Apa maksud SPAM? Saya promote, awak menyampah?

Apa maksud SPAM sampai Hulk nyampah sangat?Pernah dengar pasal SPAM? Pernah. Selalu ke dengar istilah ni? Selalu sangat, sampai dah naik berdesing lubang telinga. Tahu ke apa maksud SPAM? Err..rasa macam tahu, cuma nak explain jer tak reti. Haha..

Kalau nak terangkan dalam bahasa penuh, SPAM ni maksudnya satu bentuk gangguan dalam aktiviti Internet, biasanya dalam bentuk pesanan yang banyak, yang orang tak suka pun nak terima.

Nak senang cerita, SPAM ni boleh la kita anggap sebagai sejenis pengiklanan yang takde etika.

Iklan yang dihantar tanpa terlebih dulu mendapat kebenaran daripada tuan penerima. Memang takde akhlak punya iklan πŸ˜€

Saya sendiri pun pernah jugak terbuat iklan tak bermoral nih. Dulu masa muda-muda, waktu baru nak kenal bisnes online dan masih jahil tak tau apa maksud SPAM.

Ingat lagi masa tu, TV9 baru jer nak start bersiaran untuk kawasan negeri Pantai Timur.

Kalau tak silap, time tu TV9 ada buat program interaktif. Program yang kita boleh hantar SMS, dan SMS kita akan keluar kat TV.

Biasanya, dekat-dekat nak tengah malam baru diorang tayangkan program ni.

Tujuan program ni sebenarnya nak bagi peluang kat penonton untuk hantar mesej hari jadi ke, mesej kepada kawan yang dah lama terpisah ke..

Saya pulak bantai SPAM dengan hantar mesej promote link affiliate. Haha..

Bangga sungguh bila tengok iklan kita keluar kat TV. Ada dapat sales? Toksah harap. Langsung tak pernah melekat.

Yer laa..takde maunya orang yang tengah syok dok layan TV, tiba-tiba nak bingkas bangun, bukak komputer, sambung Internet; semata-mata nak tekan link affiliate kita, betul tak?

Dulu-dulu punya kisah. Sekarang dah tak buat dah πŸ˜‰

Tapi apasal iklan murahan camni kita gelar SPAM ek? Kalau letak nama lain takut tak glemer ek? Takut nanti tak sampai “apa maksud SPAM”?

Apa itu SPAM? Asal jenama tuttt rupanya

Nin la dia tuan punya nama asal

Nak jadi cerita, perkataan SPAM ni asalnya jenama produk daging khinzir (patut laa kita rasa macam nak maki jer orang yang suka tabur iklan merata nih).

Dan istilah SPAM ni pulak jadi trending disebabkan satu sketsa komedi, Monty Phyton’s Flying Circus.

Sketsa ni pernah disiarkan di saluran BBC (British Broadcasting Corporation).

Dalam sitkom ni, ada dipaparkan watak sepasang suami isteri yang jadi pelanggan tetap sebuah kafe.

Kat kafe ni pulak, boleh kata hampir semua menu makanannya mesti ada daging mughallazah ni.

Balik-balik daging khinzir, balik-balik daging vavi πŸ˜›

Dan bagi pelanggan lain, diorang pun memang tak pernah gagal dok ulang-ulang jenama SPAM ni setiap kali nak order makanan:

Bro, order daging SPAM masak kicap satu.

Bro, macam biasa ek. Daging SPAM masak tiga rasa.

Kira tapau bro. Nasik sup daging SPAM. Kuah kasi lebih yer.

Agaknya camtu la kot kalau kita terjemah ke Bahasa Melayu. Dah tahap meniti di bibir peminat bunyinya.

So, bila dah acap kali disebut-sebut, sampai satu ketika si isteri tu tadi naik boring pulak dengan benda alah SPAM nih.

Rasa macam telinga ditonyoh-tonyoh jer bila dengar.

Dan, dari situ laa dipercayai bermulanya penggunaan istilah SPAM atau spamming ni.

maksud spam dalam bahasa melayu, terutama sekali spam emel

Kalau kat dunia online, contoh SPAM yang paling femes, paling klasik dan paling senang nak jumpa ialah SPAM emel.

Bagi usahawan yang baru jer nak belajar bercinta dengan bisnes Internet, biasanya tak ambik kisah sangat apa maksud SPAM nih.

Bila tak cakna dan tak arif maksud, selalunya ni laa dia modus operandi yang diguna untuk promote produk.

Tak caya cuba check tengok akaun emel anda. Memang bertimbun-timbun kan emel SPAM ni?

Kat folder utama dia berjaya terobos masuk, kat folder SPAM lagi laa malas nak cerita.

Daripada iklan nak jual barang, sampai laa iklan nak tipu orang dan jual orang πŸ˜›

Sebenarnya, bukan tak boleh nak promote barang melalui emel. Boleh jer, tapi ada syarat dan seninya.

Apa syaratnya? Wajib kena buat melalui pemasaran emel.

Dengan pemasaran emel ni, kita akan guna autoresponder untuk iklankan produk. Bab ni kita tunggu lain tahun ek. Baru sedap sikit nak ulas panjang lebar πŸ˜€

Selain SPAM emel, ada banyak lagi SPAM dalam bentuk lain.

Meh tengok baka-baka SPAMΒ dalam lain-lain media:

  • SPAM chat
  • SPAM forum
  • SPAM SMS
  • SPAM enjin carian
  • SPAM blog
  • SPAM Wikipedia
  • SPAM faks
  • SPAM aplikasi online
  • SPAM portal iklan online
  • SPAM portal perkongsian fail
  • SPAM media sosial
  • SPAM iklan TV

Maksud SPAM dalam bisnes offline? Tepek iklan merata

SPAM ni tak semestinya ada dalam dunia online jer. Kat alam bisnes offline pun dia wujud dan boleh menjelma dalam macam-macam jenis entiti.

Cumanya, untuk bisnes offline ni kita tak sebut SPAM, tapi kita panggil iklan haram πŸ˜€

Alaa..iklan flyer yang selalu kita nampak bersepah-sepah kat bus stop, bertepek-tepek kat signboard nama jalan, kat belakang seat bas pun kadang-kadang ada, sampai kat dalam tandas awam pun dia boleh tergamak tinggal nombor kontek bisnes. Iskk..

Dipendekkan hikayat, jadi laa kita seorang usahawan online yang lebih bertamadun dalam beriklan. Yang tahu apa maksud SPAM dan cukup paham dengan satu konsep:

Kalau kita menyampah kena SPAM, orang pun menyampah diSPAM oleh kita.

Benda yang kita tak suka jadi kat diri sendiri, jangan laa pulak kita gi buat kat orang lain.

Buat SPAM ni memang best sebab takyah keluar modal. Pacak jer iklan sesedap rasa, pastu tinggal.

Tapi apa guna kalau hasilnya Saya Promote, Anda Meluat.

Seelok-eloknya try usaha sikit lagi biar jadi Saya Promote, Anda Minat.

Peace V

Digiprove sealCopyright secured by Digiprove © 2019

Nak jadi antara orang pertama baca setiap kali ada artikel baru?

Isikan nama glamer dan alamat emel anda kat bawah..

Invalid email address
Emel anda selamat dengan kami. Kami janji takkan SPAM, kerana seperti anda, kami jugak menyampah dengan SPAM!

Author: Amir Mazlan

Mula mengorat-ngorat dengan bisnes online pada 2006. Masa tu kerja part-time dan tertengok member satu opis window-shopping RC helikopter melalui portal Lelong. Terus jatuh minat. Kitab pertama yang dirujuk ialah ebook TsunamiWang. Sumber kedua, buku sifu Irfan Khairi; Rahsia Jutawan-jutawan Internet Terbongkar.

Share This Post On
468 ad

1 Comment

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.