Panduan bisnes Shopee dan 16 sebab kenapa Shopee itu ‘seksi’

panduan bisnes shopeeTengok pada gaya, nampak macam meriah jugak yer orang meniaga kat Shopee ni? Ebook dan video panduan bisnes Shopee pun bukan main bersusun lagi keluar kat pasaran. Melambak-lambak ada.

Memang syok sebenarnya bila dah happening macam ni. Tu tandanya Shopee ni dah makin sesak dengan prospek dan pelanggan, dan bukannya ramai dengan orang yang nak menjual jer.

Dan bila dah makin ramai pulak penjual yang sudi pecah lobang dengan hasilkan macam-macam panduan, tu maknanya kita usahawan memang boleh cari makan dan buat duit dengan Shopee.

Kalau kita tanya geng usahawan Shopee ni, diorang mungkin akan cakap yang kita ni betul-betul tolak tuah kalau tak cepat-cepat ambik peluang sekarang dan promote produk kat Shopee.

Terlampau banyak kelebihan yang Shopee boleh bagi. Bukan kata cukup satu dua faedah jer, tapi ada berlonggok-longgok.

Antaranya:

1) Percuma

Ni antara yang paling best. Takde caj yuran apa-apa untuk daftar sebagai penjual (seller) dan jugak takde apa-apa caj untuk setiap pembayaran dan proses.

Banyak mana yang pelanggan perlu bayar, itulah 100% yang akan anda dapat.

Tak macam portal online yang lain, macam portal Lelong contohnya, anda kena bayar lebih kurang dalam RM400 setahun sebelum boleh bertatih nak jadi penjual.

Bagi setiap sales yang anda dapat pulak, ada lagi caj transaksi yang anda kena bayar, paling tinggi 10% daripada jumlah bayaran.

Sama la jugak lain-lain portal macam Lazada, 11street dan yang sepuak dengannya. Untung yang kita dapat akan jadi makin kecut disebabkan caj-caj sampingan yang ada.

Sebut kata free, ni yang buat kita makin ‘geram’ nak meniaga kat Shopee nih, yer tak? Hari ni jugak rasa nak study panduan bisnes Shopee dan esok bangun pagi-pagi, lepas Subuh terus boleh promote produk.

bisnes shopee

Bila dah free, panduan bisnes Shopee pun dah ada, jiwa nak menjual pun rasa bebas 😉

2) Sistem online yang simple

Kalau anda reti guna smartfon, anda gerenti takde masalah nak promote atau buat listing produk kat Shopee.

Install dulu Shopee Apps, lepas tu anda ikut jer langkah-langkah mudah yang dah disediakan.

Start buat listing sama ada dengan ambik terus gambar produk dari akaun Shopee, upload gambar yang anda save dalam fon atau guna jer gambar daripada akaun Instagram anda.

Sebelum nak guna gambar dan deskripsi produk dari Instagram, pastikan anda link-kan dulu akaun Shopee dan akaun IG anda.

3) Kos Pos Laju ditanggung free

Untuk tempoh terhad, Shopee akan ‘belanja’ anda semua kos pos produk kepada pelanggan.

Anda cuma perlu print consignment note yang dah siap ditulis alamat pelanggan dan penghantar termasuk nombor tracking, bungkus produk, letakkan consignment note pada bungkusan produk dan hantar ke kaunter Pos Laju terdekat.

Bagi penjual yang belum layak untuk dapat tawaran pos free ni, Shopee ada buat offer diskaun untuk jumlah kos pos yang perlu anda bayar.

Sebagai contoh, katakan laa anda letak RM7.30 sebagai kos pos untuk produk anda.

Nanti Shopee akan sponsor RM2.30 dan pelanggan anda cuma perlu bayar RM5 jer untuk kos penghantaran.

Ni dah kos pos pun ada orang nak taja, memang rugi sangat-sangat laa kalau kita tak nak gi meniaga kat Shopee, yer tak?

Bak sini panduan bisnes Shopee satu. Nak korek rahsia sikit lagi sebelum nak start bukak kedai kat Shopee 😀

shopee penghantaran percuma

4) Mesra mobile

Shopee ni sebuah portal online yang mesra pengguna mobile seperti smartfon dan tablet. Cuma perlu download jer apps Shopee dan terus boleh guna.

Selain nak uruskan order kastemer, sebagai penjual, anda jugak boleh update tracking number dan balas mesej pelanggan melalui smartfon.

Cukup simple. Tak semestinya kena ada laptop atau PC dulu baru boleh nak meniaga macam pro.

shopee online shop

5) Bina reputasi dan jenama

Shopee ada sistem rating yang pelanggan boleh guna untuk tinggalkan review, sama ada dia berpuas hati atau tidak bila dah deal dengan anda.

Markah tertinggi untuk sistem rating ni ialah 5 bintang. Nak score markah penuh ni tak susah sebenarnya.

Anda cuma perlu bagi jer pengalaman jual beli terbaik kepada pelanggan. InsyaAllah, 5 bintang soheh dalam tangan.

Jumlah keseluruhan rating ni nanti akan dipaparkan di profile kedai anda.

Kalau rating tinggi, tak banyak atau langsung takde rating negatif, orang nak beli dengan anda pun akan jadi lebih yakin.

Kat sini laa pentingnya sistem rating ni untuk bina reputasi dan jenama.

Bila rating power, nak jual apa-apa produk pun takde masalah.

Dah tak tahan dah nak rembat “panduan bisnes Shopee”? Nanti kat hujung-hujung kita cerita lagi.

6) Preferred Seller

Buat bisnes kat Shopee ni, bila rating anda dah capai satu tahap tertentu, anda akan dapat taraf Preferred Seller.

Buat masa sekarang, target yang Shopee nak boleh kata masih lagi rendah.

Anda cuma perlu buat 50 jualan sebulan, dengan paling kurang kena ada 25 pelanggan unik atau unique buyer.

Unique buyer ni maksudnya pelanggan lain-lain. Bukannya pelanggan sama yang buat banyak pembelian kat kedai Shopee anda.

Bila dah naik pangkat jadi Preferred Seller, anda kena jaga rating dan maintain jualan untuk kekalkan status ni.

Kelebihan status ni, selain prospek akan jadi lebih melampau-lampau yakinnya untuk beli dengan kita, pelanggan jugak boleh tebus point atau mata ganjaran kat kedai Shopee kita.

Mata ganjaran ni Shopee yang bagi dan tak boleh ditebus di kedai-kedai yang takde taraf Preferred Seller atau Mall.

Satu lagi yang special, Shopee akan buat promosi khas untuk penjual yang bertaraf Preferred Seller. Jadi, anda akan dapat lebih peluang untuk tarik sales berbanding peniaga lain.

Cara nak jadi Preferred Seller dalam masa singkat? Boleh tengok dalam panduan bisnes Shopee yang akan saya bagitau nanti. Anda tiru jer bulat-bulat teknik dia.

bisnes online shopee

7) Shopee Mall

Shopee ni bukan kata budak baru nak up jer yang jual produk kat sini.

Jenama-jenama besar atau kedai-kedai official pun ada sekali kita boleh jumpa.

Bisnes diorang ni diletakkan bawah kategori Mall, kategori yang Shopee khaskan untuk jenama-jenama yang dah top.

Kalau jenama besar pun boleh ‘terbau’ dan terperasan lubuk Shopee ni, kenapa tidak kita, tak gitu?

8) Pembayaran mudah

Pelanggan tak perlu rasa susah nak membeli di Shopee sebab boleh buat bayaran online melalui mana-mana bank utama di Malaysia.

Kadang-kadang prospek tak jadi nak beli dengan kita sebab diorang takde akaun bank-bank tertentu bila time nak buat bayaran.

Ambik contoh kastemer yang hanya ada akaun CIMB dan kita pulak cuma terima bank-in melalui Maybank.

Bila berlaku macam ni, biasanya pelanggan akan rasa berat hati nak teruskan pembelian.

Mungkin sebab leceh dan banyak keje nak kena buat untuk transfer duit ke bank berbeza.

Mungkin jugak sebab caj-caj tambahan yang diorang perlu bayar seperti caj instant transfer misalnya.

Bagi kita, mungkin akan kata berapa sen sangat laa caj seciput ni.

Tapi bagi pelanggan, duit tetap duit. Bukan senang-senang buleh dapat dengan duduk tadah tangan dan perlu dihargai.

Ada jugak prospek khasnya dari luar bandar yang takde kemudahan ATM atau mesin cash deposit bank tertentu.

Kalau bank pun tak wujud kat kawasan diorang, maka kena laa terima hakikat yang transaksi jual beli memang takkan berlaku.

Dengan Shopee, kita tak perlu risau semua masalah ni. Asal ada akaun bank, gerenti boleh buat bayaran.

Setel tentang payment, nanti kita selongkar lagi rahsia-rahsia lain dalam “panduan bisnes Shopee” yang saya nak rekemen lepas ni.

9) Shopee Guarantee

Semua pembayaran daripada pelanggan akan dimasukkan terus ke akaun Shopee.

Anda sebagai penjual cuma akan terima bayaran selepas pelanggan bagi pengesahan yang barangan dah selamat sampai ke tangan diorang.

Atau disahkan secara otometik melalui sistem tracking produk (integrated system antara Shopee dan Pos Laju).

Bayaran yang anda dapat ni akan dikreditkan ke akaun virtual Shopee Wallet.

Fungsi Wallet ni perlu diaktifkan masa kali pertama nak daftar dengan Shopee.

Anda boleh keluarkan atau withdraw jumlah bayaran yang ada dalam Wallet ni terus ke akaun bank anda pada bila-bila masa yang anda suka, tanpa caj dan 3 kali seminggu.

Kalau nak guna duit dalam Wallet ni untuk shopping produk kat Shopee pun takde masalah.

Kalau anda nak biar gitu jer pun takpe. Nanti setiap hari Rabu, Shopee akan transfer secara otometik duit ni ke akaun bank anda.

10) Sistem coins

Sistem coins ni tujuan dia nak galakkan lagi prospek supaya setia membeli daripada anda atau peniaga lain yang ada di Shopee.

Setiap kali membeli di Shopee, pelanggan akan dapat beberapa coin dengan kiraan tertentu.

Untuk pembelian seterusnya, pelanggan boleh guna coin ni untuk dapatkan diskaun daripada penjual.

Coin ni cuma boleh ditebus di kedai Shopee yang ada status Preferred Seller atau Shopee Mall.

Genius jugak kan cara Shopee pancing pengguna untuk terus shopping dan belanja duit?

Anda jugak boleh manfaatkan sistem ni bila nak buat bisnes dengan Shopee nanti. Gunakan ilmu dalam panduan bisnes Shopee kalau masih was-was, tak tahu macam mana nak start.

buat duit dengan shopee

11) Jimat masa

Dengan Shopee, banyak proses berjalan secara otometik. Nak uruskan satu-satu order tu pun tak makan banyak masa.

Masa yang lebih tu anda boleh guna untuk kerja-kerja lain seperti buat promosi pemasaran, update produk dan kedai, dan lain-lain.

12) Kurang sikit ruang untuk tawar-menawar

Kita semua tahu kan..kalau prospek berhubung terus dengan kita, sama ada melalui mesej ke, jumpa depan-depan ke (COD); selalunya diorang mesti akan mintak kurangkan harga.

Dan sebagai penjual, kita kadang-kadang rasa tak selesa sikit bila sampai part nak kena kurangkan harga.

Nak-nak pulak kalau produk tu memang untung dia tak tinggi dan pelanggan pulak cuma nak beli satu unit.

Ini akan buat kita rasa serba salah.

Kang kalau tak bagi diskaun, dia tak jadi beli. Nak bagi murah, takut kita pulak yang rugi.

Jadi dengan Shopee, kita boleh selamatkan diri daripada kena berdepan dengan situasi yang cukup tak best ni 😀

Tapi kalau masa-masa tertentu anda nak buat jualan murah, misal kata jualan hujung tahun ke, promosi sempena Hari Kebangsaan ke, anda still boleh guna Promotion Tools yang ada kat Shopee.

13) Kurang risiko ditipu

Bayaran untuk setiap order akan disahkan oleh Shopee.

Shopee akan bagitau anda sama ada kastemer dah betul-betul buat bayaran atau belum.

Bila dah confirm, baru la anda boleh teruskan untuk pos barang.

Macam-macam kes penipuan ada kat Internet nih.

Tak semestinya pembeli jer kena tipu. Banyak kali dah terjadi bila penjual pun turut tak lepas daripada kena scam.

Antara yang paling femes, kes pelesit yang suka edit resit bank guna Photoshop. Nak barang tapi kemut nak bayar.

Resit pulak sebijik sama macam ori. Ni kalau tak perati tengok betul-betul, memang cerah masa depan nak dapat untung angin.

Produk dah pos, kalau ada baki, siap letak cash lagi dalam sampul.

Tapi bila check akaun, duit tak masuk-masuk.

Bagi yang baru nak berjinak-jinak dengan bisnes online, mungkin pernah alami pengalaman camni.

Mungkin sebab teruja punya pasal, kebetulan pulak kali pertama nak dapat pelanggan, sampai lupa nak semak benda-benda penting sebelum nak pos barang.

Dengan Shopee, masalah ni semua tak lut. Selagi duit daripada pelanggan tak muncul dalam akaun, selagi tu anda tak perlu pos produk.

Pelanggan pulak takleh nak berdolak-dalik, sebab segala bayaran, kalau ada, akan terus detect dalam sistem.

Bila Shopee dah kalis penipu, kita nak menjual pun rasa tenang. Nanti boleh dapatkan dulu panduan bisnes Shopee kalau nak kenal platform ni sekali lalu.

buat bisnes dengan shopee

14) Promosi

Shopee sebagai penyedia portal ni tak sekadar duduk diam goyang kaki tunggu jer prospek datang sendiri kepada penjual-penjualnya.

Boleh kata besar-besaran jugak laa promosi yang Shopee buat untuk tarik kastemer, terutama sekali melalui online seperti iklan Google dan Facebook. Sampai masuk TV pun ada iklan dia.

Kat sini kita dah jimat kos marketing sebab Shopee sendiri yang akan bantu promosi.

Kalau ditakdirkan murah rezeki, silap-silap produk anda yang akan terpilih untuk diletakkan dalam iklan Shopee.

Selain iklan, Shopee jugak memang kerap bagi offer kupon kepada penggunanya.

Dengan kupon ni, pelanggan boleh guna untuk claim diskaun mana-mana produk.

Kalau pelanggan guna kupon untuk beli produk anda, anda tetap akan dapat bayaran penuh sebab kupon ni di-sponsor oleh Shopee.

shopee online malaysia

15) Bantuan khidmat pelanggan

Ada masalah atau apa-apa nak tanya tentang Shopee? Boleh kontek terus bahagian khidmat pelanggan Shopee. Biasanya diorang akan respon dalam tempoh 24 jam.

Klik jer link support, nanti anda boleh hantar mesej melalui Shopee Apps atau emel.

Kalau rasa malas nak main tulis-tulis, lebih suka untuk cakap terus dan dengar suara lunak pegawai bertugas, boleh dail talian hotline yang Shopee sertakan.

Kalau ada masalah berbangkit antara anda dan pelanggan, pun boleh rujuk dengan Shopee.

Shopee okey jer kalau dapat bantu apa-apa yang patut. Yang penting, segala urusan jualan dapat berjalan lancar.

So, memang comey sangat la kan kalau Shopee ni jenis tak lepas tangan dengan semua orang yang terlibat dengan platform dia.

Takde laa kita tenggelam timbul dan terkapai sorang-sorang bila tiba time nak mintak tolong apa-apa.

Nanti jangan lupa check panduan bisnes Shopee dan korek apa lagi khazanah terpendam untuk mula bisnes online Shopee.

16) Takde had pendapatan

Jumlah pendapatan atau sales yang anda boleh dapat daripada Shopee bergantung pada usaha dan rezeki anda.

Kalau anda rajin promote cara betul, jual pulak produk yang tengah laku keras, nak jana lima angka sebulan pun boleh..InsyaAllah.

Tak caya?

Meh tengok gambar kat bawah. Bukti pendapatan salah sorang otai usahawan Shopee.

Screenshot ni hasil jualan daripada beberapa akaun Shopee dengan banyak jenis produk.

cara jual barang di shopee malaysia

shopee mall malaysia

Study panduan bisnes Shopee dan tengok cemana otai buat untuk dapat sales camni

Meleleh air liur tengok duit masuk ke akaun dia kan? Cemana ek dia buat? Kalau mintak nak coaching, belajar step by step, dia sudi ajar tak?

Sebelum ni dia memang pernah share selok-belok bisnes Shopee ni dengan kawan-kawan dia. Ajar secara direct, lutut bertemu lutut.

Tapi bila dah ramai sangat yang tanya dan minat nak join sekali, datang pulak masalah kekangan masa.

Nak buat kelas atau seminar, takut nanti tak sempat nak handle dan pantau sorang-sorang.

So, untuk tak nak menghampakan, dia ‘curi’ sikit-sikit masa sibuk yang ada untuk tulis sebuah ebook panduan bisnes Shopee.

Kat dalam tu dia dedah semua “buah pukul” dan teknik-teknik yang dia buat untuk dapat income empat angka seminggu dengan Shopee online Malaysia.

Orang baru yang nak tahu skil power dan cara jual barang di Shopee Malaysia, cuma perlu copy and paste cara yang dia ajar kat sini – Bisnes Shopee.

Tak susah mana aih 😀

ps: sekarang ni portal Shopee tengah rancak dok buat promosi terbaru..promosi 11/11.

Maka berbahagia laa geng usahawan yang dah ada kedai kat Shopee. Bos besar sendiri yang sanggup keluar modal dan buat iklan untuk tarik pelanggan.

Kalau tak silap, baru jer hari tu dah buat promosi 9/9.

Digiprove sealCopyright secured by Digiprove © 2018

Nak jadi antara orang pertama baca setiap kali ada artikel baru?

Isikan nama glamer dan alamat emel anda kat bawah yer..

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

Emel anda selamat bersama kami. Dan kami janji takkan SPAM, kerana seperti anda, kami jugak menyampah dengan SPAM!

Comments
  1. Khairi
  2. cik mien
  3. Chik Tie
  4. Syazwan Youb

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.