Contoh iklan produk dengan sales 7 angka, tak pakai ayat-ayat power pun
Nak tengok tak kalau saya tunjuk depan anda, contoh iklan produk yang dah bantu tuannya buat duit sehingga RM1 juta?
Kita dah selalu sangat dah dengar, usahawan yang pernah buat sales sampai juta-juta nih. Dato’ Seri Vida, Abang Terlajak Laris..sekadar nak petik beberapa nama.
Untuk cecah sales tujuh angka ni, otometik kita rasa yang iklannya jugak mesti kena buat gempak-gempak.
Nak karang ayat iklan jer pun wajib kena upah pakar copywriting terbaik. Takleh pilih sebarang, takut nanti ayat tak power.
Saluran untuk iklan pulak harus guna yang mahal-mahal belaka. Masuk akhbar, keluar TV, taja team bola, ambik artis jadi duta…
Tapi hakikatnya, tak semestinya kena buat macam tu.
Apa yang nama-nama besar buat, sesuai untuk diorang, mungkin tak sesuai untuk kita.
Diorang main liga utama, kita main liga ikan bilis. Memang laa kena “go big”, tapi tak salah aih kalau “start small”, yer tak?
Kat bawah ni saya share satu contoh iklan produk yang dah bantu sahabat saya buat jualan sehingga tujuh angka.
Anda mungkin akan terkejut bila tengok, sebab iklan ni tersangat laa simple.
Tuan punya iklan ni namanya Khairi Ariff. Kalau anda nak kenal lanjut sape sebenarnya Bro Khairi ni, apa yang power benar sampai produk boleh laku juta-juta, boleh check latar belakang dia kat sini – Jantan Yang Tak Dirindukan 😀
Iklan ni Bro Khairi buat untuk promote salah satu produk ubat kurus melalui FB Ads.
Nampak macam cincai jer iklan dia. Cuma letak headline sikit-sikit, pastu bubuh gambar halia. Langsung takde ayat power sentap.
Pelik jugak kan..macam mana laa iklan mudah camni boleh jadi sangat-sangat mujarab.
Ni kalau kita tanya Bro Khairi, nanti dia akan tanya kita balik:
Mula-mula sekali, apa tujuan kita buat iklan?
Kalau dia tengok kita diam jer, terkebil-kebil tak tau nak jawab apa, last-last nanti dia sendiri akan jawab 😀 :
Tujuan iklan ni ada dua..
Satu, untuk tarik perhatian orang supaya tengok iklan kita.
Satu lagi, untuk buatkan orang tertanya-tanya. Selagi tak klik, selagi tu dia takleh tido.
Iklan camni, walaupun nampak murahan, dah tentunya akan menarik respon daripada orang yang ada masalah berat badan.
Bila ramai yang klik, otometik CTR (click-through rate) akan jadi tinggi. Bila CTR tinggi, FB pun akan lembut hati untuk bagi kita kos iklan yang rendah.
Sebabnya, FB akan anggap yang iklan tersebut sangat-sangat relevan dengan audience yang kita target.
Senang cakap, iklan yang kita buat tu memang tepat kena atas batang hidung dan betul-betul muncul depan mata prospek yang kita nak 🙂
Kalau anda tahu FB Ads serba sikit, anda akan paham konsep ni.
Bagi anda yang nak belajar FB Ads dengan lebih detail, nak tahu apa lagi teknik-teknik killer untuk tingkatkan sales, nak tengok banyak lagi contoh iklan produk; saya rekemen anda join LikeMethod Tribe.
Masa awal-awal LikeMethod dilancarkan hari tu, dalam 10 hari pertama jer lebih 500 orang yang join.
Dan lebih 95% yang join ni datang daripada “cold traffic“. Maksudnya, diorang tak kenal pun sape Khairi Ariff sebelum ni.
Sekarang ni geng LikeMethod dah makin bertambah. Makin berganda-ganda besarnya dengan lebih 13,000 “ahli keluarga”.
Bila dah join LikeMethod ni, anda akan dapat 21 video step-by-step macam mana Bro Khairi letupkan bisnes dari 0 hingga ke 7 angka dalam tujuh bulan.
Video-video ni pulak terbahagi kepada tiga fasa.
Dalam fasa pertama, anda akan belajar macam mana nak cari prospek yang betul-betul minat nak beli produk anda.
Kata Bro Khairi, step ni paling penting sebelum nak dapatkan likes untuk page.
Kalau anda pandai-pandai gi skip step ni, cerah masa depan untuk dapat likers yang tak berkualiti. Likers ramai, tapi anda promote laa apa jenis produk sekali pun, diorang buat tak reti jer.
Ini koleksi video yang ada dalam fasa ni:
Masuk fasa kedua, anda akan belajar pulak macam mana nak tarik likes dengan guna kuasa algorithm Facebook.
Maksudnya, anda takde buat apa sangat, tapi tau-tau jer page anda lebat dengan likes.
Dalam fasa ni jugak Bro Khairi akan share hari apa dan waktu bila anda patut tutup iklan FB anda. Takde makna kita buat iklan kalau semata-mata nak bakar duit, yer tak?
Ini video-video yang anda akan dapat untuk fasa kedua ni:
Last sekali, anda akan belajar cara-cara nak kurangkan kos iklan sehingga 90% daripada kos biasa anda bayar kat FB.
Bila kos iklan jatuh tergolek, untung bisnes pun gerenti akan naik meroket paling kurang 2-3 kali ganda. Logiknya gitu laa kan?
Fasa ketiga ni ada paling banyak video untuk anda asah skil nak dapat iklan harga ciput:
Dah tengok semua video ni tapi still lagi tak jumpa apa yang anda betul-betul nak tahu pasal bisnes?
Jangan risau. Nanti anda boleh selongkar lagi dalam group LikeMethod.
Kat group ni ada macam-macam lagi tips dan perbincangan menarik yang dikongsi oleh Bro Khairi dan jugak rakan-rakan usahawan underground yang lain. Boleh kira dahsyat gak diorang punya ilmu marketing nih.
Kalau kena gaya, betul cara tanya, anda jugak boleh tunjuk “contoh iklan produk” yang anda buat.
Mintak jasa baik diorang untuk review dan bagi pendapat kalau-kalau ada point yang boleh di-ejas untuk buatkan iklan anda lagi cantik.
Demam LikeMethod nih, sekali dah kena, memang takde harapan nak kebah.
Bukan setakat yang newbie-newbie jer boleh berjangkit. Yang dah tahap otai dan sifu-sifu pun belum tentu cukup antibodi nak lawan virus ni.
Ini antara sifu-sifu bisnes yang dah sah ‘positif’ terkena jangkitan LikeMethod. Rasanya ramai kot yang anda kenal 😀 :
Kalau anda nak tahu ‘panas’ ke tidak demam LikeMethod ni, boleh join dan try rasa sendiri kat sini – LikeMethod.
Nanti bila anda dah join, jangan lupa PM saya kat FB Amir Mazlan sebab saya ada tiga hadiah best nak bagi sebagai bonus.
Tapi tiga hadiah ni saya takleh nak bagi semua. Cuma boleh pilih SALAH SATU jer:
Dah confirm dah bonus mana satu yang anda nak? Kalau dah, jom kita join LikeMethod dulu. Sekali lagi, ini dia punya link yer – LikeMethod.
ps: kalau anda nak kenal lanjut sape Khairi Ariff, nak tahu detail apa itu LikeMethod dan nak study betul-betul CONTOH IKLAN PRODUK gaya LikeMethod, nanti anda boleh try search kat Google yer.
Saya tak dapat nak bagi link direct kat sini sebab ada masalah problem sikit..heh..
Dan satu lagi berita tak best, semua offer bonus yang saya senaraikan kat atas dah tutup sebab saya dah tak jadi affiliate LikeMethod. Sori yer 🙁
Tapi kalau anda still tercari-cari cara paling mudah untuk buat ayat iklan memukau, nak perah otak pun dah takde daya sebab produk yang nak diiklan kemain banyak, pulak tu lagi nak cepat, saya rekemen anda try guna software Mobile Copywriting Generator.
Cuma main klik-klik dan isi tempat kosong jer, dan nah..terus boleh dapat lima set ayat iklan yang gerenti tak boring bila prospek anda baca..InsyaAllah.
Kalau nak tengok demo dulu pun boleh. Play video ni dan tengok macam mana software ni berfungsi.
Bila anda dah puas hati dan konfiden software ni boleh bantu mudahkan kerja-kerja promosi, baca lagi sikit kat sini dan ambik tahu cara nak rembat seunit untuk diri anda – Mobile Copywriting Generator.

Related Posts
About Author
Amir Mazlan | Website | Twitter
Mula mengorat-ngorat dengan bisnes online pada 2006. Masa tu kerja part-time dan tertengok member satu opis window-shopping RC helikopter melalui portal Lelong. Terus jatuh minat. Kitab pertama yang dirujuk ialah ebook TsunamiWang. Sumber kedua, buku sifu Irfan Khairi; Rahsia Jutawan-jutawan Internet Terbongkar.
Leave a Reply Cancel reply
This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.
Semua dalam bentuk video sahaja atau disertakan dengan pdf sekali?
Azwan recently posted…Kaweco Ice Sport Rollerball; pembelian atas talian.
Thanks tuan atas pertanyaan..buat masa ni, LikeMethod ni cuma ada dalam bentuk video jer. Bonus-bonus pun semua dalam bentuk video..
Iklan yang berkualiti dan berjaya menarik perhatian pelanggan mmg mempunyai kuasa ajaib yg blh menjanakan rezeki berjuta2 ringgit. Yg paling penting adalah iklan ni mesti tumpukan perhatian utk menjadikan ia viral ke mana2 saja.
Lina recently posted…Type of Photo Booths and Props to Use With
pendek kata..kena cuba belajar buat iklan.
kalau tak..memang tak ke mana-mana.
titan recently posted…Blogger tua.
Power Like Method ni. Orang baru pun boleh faham.
Saya masuk adword method, belajar buat google adwords 🙂
Ikhwan recently posted…Sebarkan Video Ini Untuk Anda Dapat Komisyen
hebat sungguh penangan Like Method..
iklan rendah..untung akan naik..
itulah yang bestnya
mrhanafi recently posted…Cara Menyelesaikan Hutang Keliling Pinggang
Aah lah, kalau tengok iklan ubat kurus tu, memang simple sangat-sangat. Tak sangka boleh jana hingga 7 angka. Dasyat betul!
assalamualaikum tuan…untuk fb copywriting generator untuk semua jenis perniagaan ker? saya photographer tuan
waalaikumussalam tuan..nanti saya try tanya dengan owner dia yer..
salam tuan..saya dah tanya dengan tuan raja kamil dan ini jawapan yang dia bagi:
“Wsalam
Servis?
Buat masa ni tak sesuai. Kena edit sikit.
Sebab copywriting sekarang ni, lebih kepada produk.
Tapi, kita akan update akan datang, masukkan copywriting khas untuk servis.
Kalau beli sekarang ni, update tu akan dapat free”
Terima kasih tuan perkongsian menarik ini. dulu masa study pun pernah ditegur lec kenapa buat banner terlampau banyak ayat.
encikhafiz.com recently posted…Semakan Keputusan Permohonan Ijazah Sarjana/Master Ambilan Kedua UPM 2018
Assalamualaikum tuan.. kalau saya nk mintak buatkan iklan brp bayarannya.. bagaimana nk hubungi tuan.. sharipul
waalaikumussalam tuan..buat masa ni saya belum bercadang lagi untuk bukak servis buatkan copywriting iklan. kalau tuan still perlukan panduan untuk buat ayat iklan, apa kata tuan follow fb sifu saya ni – fb.com/muhamad.s.salahudin . insyaAllah, nanti mencurah-curah idea datang 😀
senang cakap, buat iklan dan belajar buat iklan.
itu kalau ada bisnes dan ada benda nak jual.
kalau tak, dok diam aje gitu.
titan recently posted…Hutang ialah Raksasa Malapetaka