Contoh ayat copywriting power hasil guna Template Headline Memukau

contoh ayat copywriting powerOtak sampai overheat kena perah. Kepala pun sampai naik berasap celah rambut. Tapi idea nak tulis ayat iklan power tak jugak datang-datang. Nak saya share contoh ayat copywriting power untuk buat sumber ilham?

Tapi sebelum tu saya nak tanya. Apsal kita dok kalut sangat nak karang ayat-ayat power? Penting sangat ke ayat power sentap nih?

Alang-alang dah tanya, meh saya tolong jawabkan sekali 😀

Percaya tak kalau saya cakap, yang kita cuma ada tiga saat jer untuk tarik perhatian prospek supaya baca keseluruhan iklan kita?

Ni bukan saya saja-saja cakap nih, tapi sifu marketing pun memang dah lama dok pesan benda yang sama. Bukan sekali dua, tapi dah berlambak-lambak kali mesej ni diulang-ulang.

Kiranya 3-second rule ni dah jadi macam benda paling basic yang mesti kita ikut sebelum nak hasilkan apa-apa ayat iklan untuk apa saja jenis produk.

Dan untuk buat orang terpaut dengan iklan kita dalam tempoh tiga saat, salah satu cara yang boleh kita guna adalah melalui headline yang menarik.

Ibarat Real Madrid yang wajib kena turunkan Ronaldo, Barcelona wajib kena turun Messi, maka iklan yang menyangkut wajib kena ‘turun’ headline yang power 😛

Tapi bukan senang nak tulis headline power nih. Nak memilih dan bermain dengan perkataan yang dapat menangkap mata dan mencair emosi.

Kadang-kadang dia makan masa, kadang-kadang boleh makan hati. Berjam-jam dok termenung semata-mata nak cari idea.

Jadi, sebab tak nak hidup anda tak pasal-pasal diselubungi stress kerana sebaris ayat bernama headline, izinkan saya share sebuah software keramat ni – Template Headline Memukau.

contoh ayat iklan yang menarik

Contoh ayat copywriting power untuk headline iklan

Software ni saiz dia pun tak besar mana, dalam 2.3MB gitu. Kalau sambil download tu anda baca sifir 5, tak dan abis sifir pun dah siap download..haha..

Dengan software ni, anda boleh create lebih 90 contoh ayat copywriting power hanya dengan isi tempat kosong dan dua kali klik.

ayat promote produk

Isi jer info tentang produk dalam kotak 1-4, dan klik butang “Create Headlines”

Kalau nak contoh headline iklan ni lagi mantop dan dapat menjentik emosi, selitkan sekali ayat emotional triggers.

Ada lebih 90 emotional triggers yang dah tersedia untuk anda dalam software ni. Pilih jer yang mana anda rasa paling lentok untuk guna dalam headline nanti.

ayat iklan power

Klik jer butang gambar api tuh..

Dah jentik emosi tapi still rasa tak cukup? Apa kata kita tambah sikit lagi dengan hypnotic words yang akan ‘memukau’ pelanggan?

Tak kurang daripada 250 hypnotic words yang boleh anda rujuk dalam software ni..

cara buat iklan

Belajar ilmu pukau guna perkataan

Ada jugak disenaraikan contoh copywriting headline terbaik dunia, cuma tak pasti betul ke tak sebab dia takde bagitau sumber daripada mana.

contoh headline iklan

Tengok pada paten headline tu, macam gempak jugak bunyinya

Dengan jasa baik software ni, boleh kata setel 90% masalah takde idea, writer’s block atau otak jammed untuk mengarang ayat promote produk.

Cepat pun cepat nak guna..lepas jer anda isi semua info tentang produk, klik sekali, terus keluar berderet-deret headline yang power-power. Tak sampai dua saat.

Tak caya? Nanti anda try dan guna sendiri. Tengok hasilnya cemana.

Kalau pun anda rasa contoh ayat copywriting power ni tak cukup best, tak capai standard yang anda nak, seboleh-bolehnya nak jugak buat headline sendiri yang lain dan unik, dengan software ni sekurang-kurangnya akan bantu anda untuk dapat idea baru.

Orang kata, nak bagi senang sikit ‘menyala’ mentol dalam kepala 😀

Dan bukan setakat pakai untuk buat headline jer. Software ni jugak kita boleh manfaatkan untuk tujuan lain.

Macam saya sendiri, selalunya saya guna software ni untuk tulis ayat iklan untuk promote produk affiliate.

Cara nak buat pun simple jer. Bagi setiap ayat headline yang terhasil tu, kat hujung-hujung tu saya cuma tambah dan letak call-to-action.

contoh iklan promosi

review headline creator pro

ayat power sentap

Software ni jugak selalu saya peralatkan sebagai sumber headline untuk promote artikel blog kat group-group FB.

Bila promote kat banyak-banyak group ni, saya try ejas sikit dan guna headline berbeza.

Risau jugak kan..kot-kot nanti orang boring dan menyampah nak tengok. Asyik dok post tajuk sama jer.

ayat-ayat power

ayat iklan power

contoh ayat copywriting power

So, memang banyak yang software sempoi ni boleh bantu kita geng usahawan.

Nak-nak lagi bila time kita terdesak sangat perlukan copywriting iklan yang hebat dan terbaik, ilmu copywriting pulak masih banyak yang nak kena asah, dan dalam masa yang sama kita tak nak terbeban melangut lama-lama semata-mata nak pikirkan ayat iklan yang menarik, memukau dan memikat.

Bagi anda yang memang dah terer bab copywriting, langsung takde masalah nak mengarang ayat iklan yang mampu menjual, idea dalam kepala pun ibarat air paip mengalir laju takleh tutup bak kepala paip longgar, rasanya anda dah tak perlu kot software ni.

Kalau guna jugak, takut nanti lekat celah gigi. Kerdil yang amat 😛

Dan sebelum anda download, ada satu benda yang kureng tentang software ni yang saya nak bagitau. Tu pun kalau layak dipanggil sebagai kekurangan.

Macam yang anda dapat lihat, software ni sebenarnya dalam English. Saya cuma tukar sikit dia punya tajuk dan e-cover sebab nak promote untuk pasaran Bahasa Malaysia.

Satu lagi sebab e-cover lama nampak macam design zaman Jepun. Buruk sangat. So, saya modified kasi nampak kurang buruk sikit 😀

Tapi takpe..tak perlu risau, tak perlu cuak.

Sebab saya ada sertakan sekali “contoh ayat copywriting power” ni dalam BM. Saya translate ala kadar guna bahasa santai dan berdasarkan pengalaman ambik exam English SPM tahun 2000..haha..

Orait..dah ready nak download? Meh isi nama glamer dan alamat emel anda kat sini laju-laju – Template Headline Memukau.

Nanti saya akan hantarkan software ni ke peti surat emel anda..InsyaAllah.

Nak jadi antara orang pertama baca setiap kali ada artikel baru?

Isikan nama glamer dan alamat emel anda kat bawah yer..

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

Emel anda selamat bersama kami. Dan kami janji takkan SPAM, kerana seperti anda, kami jugak menyampah dengan SPAM!

Comments
  1. Ikhwan
  2. mrhanafi
  3. zool
  4. titan
  5. Khairul Zamri
  6. zara
  7. Nurulaily
  8. doqngos
  9. Rafiq Adnan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.