguk-jenguk bro Wazeen kat sini yer – SHOPIEVO 2.0

Ucap terima kasih, salam sayang, laga pipi banyak-banyak dengan bro Wazeen 😛

bekerja dari rumah

Digiprove sealCopyright secured by Digiprove © 2017

Nak jadi antara orang pertama baca setiap kali ada artikel baru?

Isikan nama glamer dan alamat emel anda kat bawah yer..

Emel anda selamat bersama kami. Dan kami janji takkan SPAM, kerana seperti anda, kami jugak menyampah dengan SPAM!

Comments
  1. Anuar
  2. titan
  3. Manan
  4. Lokman Amirul
  5. mrhanafi
  6. Raihanah
  7. encikhafiz.com
  8. Elih Japahar
  9. Nina Mirza

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge