Cara promote produk di Instagram guna teknik sempoi tapi berbisa

cara promote produk di instagram

Cara promote produk di Instagram tanpa kos

Anda ada promote produk di Internet? Promote kat mana? Blog? FB? Sales macam mana sales? Kencang? Cukup-cukup makan? Ke tak balik modal?

Perghhh..soalan. Dah macam kena soal siasat lak πŸ˜€

Sebenarnya tak kisah anda iklankan produk kat mana pun. Lagi banyak tempat anda promote, kena pulak atas batang hidung target audiens yang tepat, lagi cerah masa depan anda untuk dapat orang yang sudi hulurkan duit πŸ™‚

Berapa banyak sales harian anda pun tak jadi hal.

Kalau sales OK, kita cari dan tambah lagi pelanggan kat tempat lain. Kalau tak berapa nak OK, apa kata kita cuba plak pancing ikan kat kolam baru?

Sebut pasal kolam baru nih, hari ni saya bercadang nak hasut anda untuk promote kat Instagram plak. Siap saya share sekali cara promote produk di Instagram guna teknik free tapi berbisa.

Kenapa Instagram? Ikut kajian, sehingga Januari 2015, tak kurang daripada 5.5 juta rakyat Malaysia kita ni ada akaun IG.

Err..kalau campur tolak mungkin tak sampai kot 5.5 juta. Al-maklum laa, dalam ramai-ramai tu mesti ada punyalah sorang dua yang nak lebih..siap pulun 3-4 akaun sekali daftar πŸ˜›

Tapi, apa-apa hal pun, jumlahnya masih lagi dalam juta. Maknanya, prospek untuk produk kita boleh jadi jugak ada dalam juta-juta..tengah bersembunyi di celah-celah Instagram tunggu masa untuk kita jumpa. Cuma kena pandai cari jer kat mana diorang selalu lepak.

Dengan jumlah lebih 5 juta pengguna ni, saya cuba-cuba jugak Google dia punya detail statistik.

Berapa lingkungan umur, lelaki ke pompuan lagi ramai, majoriti dari negeri mana, tahap pendidikan sampai takat mana, dah kahwin ke belum..

Tapi sayang, statistik yang spesifik kepada pengguna dari Malaysia tu sampai sudah tak jumpa.

Yang ada pun cuma data umum yang melibatkan pengguna Instagram dari seluruh dunia secara keseluruhan.

Kat bawah ni saya senaraikan beberapa fakta best tentang IG yang mungkin berguna kepada penjual online:

  • 90% pengguna berumur kurang daripada 35 tahun. 41% berumur antara 16-24 tahun
  • lelaki paling ramai join IG dengan 51%
  • 47% pengguna dewasa lebih suka layan IG melalui smartphone. 53% lagi guna tablet
  • 70% pengguna akan login paling kurang sekali sehari
  • cuma 23% yang betul-betul guna fungsi direct message atau PM
  • produk yang paling banyak dapat like dan komen? Produk keperluan isi rumah
  • 25% daripada kompeni-kompeni besar yang tersenarai dalam Fortune 500, aktif menggunakan IG. Biasanya, diorang akan post update setiap hari Khamis
  • daripada 1,000 video yang paling banyak di-share di IG, 40% daripadanya adalah video yang di-post oleh jenama produk
  • secara purata, 100 daripada jenama terkenal dunia akan post update 5.5 kali seminggu sebagai “cara promote produk di Instagram”. 43% daripadanya akan post setiap hari
  • IGers akan lebih banyak like dan komen pada post bergambar, peningkatan 1.5% berbanding post dalam bentuk video
  • foto yang ada wajah manusia selalunya akan mendapat 32% lebih banyak like

Kalau tengok pada data ni, rasa-rasanya anda dah dapat idea tak nak promote apa kat Instagram? Dah nampak jalan tak macam mana nak buat post promosi nanti?

cara promote produk di instagram

Tips menjual di Instagram ni dah bantu sorang student untuk jana 4 angka dalam masa dua minggu

Okeh..macam yang saya bagitau awal-awal tadi, meh saya share plak cara promote produk di Instagram. Promote gaya bro Aulis Uwais πŸ™‚

Ingat lagi tak dengan nama Aulis Uwais ni? DalamΒ artikel sebelum ni saya ada petik nama pakar pemasaran Instagram nih.

Promote cara otai ni sempoi sikit. Satu, sebab banyak guna teknik free. Dan satu lagi, sebab dah terbukti berkesan untuk dapat jualan.

Salah sorang student bro Aulis yang pernah guna teknik ni, sekarang ni dah berjaya jana RM2,000 sebulan dengan menjual di Instagram. Masa ni, akaun IG dia cuma ada 126 orang follower.

Antara teknik promosi produk di Instagram yang selalu dia buat ialah:

1) teknik giveaway – macam mat saleh selalu pesan, “the more you give, the more you get”. Guna teknik ni untuk tarik minat prospek untuk beli produk kita

2) strategi hashtag (#) – teknik ni kita takleh main bubuh jer. Ada seninya. Kena tahu pilih hashtag macam mana yang dapat mainkan psikologi prospek dan seterusnya dapat bodek diorang untuk jadi pelanggan kita

3) joint venture (JV) – pernah dengar tentang swap review? Owner akaun IG saling promote akaun masing-masing.

Biasanya, tengok pada bilangan follower. Kalau follower ada ratus-ratus, saling promote dengan owner yang ada ratus-ratus follower. Kalau 10,000 follower, promote dengan yang ada 10,000 jugak. Dan begitulah seterusnya..

Tapi kalau ikut cakap bro Aulis, teknik swap review ni sebenarnya dah lapuk dah walaupun masih berkesan. Ada cara lain yang lagi mudah untuk berJV dan lagi senang untuk up-kan jualan.

4) viral contest – buat contest yang simple-simple jer, yang mudah orang nak join. Cuma sebelum buat tu elok kita plan dulu, dan ada step-by-step yang kita kena ikut.

Teknik ni jugak mungkin akan makan modal sikit sebab kita perlu sediakan hadiah kepada pemenang. Tapi kalau kreatif, kos hadiah mungkin jugak boleh jadi free.

Empat cara promote produk di Instagram yang bro Aulis share ni, sekali tengok macam ada yang tak cukup, kan? Yer..tak cukup detail πŸ˜‰

Dia takde bagitau ke kat mana nak belajar teknik ni step-by-step? Kalau dah tahu detail, senang sikit nak tiru, yer tak? Copy jer bulat-bulat..

Well..ada sebenarnya. Dan bukan setakat empat teknik ni jer, ada lagi 6 teknik rahsia yang dia simpan. Satu-satu bro Aulis ceritakan, cara betul macam mana nak buat, complete dari kulit sampai laa ke tulang πŸ˜€

Nak tahu kalu, meh klik dan jenguk kat sini – Gerila Instagram

Digiprove sealCopyright secured by Digiprove © 2016-2017

Nak jadi antara orang pertama baca setiap kali ada artikel baru?

Isikan nama glamer dan alamat emel anda kat bawah..

Emel anda selamat bersama kami. Dan kami janji takkan SPAM, kerana seperti anda, kami jugak menyampah dengan SPAM!

Author: Amir Mazlan

Mula mengorat-ngorat dengan bisnes online pada 2006. Masa tu kerja part-time dan tertengok member satu opis window-shopping RC helikopter melalui portal Lelong. Terus jatuh minat. Kitab pertama yang dirujuk ialah ebook TsunamiWang. Sumber kedua, buku sifu Irfan Khairi; Rahsia Jutawan-jutawan Internet Terbongkar.

Share This Post On
468 ad

17 Comments

  1. bagus ni….instagram satu medium online untuk menambah kenalan disamping jana pendapatan lumayan.

    Post a Reply
  2. Kena cari targeted follower dan keyword hashtag yang berhantu. Barulah dapat hasil.

    Post a Reply
  3. tapi kadang2 x kena cara.
    pernah tengok artis ni kehilangan keluarga, dia dok comment barang jualan.
    tak kena tempat.
    ada gk penjual tu kena hentam balik.
    sian plak

    Post a Reply
  4. jarang guna instagram.

    just untuk brand dan awareness aje.

    untuk wat sales. lebih prefer cara lain.

    Post a Reply
  5. Cara yang diajarkan ni amat berguna. I dah coba dan dapat beberapa pembelian dari pengunjung. Terima kasih banyak-banyak.

    Post a Reply
  6. Saya pun ada Instagram business, terima kasih untuk artikel ini bisa dipratikkan nanti ilmunya

    Post a Reply
  7. SEmakin ramai orang yang pakai Instagram untuk buat bisnes. Ada orang yang jangka dalam 3 tahun pengguna Instagram akan melebihi pengguna Facebook.

    Post a Reply
  8. Bagus utk produk fizikal dan dropship.. Laju mcm air terjun sales.. Cuma kena rajin usaha dan timing kena betul…

    Post a Reply
  9. Boleh cuba aplikasi jual produk melalui instagram

    Post a Reply

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.