Jual barang online tanpa perlu susah-susah mengadap WhatsApp berjam-jam

jual barang onlineAnda jual barang online kan? Kalau ada kastemer yang minat nak beli produk anda, apa cara yang anda selalu guna untuk terima order? Guna WhatsApp?

Bila pakai WhatsApp ni, ambik banyak masa tak untuk setelkan satu-satu order?

Bagi kastemer yang memang betul-betul dah ready nak beli, mungkin tak makan masa sangat.

Cuma perlu bagi dia nombor akaun, dan dia pun terus boleh bank-in. Dah dapat alamat apa semua, terus pos barang. Abis cerita.

Tapi macam mana pulak kalau anda dapat kastemer yang jenis banyak tanya sebelum beli?

Mau jenuh jugak kan nak melayan WhatsApp, semata-mata nak reply semua benda yang dia nak tahu.

Itu tak masuk lagi macam-macam songeh, atau “nasik tambah” lepas dah buat bayaran.

Nak adjust itu ini laa, nak bungkus camni laa, nak suruh hantar guna alamat lain laa, tak nak pakai Pos Laju laa..

Satu lagi yang renyah guna WhatsApp ni, anda kena cepat-cepat jawab bila ada mesej masuk.

Buatnya orang nak deal tengah-tengah malam, anda pulak jenis pukul 10 dah masuk tido, memang ‘cerah’ masa depan untuk terlepas order.

Kalau nak tunggu awal-awal pagi esok baru nak reply, mungkin masa tu prospek dah ‘sejuk’ niat nak beli, atau mungkin jugak dia dah deal dengan orang lain.

So, ada tak cara yang lagi cepat dan mudah untuk kita uruskan order daripada kastemer? Cara yang tak sakit kepala, dan jimat lebih banyak masa?

buat duit dengan dropship

Wasap masuk tak berenti-renti..sampai tak dan nak reply satu-satu..

Sebenarnya, ada jer cara dia. Caranya dengan menukar cara kita menjual barang.

Jangan lagi meniaga cara lama dan ambik order cara manual pakai WhatsApp, SMS atau PM-PM nih.

Kita ubah stail dengan meniaga guna e-commerce, atau biasa orang kita sebut kedai online.

Bila dah ada kedai online atau online shop ni, kita boleh terima order bila-bila masa. 24 jam sehari, 365 hari setahun.

Takde lagi nak kena risau kalau-kalau terlepas order, sebab semua order yang masuk akan direkodkan secara otometik melalui borang order.

Segala info tentang cara bayaran pun kita boleh bagitau siap-siap. Kastemer dah tak perlu dah nak kontek dan tunggu kita respon dulu baru boleh dapat nombor akaun bank.

Kalau selama ni faktor masa menjadi antara kekangan untuk anda jual barang online, kedai online ni boleh kata penawar yang paling mujarab untuk selesaikan masalah anda.

Sebabnya, terus-terang saya cakap, saya sendiri pun biasa berdepan masalah ni.

Bukannya tak pernah jadi, masa yang patutnya diguna untuk urusan lain, terpaksa guna untuk buat kerja lain.

Ada sekali tu, time semangat tengah berkobar-kobar nak update blog.

Aci jer dah bukak komputer, sambung internet, tiba-tiba masuk mesej WhatsApp daripada kastemer. Nak tanya tentang barang yang dia order.

Banyak jugak soalan dia yang nak kena jawab. Tau-tau dekat dua jam abih gitu jer. Langsung tak jadi hajat nak tulis artikel baru. Terus tutup komputer, gi layan Astro channel movie..haha..

Leceh sebenarnya nak guna WhatsApp ni. Leceh sebab phone saya kecik. Bila nak menaip asyik salah tekan jer sebab keyboard tak padan dengan jari.

Dah tulis, silap, padam. Tulis balik, silap balik, padam balik. Tu yang makan masa sampai berjam-jam tuh. Lagi best guna Nokia 3310. Nak menaip laju, tekan keypad pun sedap 😛

Lagi satu tang nak kena save nombor phone dulu. Dah save, nak kena tunggu refresh lagi. Kadang-kadang tu, dua tiga kali refresh pun belum tentu nombor dah naik dalam list WhatsApp.

Bila cek balik, baru tahu..dia takde WhatsApp sebenarnya. Patut laa 😀

kedai online malaysia

Free, laju, coverage ok, takde sangkut-sangkut, buleh pakai ramai-ramai..

Sampai sekarang ni, saya masih lagi tak pakai data plan. Cuma pakai WiFi jer. Lagi selesa online guna komputer dan Streamyx.

So, memang jarang benar la saya cek WhatsApp. Bila jarang cek, maka selalu benar la pulak saya terabai tanpa niat pertanyaan prospek melalui WhatsApp.

Nak jual barang online guna WhatsApp ni, ada satu benda yang saya perasan kita wajib buat. Wajib kena sediakan skrip jualan.

Nanti kalau ada kastemer tanya apa-apa, just copy and paste jawapan. Senang kerja.

Skrip ni kalau tak buat awal-awal, nanti tengok la dia punya penat nak layan pertanyaan sorang-sorang. Jawapan sama jer, tapi kita pulak kena ulang taip banyak-banyak kali.

Guna WhatsApp ni memang syok. Syok sebab benda free. Kalau zaman-zaman SMS dulu, satu mesej kena caj satu sen. Ada yang caj sampai lima sen pun ada.

Dan sebab free tu laa kastemer jadi tak agak-agak time nak tanya pasal produk. Kalau boleh, semua soalan dia nak tanya. Semua detail dia nak ambik tahu. Lepas tu baru decide jadi beli ke tak.

Yang tak larat nak melayannya, kita laa geng usahawan. Tambah pulak macam saya ni yang jenis lebih suka reply WhatsApp guna bahasa penuh.

Walaupun cikgu bisnes saya dah acap kali pesan, kalau boleh guna bahasa santai, saya still tak dapat nak biasakan diri.

Bukannya apa..kurang selesa sikit sebab kita reply WhatsApp daripada orang yang baru kita kenal. Risau jugak kot-kot nanti dia kata kita main-main, jawab tak serius.

So, sekali dah terlayan WhatsApp, guna pulak ayat penuh, taip panjang-panjang, memang soheh la akan ambik banyak masa.

Dipendekkan cerita, untuk menjamin cara bisnes online yang lebih jimat masa dan kurang sakit kepala, maka saya memilih untuk mengundi dan menukar cara saya “jual barang online” dengan menggunakan e-commerce, atau online shop, atau kedai online. Ini kali lah 😀

bisnes modal kecil

Kata nak bisnes modal kecik kan? Nah..ni la dia..

Sebelum nak bukak kedai online nih, saya dah nekad untuk ikut semua telunjuk daripada GENG SHOPIEVO, dengan kepala gengnya diketuai oleh Ayahanda Wazeen Azizan (puhahaha).

Sekali dah sah jadi ahli GENG SHOPIEVO, ikrar taat setia dan sumpah darah segala bagai (ceh..yer-yer jer), anda akan dikurniakan ganjaran dalam bentuk 12 video tutorial, tiga bulan free untuk start kedai online dan tak lupa jugak, FB support group.

12 video tu akan ajar anda step-by-step macam mana nak bangunkan kedai online sendiri.

Kedai online free tu pulak anda dapat guna untuk tiga bulan pertama tanpa perlu bayar apa-apa. Boleh sumbat macam-macam produk dan promote sampai lebam.

Mahal ni bonus free ni..lebih RM247 nilai dia. Tak caya? Anda boleh cek dia punya pricing kat sini – Premium Plan.

Dan last sekali, group support. Macam biasa, tempat untuk kita saling bekap-membekap.

Dah khatam tengok video tapi masih lagi blur-blur macam mana nak jual barang online, anda boleh tanya kat group ni.

InsyaAllah, nanti ada laa yang sudi jawabkan, termasuk la bro Wazeen sendiri yang akan turun padang untuk turut sama berkempen..err..membimbing 😀

Untuk dapatkan semua bonus tahap mega ni, anda nak tahu berapa pengeras yang bro Wazeen caj? Terkejut tak kalau saya cakap cuma RM1?

Yer..sila jangan terlopong dulu. Jangan tak percaya. Memang cuma singgit jer yang bro Wazeen nak anda keluarkan dari poket!

jual beli online malaysia

Ada belen singgit? Meh labur untuk ilmu dengan GENG SHOPIEVO

Dengan singgit ni, anda boleh terus listkan semua produk yang anda nak promote, tarik trafik ke kedai online dan start berjual beli online.

Untuk jenis produk yang sesuai dijual pulak, paling cun kata bro Wazeen, produk fizikal yang tak perlu penjelasan panjang lebar.

Produk yang boleh kita pegang dan tengok jer orang dah tahu apa kegunaannya.

Contohnya macam jual baju online ke, perfume ke, tudung ke, dan lain-lain lagilah. Kalau anda nak tengok contoh perniagaan online yang guna kedai online ni, boleh tengok live kat sini – laman web shopping online Malaysia.

Lepas dah tengok contoh tu, jangan pulak anda gi daftar terus kedai online kat situ yer. Sebab nanti anda cuma akan dapat free trial selama 14 hari. Kejap sangat tu..tak puas pakai pun lagi.

Semolek-moleknya, anda daftar kedai online anda dengan GENG SHOPIEVO.

Dapat tiga bulan free untuk mula jual barang online, dan cuma perlu labur modal singgit jer.

Meh cepat-cepat naik kapal sebelum harga dia terus melambung tak cecah tanah – GENG SHOPIEVO.

Lambat, tinggal..

Digiprove sealCopyright secured by Digiprove © 2018

Nak jadi antara orang pertama baca setiap kali ada artikel baru?

Isikan nama glamer dan alamat emel anda kat bawah yer..

Emel anda selamat bersama kami. Dan kami janji takkan SPAM, kerana seperti anda, kami jugak menyampah dengan SPAM!

Comments
  1. Kak Su
  2. Hans
  3. mrhanafi
  4. Ikhwan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge