Cara buat iklan di Facebook yang kadang-kadang kita fedup nak tengok

cara buat iklan di facebook

Cara buat iklan di Facebook yang paling banyak orang guna

Anda dah selalu jumpa kan..cara buat iklan di Facebook yang suka sangat berahsia tak nak cakap harga produk awal-awal.

Kita kemain laa baca dia punya ayat jualan. Panjang lebar pulak tu. Last-last bila sampai hujung, aci jer nak tengok harga, boleh pulak dia suruh kita komen dulu. Dah komen nanti, baru dia PM bagitau harga berapa.

Kena tulis komen tu satu hal. PMnya belum tentu lagi bila boleh dapat. Buatnya dia tak perasan ada notification, mau berhari-hari kita nunggu semata-mata nak tau harga.

Kalau tepek harga terus tak boleh ke? Mahal sangat ke dakwat keyboard tuh sampai takleh nak taip lagi 3-4 huruf, letak RM sekian-sekian? Hah? Hah?

Geram sungguh rasa. Rasa nak menggelegak jer darah pahlawan Bugis nih 😡

Hahaha..rilek. Sabor. Bawak bertendang. Jangan naik minyak dulu. Dah la minyak tak berapa nak murah dah sekarang ni 😀

Sebenarnya, ada sebab kenapa peniaga FB kena buat camtu. Kenapa diorang tak boleh nak bagitau harga dulu.

Untuk paham kenapa, terlebih dulu kita kena paham satu benda ni.

Bagi kita orang berniaga nih, memang kira seribu rahmat kalau ada orang lain yang sudi promote produk kita tanpa apa-apa bayaran.

Mungkin sebab produk kita ni betul-betul berkesan, mungkin jugak sebab produk kita ni sama macam apa yang kita iklankan, maka diorang tak kisah untuk bantu kita buat pemasaran percuma.

Biasanya, pemasaran percuma ni datang dalam bentuk word-of-mouth. Bila barang baik, otometik laa akan jadi buah mulut, yer tak?

Hasilnya, kita akan dapat tengok diorang bagi testimoni free, status update yang cerita tentang produk kita, mention pasal produk di group WhatsApp…

Dan yang paling best, bila diorang rekemen kat kawan-kawan suruh beli produk kita.

Begitu laa jugak dengan cara buat iklan di Facebook yang jenis sorok harga nih. Konsepnya lebih kurang sama, tapi tujuannya lebih kepada viral marketing.

Viral marketing ni timbul kot celah mana pulak? Kalau takat main bisik-bisik kot PM jer, cemana nak viral? Cer citer sikit…

Nak kena citer ke? Malas ah.. 😆 😆

Malas nak citer panjang-panjang sebab semuanya dah ada dalam ni:

iklan percuma di facebook

Ebook best-seller nih..tapi tuan dia nak bagi free jer

Cara Update Status Untuk Menjual ni adalah sebuah ebook panduan dengan saiz 129 KB dan cuma ada enam muka surat. Memang kalau nak download pun, sepantas kilat dah boleh siap.

Link untuk download free nanti saya bagi.

Dalam ebook ni, anda akan belajar satu teknik untuk buat iklan Facebook percuma. Teknik yang akan tarik orang untuk bertanya dan minat nak tahu detail tentang produk atau servis anda.

Memang teknik ni semua orang dah tahu, dah selalu nampak pun, tapi tak semua orang paham rahsia kenapa teknik ni betul-betul mujarab.

Dan tak semua orang tahu cara betul untuk buat teknik ni sebab tak tahu copywriting iklan Facebook yang sesuai. Bila buat tak kena cara, macam biasa, orang yang nak respon pun takde.

Jadi, kalau anda nak tahu macam mana ayat iklan yang betul, kena download dan baca panduan ni sampai abis.

Saya ada jugak try teknik pemasaran FB ni kat satu group iklan. Saje nak tahu, boleh pakai ke tidak cara pelik untuk promote barang nih.

Kali pertama saya cuba try test uji dulu, iklan yang selalunya liat benar nak dapat like dan komen, terus dapat respon.

Anda tau-tau aje la kan..macam mana dia punya stail bila promote produk kat group-group iklan ni. Yang nak menjualnya ramai, tapi yang nak membeli tu nampak macam langsung takde orang.

Dalam beberapa hari lepas, saya cuba lagi sekali teknik ni. Mana laa tahu, kot-kot dah tak power macam dulu.

Tapi Alhamdulillah, masih jugak menjadi. Macam magik:

rahsia iklan facebook

Teknik sama untuk produk sama 🙂

Yang ni pulak testimoni daripada rakan usahawan lain yang pernah guna teknik ni:

buat duit dengan facebook

Student bro Faisal Abdullah

strategi pemasaran di facebook

NLCI tu nama lain bagi teknik ni

Kadang-kadang, dalam dok ralit buat duit dengan Facebook, kita tertanya-tanya jugak, sape laa agaknya yang pandai-pandai start guna teknik PM-PM ni yer.

Kalau nak ikutkan, teknik lejen ni dah lama dah ada. Sejak tahun 2010 lagi orang dah mula pakai cara ni.

Dan orang yang mula-mula sekali dapat ilham untuk praktik cara ni ialah bro Faisal Abdullah, salah sorang pakar teknik pemasaran melalui Facebook.

Dia laa orangnya yang bertanggungjawab dok ‘dakwah’ kat usahawan FB supaya pakat ramai-ramai guna teknik PM sebagai cara buat iklan di Facebook 😀

Selain ebook Cara Update Status Untuk Menjual, ada banyak lagi sebenarnya panduan-panduan lain hasil air tangan bro Faisal nih. Ada yang dia bagi free-free, dan ada jugak yang berbayar.

Antara yang premium, kalau anda pernah dengar; Bina Bisnes Dengan Facebook, DVD Rahsia Facebook, Simple Tapi Power, Mula Bisnes 2000 dan banyak lagilah. Memang panjang senarainya kalau nak taip satu-satu.

Tak cukup dengan tulis ebook dan buat video, bro Faisal share pulak segala pengalaman dan ilmu bisnes yang dia ada kat satu group FB tertutup. Nama group ni Geng Simple Tapi Power (Geng STP).

tips pemasaran facebook

Lubuk emas permata..tempat korek khazanah ilmu bisnes

Geng STP ni kira tempat bersidang para otai dan kaki-kaki bisnes dalam macam-macam bidang dan cabang bisnes. Yang pakar buat cara online ada, yang pakar offline pun ada.

Kat group ni, bro Faisal la pengasas, admin dan jugak merangkap tukang post tips, motivasi dan apa saja yang ada kaitan dengan ilmu bisnes; sambil dibantu dengan perkongsian daripada ahli-ahli yang lain.

Asal ada jer apa-apa yang nak tahu pasal bisnes, boleh tanya kat group ni. InsyaAllah, nanti akan ada yang sudi jawabkan.

Group dengan lebih 8,000 ahli ni, dijamin tak sama macam group bisnes atau group iklan yang anda bayangkan.

Kat sini, toksah harap laa nak tabur iklan, pastu tinggal. Sebarang bentuk iklan memang tak dibenarkan. Kalau berani-berani buat jugak, cerah masa depan nak kena terajang dari group 😀

Wokeh..sambung balik sembang pasal ebook Cara Update Status Untuk Menjual.

Bagi anda yang pernah promote produk kat FB, tapi iklan anda nampak macam ditimpa kemarau jer – like takde, share kosong, komen sepi, yang nak membeli jauh sekali; maka panduan ni boleh la dianggap macam bro Faisal tulis dan hadiahkan ikhlas untuk anda.

Memang patut sangat-sangat anda download, baca sampai khatam dan try praktik “cara buat iklan di Facebook” yang dikongsi di dalamnya.

Kalau sebelum ni anda selalu marah-marah, hangin satu badan, bengkek jer bila tengok iklan yang kedekut nak letak harga, pun patut baca ebook ni.

Nanti anda akan paham rahsia dan psikologi di sebalik cara pemasaran di Facebook yang ramai peniaga online suka buat nih.

Tapi kalau kredibiliti anda dah mantop, langsung takde apa-apa masalah untuk tarik respon dan buat sale melalui status FB, maka panduan ni bukanlah untuk anda.

Isinya boleh saya katakan sangat basic untuk usahawan yang dah pernah merasa sales kencang dari FB.

So, anda jatuh kategori mana? Geng patut download, atau geng patut takyah download?

Untuk geng yang wajib kena download, boleh angkut puak mai klik dan ambik kat sini – Cara Update Status Untuk Menjual

Download la panduan CARA BUAT IKLAN DI FACEBOOK ni puas-puas, sementara masih free, selagi mana websitenya masih live 😀

Digiprove sealCopyright secured by Digiprove © 2016-2017

Nak jadi antara orang pertama baca setiap kali ada artikel baru?

Isikan nama glamer dan alamat emel anda kat bawah..

Emel anda selamat bersama kami. Dan kami janji takkan SPAM, kerana seperti anda, kami jugak menyampah dengan SPAM!

Author: Amir Mazlan

Mula mengorat-ngorat dengan bisnes online pada 2006. Masa tu kerja part-time dan tertengok member satu opis window-shopping RC helikopter melalui portal Lelong. Terus jatuh minat. Kitab pertama yang dirujuk ialah ebook TsunamiWang. Sumber kedua, buku sifu Irfan Khairi; Rahsia Jutawan-jutawan Internet Terbongkar.

Share This Post On
468 ad

4 Comments

  1. Cara buat iklan saya selalunya tengok audien dan produk… kalo sasarkan orng muda, gaya bahasa orang muda… dan manusia selalunya lebih kurang 65% membeli kerana kehendak, dan 35% membeli kerana emosi, so just tap sikit emosi pembeli bagi twist hehe
    imnajmi recently posted…Rahsia di sebalik rahsia De JavuMy Profile

    Post a Reply

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.