Lima cara buat duit dengan affiliate, diyakini mujarab bila buat ikut tertib

cara cari duit lebihCara nak buat duit dengan affiliate ni ada banyak. Macam-macam cara promote yang boleh kita guna.

Lain orang, maka lain laa kaedah promosi yang dia lebih selesa amalkan.

Ada yang suka pakai cara free, dan tak kurang jugak yang lebih memilih cara yang perlu keluar modal.

Mungkin menjadi untuk dia, dan boleh jadi jugak payah atau lambat mujarab untuk orang lain bila buat cara sama.

Masing-masing punya stail.

Dan cara paling klasik yang orang selalu guna untuk promote produk affiliate, tak kisah laa bagi Mat Saleh atau Mat Malaya, sama ada newbie mau pun old-timer (otai), ialah strategi list building.

Atau dalam BMnya, strategi kumpul senarai emel.

Dengan teknik ni, InsyaAllah, boleh kata acap kalinya menjadi.

Baik orang lama atau orang baru, sekali dah try, jarang-jarang kita dengar yang diorang rugi besar atau menyesal yang amat bila guna cara ni.

Sebabnya, selain dapat promote produk, dengan kumpul list maknanya kita jugak dah ada database prospek sendiri.

Database ni nanti kita boleh manfaatkan pulak untuk buat duit dengan affiliate dan promote lain-lain produk yang ada kaitan, atau related dengan niche kita.

Dapat jimat bajet sebab dah takyah keluar modal marketing untuk cari prospek baru.

Kat bawah ni saya share screenshot statistik website klien sifu bisnes affiliate saya iaitu Bro Rahman Basri, atau lebih dekat di hati bila kita panggil RB 😀

buat duit dengan affiliate

Kumpul leads dulu, lepas tu baru kita kumpul sales..

Start bulan Mac yang lepas, Bro RB ada bagi panduan kat klien ni supaya fokus untuk kumpul list dulu.

Kalau kita tengok sekitar 2-3 bulan lepas, list prospek klien ni cuma ada lebih kurang dalam puluh-puluh jer.

Belum pun habis bulan Mac, jumlah list yang diorang ada terus melambung kepada lebih 2,000 prospek.

Bilangan trafik pun turut naik setiap hari. Kebanyakan sumber klik ni diorang dapat dari Facebook.

Ada yang datang tanpa sebarang kos, dan ada jugak yang ‘dijemput’ cara berbayar.

Bagi anda yang dah pasang niat nak bisnes untuk jangka masa panjang, list building ni laa strategi yang paling di-rekemen untuk anda prektis.

Bukan setakat promote sekali, kemudian terus tinggal.

Pastu tengok gitu jer prospek terkapai-kapai sendiri dan biar dia buat keputusan sorang-sorang sama ada nak beli ke tak.

Bro RB ni memang dah selalu benar nasihat, kepada sape-sape yang baru nak buat duit dengan affiliate tu, tolong laa utamakan untuk buat list building dulu. Lepas tu baru fokus kepada sales.

Tapi tu la pasal, ramai mana sangat laa yang sudi dengar cakap. Sebab nak buat duit cepat katanya. Malas nak ambik masa tunggu lama-lama.

So, bagi anda yang takde hal nak luang masa sikit untuk buat list building, ni Bro RB ada bagi workflow sempoi:

bisnes modal kecil

Buat step-by-step..yang mana dulu, kita dulukan

1) Buat satu webpage untuk kumpul list emel

Webpage ni selalu jugak orang sebut squeeze page.

Bagi laa apa saja tawaran free yang anda boleh fikirkan. Janji tawaran atau offer ni dapat tarik prospek untuk rela hati bagi nama beserta alamat emel peribadi.

Oopps..satu lagi. Pastikan jugak offer yang anda nak bagi tu ada kena-mengena dengan produk berbayar yang anda nak promote nanti.

Kalau anda tak biasa dengar tentang squeeze page, boleh skodeng contoh kat sini – Template Headline Memukau.

2) Bina satu lagi webpage untuk promote produk

Yang ni kita panggil sales page.

Kat laman ni anda perlu terangkan detail sikit tentang produk, harga, testimoni dan apa step by step yang prospek perlu buat untuk dapatkan produk ni.

3) Rajinkan diri untuk tulis sekurang-kurangnya 30 emel follow up

Mak aii..sampai 30 emel? Banyak benor tu bosskur..

Emel ni anda kena hantar selang sehari kepada prospek.

Dalam 30 hari tu nanti, InsyaAllah, pasti akan ada prospek yang minat nak order.

Cuma tu laa; nak siapkan 30 emel ni, agak-agaknya berapa kali demam, berapa kali kebah la yer baru boleh siap?

4) Hujung bulan, buat analisis sales

Ambik tahu berapa banyak leads (emel) masuk, berapa kos untuk dapat satu lead, berapa banyak dah dapat buat duit dengan affiliate (sales) dan berapa jumlah untung bersih.

5) Bulan depan, gandakan lagi modal untuk kempen marketing (scale up)

Scale up bajet marketing pada platform iklan yang dah berjaya bawak duit kepada anda.

Mana-mana iklan yang gagal tarik sales, anda biar jer dulu.

Kita cucuk lebih banyak modal marketing ni sebab nak bagi lagi ramai prospek yang dapat tengok offer kita.

Lagi ramai prospek, kena tepat pulak pada audiens yang targeted, maka lagi kencang laa sales masuk, InsyaAllah.

Bagi anda yang masih takde produk, takde idea nak bagi apa untuk kumpul list, belum mahir lagi nak buat squeeze page sendiri..

Atau sedar yang ‘kudrat’ menulis belum cukup power untuk siapkan 30 emel promosi.. 😛

Saya rasa mungkin anda buleh cuba try test uji sistem ni – Jualan Pro.

Apa kebenda pulak Sistem Jualan Pro (SJP) nih?

cara pemasaran produk

Cer citer sikit bang, biar terang..

Jualan Pro ni adalah satu sistem hasil air tangan Bro RB yang direka khas untuk bantu anda “buat duit dengan affiliate” secara pasif.

Pasif sampai takyah buat apa-apa langsung ke? Duduk-duduk, goyang kaki, dapat duit?

Nak duduk-duduk jer, goyang kaki 24 jam, pastu nak duit masuk; pun boleh jugak.

Tapi takleh laa buat bisnes affiliate, kena buat bisnes menjahit..haha..

Dengan sistem ni, kerja anda cuma buat promosi dan tarik prospek ke webpage supaya diorang minat untuk daftar nama dan emel.

Untuk step seterusnya, anda serah jer kepada sistem ni untuk buat follow up kepada prospek dan close sale (dapatkan jualan).

Bila prospek dah beli mana-mana produk affiliate melalui emel follow up ni, anda akan terima komisen.

Ada kena bayar apa-apa ke kalau nak guna SJP nih?

Selalunya, sebelum nak kumpul dan hantar emel ni, anda kena langgan sistem autoresponder emel dulu.

Kos nak langgan autoresponder ni lebih kurang dalam USD15, atau RM60 sebulan.

Tu tak campur lagi kos nak langgan domain dan hosting, nak design webpage, nak upah orang untuk tuliskan emel..

Tapi memandangkan semua tu dah disediakan siap-siap, segala proses follow up dan close sale pun SJP yang akan tolong handle nanti..

Maka anda dah tak perlu risau tentang apa-apa kos tambahan.

Tugas anda sikit jer – konsetret kepada promote webpage, tarik trafik dan kumpul emel prospek.

So, anda cuma kena seluk poket keluar duit untuk kos marketing, dan jugak kos permulaan untuk daftar SJP 😀

cara nak buat duit

Kalau sebelum ni anda dah biasa guna FB Ads, start dulu kempen iklan dengan kos tak lebih RM10-RM50 sehari, macam yang Bro RB rekemen.

Tapi untuk newbie, kalau bajet anda ketat sikit, guna jer cara promosi free dulu.

Tutorial macam mana nak buat duit dengan affiliate guna teknik promosi free ni ada Bro RB bagi dalam ruangan ahli dan group support.

So, harap anda jelas yer.

Kalau dah jelas semua, meh order dan ikat tepi fresh orange SJP sebungkus kat sini – Sistem Jualan Pro.

Dah siap order, jangan pulak lupa untuk pilih dan claim bonus anda kat sini – Bonus Premier.

Digiprove sealCopyright secured by Digiprove © 2019

Nak jadi antara orang pertama baca setiap kali ada artikel baru?

Isikan nama glamer dan alamat emel anda kat bawah..

Invalid email address
Emel anda selamat dengan kami. Kami janji takkan SPAM, kerana seperti anda, kami jugak menyampah dengan SPAM!

Author: Amir Mazlan

Mula mengorat-ngorat dengan bisnes online pada 2006. Masa tu kerja part-time dan tertengok member satu opis window-shopping RC helikopter melalui portal Lelong. Terus jatuh minat. Kitab pertama yang dirujuk ialah ebook TsunamiWang. Sumber kedua, buku sifu Irfan Khairi; Rahsia Jutawan-jutawan Internet Terbongkar.

Share This Post On
468 ad

1 Comment

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.