Cara tarik trafik ke blog dan pujuk pelanggan ‘kelaparan’

cara tarik trafik ke blogJadi usahawan online ni, antara benda yang paling mudah buat kita jatuh minat ialah cara tarik trafik ke blog, website atau kedai online yang tak perlukan kos (cara free).

Sebab bila takde trafik, maka takde harapan laa nak dapat sales..yer tak?

Biasanya, kita akan guna cara berbayar seperti FB Ads dan Instagram Ads untuk dapatkan trafik.

Kalau anda pernah join komuniti Geng SHOPIEVO: 1 Usahawan 1 e-Commerce, anda mesti dah tahu benar yang panduan ni memang banyak fokus tentang teknik dan strategi FB Ads bila nak cerita pasal cara nak tarik trafik.

Bila guna iklan berbayar, cara ni memang cepat dapat hasil kalau kita nak melabur untuk dapatkan trafik.

Jugak boleh jadi cara paling cepat untuk melebur modal..haha..

Lebur sebab niat kita nak cepat-cepat dapat trafik tapi kos FB Ads pulak yang boleh jadi terlalu mahal.

Dan dompet kita pulak terlalu nipis dan tak mampu nak suntik modal iklan lebih-lebih.

So, tu pasal kalau diberi peluang dan pilihan, kita lebih berminat nak tahu tentang “lubang-lubang” rahsia macam mana cara tarik trafik ke blog tanpa kos.

Dan jangan tak tahu, “lubang-lubang” rahsia ni memang wujud sebenarnya.

Anda buat bisnes online kan? Pernah dengar tak istilah SEO?

Kalau kita tanya soalan tentang teknik nak tarik trafik free yang berkualiti dan konsisten, SEO ni laa jawapan yang kita cari-cari.

Dengan SEO ni, trafik yang bakal kita dapat nanti datangnya dari search engine Google.

Kalau nak menang dengan pesaing bisnes, memang takde cara lain yang patut anda buat kecuali anda ranking-kan blog, website atau kedai online kat first page hasil carian Google.

Tapi apa teknik dan strategi yang perlu kita buat untuk ranking-kan blog, website atau kedai online kita nih?

Kalau salah buat, tak ke nanti langsung tak muncul-muncul kat hasil carian Google. Kalau muncul pun, kat page-page belakang..page 10, 11..

Memang gelap terus cita-cita nak bagi sales masuk.

Jadi, dalam artikel ni saya akan try bantu anda untuk lebih paham apa itu SEO, kenapa SEO tu penting sangat dalam bisnes dan macam mana konsep & proses asas nak buat SEO.

Meh baca lagi..

SEO ni apa benda sebenarnya?

SEO tu nama glamer jer. Kalau ikut nama penuhnya, “Search Engine Optimising” (lawa nama mak ayah dia bagi πŸ˜€ )

“Search engine” tu pulak laman carian di Internet. Biasanya orang guna Google, Bing dan Yahoo.

Yang paling femes dah semestinya la Google.

Lebih kurang 74.5% hasil carian maklumat seluruh dunia akan guna laman carian ni, dengan 93% daripadanya akan guna phone dan tablet untuk buat carian.

Maksud ‘optimization’ pulak “kita guna dengan cara yang paling berkesan”.

Berkesan untuk apa? Sebagai cara tarik trafik ke blog, website dan kedai online kita.

Bila nak berjinak-jinak dengan SEO ni, kita akan belajar teknik dan strategi macam mana nak cari trafik organik (free tanpa susah-susah kena buat ads berbayar)Β melalui Google.

Bila anda guna Google untuk search tentang satu-satu benda, anda akan dibawak ke halaman hasil carian atau biasa jugak orang sebut “search engine results page” (SERP).

Ni contoh dia:

cara agar trafik blog naik

Saingan tinggi, duduk pulak atas sekali

Macam yang anda selalu nampak, nanti akan keluar berderet senarai blog atau website hasil carian organik berkaitan dengan info yang sedang anda cari.

Kat bahagian atas sekali senarai ni, biasanya akan terpampang blog, website atau kedai online dengan label ‘Ad’ (yang ni maksudnya iklan berbayar).

Dengan SEO, matlamat kita ialah untuk berada kat halaman pertama atau first page hasil carian ni.

Ambik contoh, katakan laa kita jual smartwatch.

Kita nak nanti website atau kedai online smartwatch kita wajib keluar kat first page setiap kali ada orang search info untuk beli smartwatch.

Hatta second page sekali pun dah tak syok.

Macam kita sendiri laa. Bila guna Google, selalunya kita rujuk info yang keluar kat laman pertama jer.

Jarang-jarang sekali kita belek second page, apatah lagi nak masuk ke blog atau website yang ada kat second page..yer tak?

Sebabnya kita tahu, info yang ada kat first page tu dah sah-sah info terbaik. Tu pasal kita klik dan baca.

cara meningkatkan trafik ke blog

Banyak-banyak pilihan mendatang, first page jugak yang abang pandang..huhu..

Sekarang dah jelas. Kita perlukan SEO sebab kita betul-betul nakkan first page Google sebagai “cara tarik trafik ke blog”.

Bila prospek jumpa blog, website atau kedai online kita kat first page, peluang nak dapat trafik free pun makin tinggi.

Tak perlu buat FB Ads. Tak perlu nak setting Instagram Ads.

Usahawan online mana yang tak tergila-gila dan terangau-angau dengan trafik free..betui tak?

So sekarang target dah ada. Kita nak first page Google.

Tapi sebelum tu kita kena jugak tanya,

macam mana nak tahu keyword yang prospek selalu guna untuk cari info tentang produk yang aku jual?

Untuk tahu, kita kena kenal pasti jenis-jenis keyword yang ada kaitan dengan produk kita.

Ada keyword yang prospek guna tujuannya untuk dapat info free semata-semata.

Ada pulak keyword yang matlamatnya memang untuk jual beli atau komersial.

Nak kenal pasti, kita kena rajin mengkaji.

Cara nak buat kajian ada banyak, tapi kita guna dulu cara yang paling simple.

Sebagai cara tarik trafik ke blog untuk tujuan informasi semata, biasanya blogger akan guna keyword lebih kurang camni:

Macam mana nak kurus?

Macam mana nak kecutkan jerawat?

Cara nak tulis artikel

Cara nak buat bisnes online

Lain pulak kesnya untuk keyword komersial. Keyword ni selalunya akan ada niat nak membeli satu-satu produk secara online. Contoh:

Beli buku online

Beli baju sekolah kanak-kanak

Kasut futsal murah

Smartwatch Malaysia

Orang yang nak cari info kat Google, diorang akan guna keyword bersifat informasi.

Orang yang nak shopping produk online pulak, diorang akan guna keyword yang ada unsur-unsur komersial.

So, macam mana kita nak dapatkan idea keyword yang prospek biasa guna untuk cari produk yang ada kaitan dengan bisnes kita?

Cuba check Google Search Auto-complete!

Satu cara paling simple, tengok Google Search Auto-complete.

Katakan la saya buat bisnes jual baju Melayu.

Saya cuma perlu taip keyword “baju Melayu” dan perati tengok senarai keyword yang keluar yang ada kaitan dengan baju Melayu.

Biasanya, keyword-keyword ni laa yang prospek selalu guna.

cara meningkatkan trafik organik blog

Sumber idea nak jual produk apa

Sekarang saya dah tahu apa keyword yang paling popular berkaitan dengan baju Melayu.

Jadi, untuk lebih potensi dapat prospek, mungkin saya patut fokus jer jual baju Melayu jenis ni sebab dah memang terbukti ramai orang yang dok tercari-cari.

Try jenguk Google Related Searches!

Satu lagi cara tarik trafik ke blog yang simple ialah dengan buat artikel berdasarkan keyword yang ada kat bahagian Google Related Searches.

Contoh mudah, saya buat carian tentang “baju Melayu moden”.

Kalau anda skrol kat bahagian bawah sekali halaman carian Google, anda akan nampak “Searches related to baju melayu moden”.

cara tingkatkan trafik blog

Ada macam-macam jenis rupanya baju Melayu moden nih

Keyword yang muncul kat bahagian ni adalah senarai keyword popular yang ada kaitan dengan “baju Melayu moden”.

Hasil daripada kajian keyword yang simple ni, sekarang ni saya dah tahu yang baju Melayu moden antara yang paling banyak mendapat permintaan. Ada demand tinggi.

Dan salah satu sebabnya, orang nak pakai sebab nak menikah πŸ˜€

So, untuk lebih spesifik, mungkin saya boleh fokus untuk jual baju Melayu moden kepada pasangan yang bakal naik pelamin tak lama lagi.

OK..untuk langkah seterusnya, apa kita nak buat dengan senarai idea keyword ni? Meh baca sikit lagi..

Dengan guna dua cara simple sebelum ni, kat tangan saya sekarang ni dah ada segenggam keyword tentang “baju Melayu moden”.

Saya ambik beberapa contoh daripada keyword ni – “baju melayu moden slim fit”, “baju melayu moden online” dan “baju melayu moden nikah”.

Antara ketiga-tiga keyword ni, mana satu yang paling molek untuk anda guna sebagai cara tarik trafik ke blog, website atau kedai online?

Macam mana kita nak tapis dan pilih keyword yang penting jer? Tengok pada beberapa faktor..

Search Volume (jumlah carian keyword setiap bulan)

Keyword yang ada jumlah carian yang tinggi setiap bulan akan bagi kita lebih banyak peluang untuk dapat trafik dari Google.

Tapi biasanya akan ada persaingan yang tinggi untuk keyword-keyword ni.

Untuk check search volume bagi ketiga-tiga keyword yang saya nyatakan di atas, saya akan guna Google Keyword Planner.

meningkatkan trafik blog wordpress

Guna Keyword Planner untuk check tahap persaingan keyword

Macam yang anda dapat lihat, search volume paling tinggi ialah untuk keyword “baju melayu moden slim fit”.

Jadi, kalau nak banding dengan dua keyword yang lain, memang soheh kita kena pilih keyword ni untuk blog, website atau kedai online kita nanti.

Competition (persaingan)

Kalau persaingan untuk satu-satu keyword tu makin kurang, maka makin mudah laa untuk blog kita dapat ranking teratas dan tersenarai kat first page Google.

Senang cerita, kita nak cari keyword yang tak terlalu tinggi jumlah cariannya, tak pulak terlalu rendah dan tak banyak persaingan (competition).

Gunakan Google Keyword Planner untuk dapatkan info ni.

Relevancy (kesesuaian)

Relevancy maksudnya relevan atau sesuai ke tidak produk, halaman produk dan kategori produk kita pada keyword yang kita nak fokuskan sebagai cara tarik trafik ke blog.

Sebagai contoh, baju Melayu moden slim fit yang kita nak jual tu. Belum tentu lagi sesuai dipakai untuk orang yang nak menikah.

Kalau prospek masuk ke kedai online kita tapi dia tengok baju Melayu tu tak sesuai untuk nikah, dah confirm-confirm dia akan blah gitu jer, tak gitu?

Sedangkan masa dia search keyword “baju melayu moden nikah”, dia jumpa kedai online kita kat first page Google.

So, Google akan rekod kedai online kita sebagai tak relevan dengan keyword tersebut dan ini nanti akan bagi efek kepada ranking kita kat halaman carian Google.

Buying Intent (niat membeli)

Lagi sekali nak ingatkan, untuk ranking-kan blog, website atau kedai online; keyword terbaik yang patut anda pilih ialah keyword yang ada ciri-ciri komersial.

Keyword yang ada nama produk jugak boleh kita masukkan dalam kategori ni.

Macam contoh sebelum ni, keyword “baju melayu moden slim fit”.

Keyword ni sebenarnya dah cukup power dan spesifik untuk bersaing dengan jenis-jenis baju Melayu yang ada jual kat Malaysia ni.

Jadikan keyword ni sebagai niche untuk kedai online anda.

Lepas dah guna untuk kedai online, mungkin anda letak keyword ni dalam tajuk atau headline untuk iklan produk ke, masukkan dalam deskripsi tentang produk ke; langkah seterusnya yang anda kena buat ialah tulis artikel.

Yup..lepas dah bukak kedai, kena start blogging pulak. Kena rajin sikit jer πŸ˜€

Tulis artikel yang ada umphhh sikit, bagi orang tak puas baca dan selitkan keyword ni dalam artikel sebagai cara tarik trafik ke blog.

Bila kita tulis artikel yang benar-benar berisi, orang baca pun rasa tak lokek untuk kongsi atau share pulak kat media sosial, blog atau website diorang.

Lagi ramai yang share, lagi cerah masa depan anda untuk dapat pelawat baru.

Lagi ramai yang klik ke blog anda, maka lagi senang hati laa Google untuk chop artikel anda sebagai betul-betul relevan dengan keyword yang anda pilih.

Dan dengan artikel-artikel ni la nanti yang akan bantu anda untuk ranking-kan kedai online kat first page Google, di samping untuk tarik trafik free lagi targeted.

tips tingkatkan trafik blog

Dua benda best bila guna Google sebagai cara tarik trafik ke blog – free dan targeted

Satu lagi kelebihan bila kita rajin tulis artikel ni, kedai online kita nanti akan ada halaman-halaman baru, atau lebih glamer orang sebut “internal links”.

Bila bilangan “internal links” makin bertambah, ini akan memberi signal pada Google yang kedai online kita memang aktif.

Ini jugak akan bantu untuk naikkan lagi ranking kedai online kita kat halaman carian Google.

Sekarang anda paham?

Kalau kita check tengok hari ni, ramai usahawan yang usaha gila-gila, sanggup buat macam-macam semata-mata nak tukar prospek kepada kastemer.

Itu termasuk la jugak cara tarik trafik ke blog atau kedai online yang pelik-pelik dan penuh trik, hanya sebab nak buat umpan klik.

Sampai satu tahap, diorang terlupa nak tanya diri sendiri:

Orang datang beli dengan aku ni sebenarnya sebab apa ek?

Kita patutnya balik dulu kepada asas. Bak kata mamat-mamat dari negara empat musim,Β “back to basic” πŸ˜€

Bagi sebelum terima. Kita bagi dulu manfaat kepada prospek. Lepas pada tu baru kita rekemen produk apa yang kita jual.

Untuk tayang dan pamer produk, kita boleh guna halaman produk kat kedai online kita.

Tapi dengan blogging, kita guna sebagai tempat untuk share manfaat dengan prospek atau pelanggan kita.

Ada banyak idea sebenarnya artikel perkongsian yang boleh kita karang, antaranya:

  • apa yang buatkan anda tergerak hati nak start bisnes sekarang?
  • macam mana cara nak gunakan produk anda dengan betul?
  • produk anda ni import dari mana, buat daripada apa dan apa yang menarik tentang produk anda yang boleh bantu setelkan masalah prospek?
  • sebarang pengumuman kalau ada jualan diskaun/promosi
  • apa saja aktiviti yang anda buat yang ada kaitan dengan bisnes
  • nasihat dan tips-tips berguna

Dalam artikel tersebut, anda boleh rekemenkan produk dengan cara halus atau softselling. Jangan bagi ketara sangat hajat anda nak menjual πŸ˜€

Kat hujung-hujung artikel nanti, letakkan link halaman produk kedai online anda.

Dan kalau anda masih belum perasan, tu la dia teknik asas SEO atau “cara tarik trafik ke blog”, website dan kedai online melalui Google.

Langsung takyah guna modal untuk iklan dan hari ini jugak anda boleh cuba prektis.

Wokeh..ni dah terbabas menaip sampai sini nih, harapnya saya berjaya la yer sikit sebanyak bantu anda untuk paham lagi detail tentang asas game SEO nih.

Game yang penuh klasik, selalu menjadik dan cukup mengasyikkan untuk tarik trafik percuma dan buat sales kat kedai online.

Kalau nak ikutkan, ada banyak lagi teknik dan strategi yang praktikal lagi teknikal yang boleh anda korek tentang SEO nih.

Nak belajar ilmu SEO ni pun nanti anda akan rasa hepi dan enjoy jer.

Sebabnya bila dah mahir, anda dah takyah dah nak risau sangat pasal kos iklan.

Takde kos iklan sebab SEO ni lubuk untuk kita dapat prospek free secara konsisten.

Tulis artikel sekali jer, dan boleh jadi bertahun-tahun lepas tu prospek akan still datang kepada anda. Hasil daripada satu artikel yang kekal ‘melekat’ kat Google.

bagaimana menarik traffic ke blog

Menulis sebagai senaman otak..nanti nyanyuk pun payah dapat

Dan tiga langkah yang saya share sebelum ni sebenarnya dah cukup untuk meletakkan anda di posisi yang betul untuk kenal sepak terajang penampor dan segala proses asas SEO πŸ˜›

Tapi sape tahu kan..kot-kot anda dikurniakan ilham dan digerakkan hati untuk masuk gua bertapa, mencari mahaguru; semata-mata nak menimba ilmu SEO dan cara tarik trafik ke blog dengan lebih terperinci dan step-by-step.

Kalau guru itu yang anda cari, maka panjatlah gunung dan pergilah berguru dengan team SHOPIEVO.

Guru ni best, sebab dia ada tulis kitab Lubuk Trafik πŸ˜€

Dengan Lubuk Trafik ni, team SHOPIEVO akan dedah abis macam mana diorang guna skil SEO untuk cari, pujuk dan goda prospek yang sedang “kelaparan dan dahagakan” produk.

Semua prospek yang datang ke kedai online setiap bulan ni diorang dapat cara free.

Panduan ni team SHOPIEVO buat sebab nak tolong selesaikan masalah pemilik bisnes produk fizikal.

Terutama sekali yang promote melalui website seperti Shopify, WordPress dan WooCommerce; yang dah frust menonggeng tergolek dengan FB Ads, Google Ads dan Instagram Ads.

Untuk pemilik blog yang dah lama kemarau dengan trafik, atau tokey-tokey kedai online yang belum pernah lagi merasa nikmat dapat sales pertama, apatah lagi buat untung; pun tersangat laa digalakkan untuk dapatkan panduan ni.

Kitab panduan Lubuk Trafik ni anda akan dapat dalam bentuk 70 video tutorial, dan bukannya tulis tangan atas kulit pokok guna pelepah bulu ayam celup dakwat (mahaguru zaman Industri 4.0 ni memang alert jer dengan teknologi πŸ˜€ ).

Segala jenis teknik dan strategi yang ada dalam panduan cara tarik trafik ke blog ni dah digunapakai dan dipraktikkan oleh team SHOPIEVO sendiri.

Hasilnya, dengan trafik percuma dan targeted ni, boleh kata hampir setiap hari diorang berjaya buat sales tiga hingga empat angka.

Dah tak perlu dah nak keluar modal untuk buat iklan berbayar.

Kejap..anda pun nak try rembat dan test power panduan ni gak?

Jangan malu, jangan segan, jangan was-was..meh klik terus kat sini – Lubuk Trafik.

Nanti dah selesai order, confirm panduan ni dalam tangan, jangan lupa pulak untuk check bonus-bonus yang bakal anda dapat sekali ni – Bonus Segan-silu Lubuk Trafik.

Claim jer mana-mana bonus yang anda berkenan, bergantung pada pakej Lubuk Trafik yang anda dah pilih.

Digiprove sealCopyright secured by Digiprove © 2018

Nak jadi antara orang pertama baca setiap kali ada artikel baru?

Isikan nama glamer dan alamat emel anda kat bawah yer..

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

Emel anda selamat bersama kami. Dan kami janji takkan SPAM, kerana seperti anda, kami jugak menyampah dengan SPAM!

Comments
  1. mrhanafi
  2. Amirul
  3. Zurainny Ismail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.