Doa murah rezeki, penawar mustajab di kala sales suam-suam kuku

doa murah rezekiPilih produk hot dah. Karang ayat power dah. Letak gambar cantik-cantik pun dah. Tapi sayang, kenapa kat hujung-hujung tu kita selalu lupa nak buat satu benda? Lupa nak berserah pada Allah dengan baca doa murah rezeki contohnya.

Betul..nak tahu produk apa yang tengah trending, kita boleh survey. Nak berguru dengan sifu bisnes yang hebat-hebat, kita boleh cari.

Macam mana cara diorang dapatkan sales, kita boleh copy. Just tiru jer bulat-bulat apa yang diajar. Kalau datang ilham, improvise lagi sikit-sikit guna teknik sendiri.

Bagi yang ada duit lebih, boleh gali lagi ilmu bisnes dengan beli panduan premium yang harganya mungkin cecah ratus-ratus, kalau tak ribu-ribu ringgit.

Bila sampai masa nak jual produk, kita guna pulak skil promosi yang paling rare dan paling kreatif pernah kita pikirkan. Memang jarang-jarang orang boleh dapat idea sama.

Tak cukup dengan jual produk semata-mata, kita tambah lagi bonus-bonus mantop sampai dah takde ruang nak tulis dalam senarai. Demi nak mengayat prospek supaya lebih terpikat untuk jadi kastemer kita.

Nak promote pun tak main dah cara free. Dah lama tak usik sebab lambat dan banyak kerja nak kena buat.

Sekarang ni zaman orang guna iklan berbayar. Spend jer bajet untuk iklan banyak-banyak, biar orang dapat tengok iklan kita hari-hari.

Dah lama-lama nanti, melekat la satu-dua sales. Kalau kena timing orang baru dapat gaji, silap-silap lagi mencanak-canak sales masuk.

Punya la laku keras..sampai tak menang tangan nak melayan

Tapi yer ke orang beli dengan kita sebab baru dapat gaji dan poket tengah kembung?

Yer ke diorang beli sebab produk kita tengah hot? Sebab ayat kita lentok meleleh? Sebab kita anak murid otai bisnes tersohor?

Kalau betul yer, kenapa kadang-kadang bila kita cuba promote satu-satu produk, boleh kata payah giler nak laku?

Walhal bukan produk pelik-pelik pun. Produk sama jer macam orang lain dok jual. Ayat iklan pun kita dah salin sebijik-sebijik macam yang otai suruh.

Bezanya bila orang lain jual, dapat sales. Tapi bila kita yang jual, dapat habuk masuk angin keluar asap.

So, kita kena yakin, pelanggan membeli tu sebab Allah SWT yang bagi ilham. Sebab Allah yang gerakkan hati diorang untuk pilih kita daripada sekian ramai lain-lain penjual yang ada.

Itu pasal, satu benda ni kena selalu ada dalam check list.

Dah usaha sehabis baik, dah promote sehabis daya, jangan la pulak kita lupa untuk berserah dan tawakkal kepada Allah. Doa murah rezeki jangan tinggal.

Kita baca doa ni sebagai satu bentuk ikhtiar agar Allah mudahkan urusan bisnes kita.

Maklum laa, dengan bilangan pesaing yang sikit punya ramai, pulak tu masing-masing datang dengan skil marketing unik untuk tarik pelanggan, sampai prospek pun boleh naik rabun bijik mata.

Dah tak tau dah nak pilih yang mana satu, patut beli dengan sape.

Jadi dengan ikhtiar kita yang ekstra ni, moga-moga Allah akan bukakkan hati diorang untuk lebih ‘sedar’ akan kelibat kita sebagai penjual.

Moga-moga tawaran yang kita bagi tu nampak lebih menonjol dan bersinar-sinar di mata diorang berbanding offer daripada penjual lain. Aamiiin 😀

Doa dimurahkan rezeki

Muncungnya dik..sedih kastemer lari ek?

Doa ni seeloknya kita amalkan hari-hari. Buat awal-awal sekali sebelum kita nak mulakan kerja-kerja bisnes.

Kalau tak dapat nak hafal, kita ‘tepek’ jer kat smartfon atau laptop. Jadikan wallpaper. Senang pun senang..bila on jer, terus boleh baca.

Mulakan dengan selawat ke atas junjungan Rasulullah SAW, dan akhiri dengan selawat juga. Lepas dah baca, kita serah jer pada Allah.

Dan sebelum nak baca doa murah rezeki ni, kalau boleh kita betulkan dulu niat asal kita kenapa kita nak meniaga.

Memang la semua orang meniaga sebab nak duit. Tapi duit yang kita dapat tu biar la kita terima lepas kita bantu selesaikan masalah orang melalui produk kita.

Kita buat untung, pelanggan pun puas hati. Bukannya kita jer buat untung, tapi kastemer asyik dok maki. Gara-gara produk tak berkualiti, yer tak?

Okeh..kat bawah ni saya kongsikan senarai doa yang kita semua geng usahawan boleh pakat-pakat baca dan jadikan rutin harian.

Ada antara doa ni di-rekemen oleh Dato’ Mohd. Fadzilah Kamsah sendiri. Bagi sape-sape yang kenal, memang tau la kan yang DMFK ni merupakan salah sorang jutawan dan usahawan terbilang.

Tapi tak terhad kepada usahawan jer. Yang makan gaji pun dialu-alukan untuk sama-sama amalkan.

Kalau yang meniaga, kita mohon Allah permudah dan lebatkan sales. Bagi yang makan gaji, moga-moga Allah mudahkan untuk naik gaji dan naik pangkat 😀

Ayat 1000 Dinar

Ayat Seribu Dinar

Doa 12 Pintu

Doa Pembuka 12 Pintu – doa yang di-rekemen oleh DMFK

doa dimurahkan rezeki

Zikir murah rezeki

Doa Al-Ma’thurat. Kredit foto: muhammadmt.blogspot.my

So, memang confirm la ni kan? Baca jer doa ni, terus sales masuk tak berenti-renti? Gaji cepat naik, bos pun mudah sayang?

Haha..cepat atau lambat hasilnya, yang tu saya tak berani nak gerenti.

Terpulang kepada ketentuan Allah sebab hal-hal rezeki ni rahsia Allah. Hanya Allah yang tahu dan berhak tentukan.

Cuma satu yang pasti dan wajib kita pegang, usaha + tawakkal tu tetap yang paling afdhal, tak gitu?

Macam mana pulak kalau ada orang cakap:

Saya ni bukannya tak nak baca “doa murah rezeki” nih. Cuma tu laa..kadang-kadang lupa nak baca, kadang-kadang sebab malas 😛

Tapi sales okey jer maintain tak putus-putus..

Kalau camtu la kesnya, kita kena berbalik pulak kepada keberkatan rezeki.

Takut nanti rezeki memang mudah datang, tapi mudah serta cepat pulak hilang. Wallahua’lam.

Digiprove sealCopyright secured by Digiprove © 2018

Nak jadi antara orang pertama baca setiap kali ada artikel baru?

Isikan nama glamer dan alamat emel anda kat bawah yer..

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

Emel anda selamat bersama kami. Dan kami janji takkan SPAM, kerana seperti anda, kami jugak menyampah dengan SPAM!

Comments
  1. zara
  2. Kak Su
  3. mrhanafi
  4. Khairul Zamri
  5. encikhafiz.com
  6. Ikhwan
  7. Hans
  8. Nurul Laily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.